Assalamualaikum korang.

Macam dah lama rasanya tak hapdet life SukaGelak. Asyik join segmen je kan. Mesti korang pun tertunggu-tunggu entri terbaru dari SukaGelak kan. ( Huh, bajet retis sangat!! )
Image result for hello december images
Okeh, meh SukaGelak nak share dengan korang ape yang SukaGelak dah dapat di awal bulan December ni.

Yang pertama sekali....................Sila rujuk gambar di bawah.
Tadaaaaa...... Setelah sekian lama menunggu peluang untuk bertukar, akhirnya dapat jugak tahun ni. Dari tahun 2008 lagi dah berhijrah ke bumi Kuala Lumpur. Masa tu masih bujang. Jadi bolehlah SukaGelak terima tawaran kerja ni. Kalau dah berkahwin mungkin berkira jugak nak pergi sini. 

Bermula dengan jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan sampai dapat tukar skim ke Pembantu Ehwal Ekonomi. Alhamdulillah, lepas beranakkan si Firash terus dapat offer tukar skim. Rezeki anak. Tapi ambil masa setahun jugaklah nak dapat tukar ni. bukan senang rupanya.

tapi segala susah payah tu akhirnya berbalas. dapat juga duduk sebumbung dengan suami dan anak terchenta. entah macam manalah situasinya nanti. 

berdebar-debar pulak bila membayangkan suasana kat tempat keje baru tu nanti. macam-macam benda nak fikir. Hadoi... tak payah fikir dulu lah kot. kita enjoy dulu dekat opis lama ni. hehe

Dan ade satu lagi berita gembira di bulan disember ni. semalam, 9/12/2015, hadirnya seorang puteri penyeri rumah atok Padil dengan nenek Wagiah. alhamdulillah, biras dah selamat bersalin baby perempuan. satu-satunya cucu perempuan sulung setelah 5 orang hero dalam rumah tu.

happy benor rasenye. dah tak sabar nak balik kampung tengok baby. nak bau baby. rindu betul. haha.. ni macam kena tambah anak lagi ni.

okeh, sampai sini dulu. jumpa lagi di lain entri.
wassalam.