Assalamualaikum korang, harini nak share aktiviti sempena minggu terakhir bergelar warga kota. Sangat-sangat jarang sebenarnya saya berada di KL pada hujung minggu. Tapi dek kerana nak pindah Johor dah, saya korbankan sikit masa tu.
Apa yang saya buat? Haa... Aktiviti yang menyeronokkan lah. Keluar dengan BFF dari tengahari sampai tengah malam. Ade 3 tempat yang kami pergi dan semuanya tempat makan. Hah, memang sihat sangat aktiviti ni kan. Well, sape yang tak suka makan? Meh sini nak tengok muka sikit.
Mula-mula kitorang tak plan pun nak singgah makan dekat kedai Chef Nik ni. kami mencari kedai lain sebenarnya. Tapi malas nak mencari, kami terus je ke restoran Chef Nik. Untung-untuk dapat jumpa dia. Haha..
Kalau korang nak tau, restoran ni berkonsepkan open kitchen. Jadi jangan terkejut pula kalau nampak banyak orang tengah masak dekat pintu masuk. Hehehe..
Kat atas ni antara menu yang sempat saya klik.
Okeh, makanan dah sampai. Jom kite ngap.. Kitorang order spageti je sebab dah memang plannya nak jalan-jalan cari makan. So, tak bolehlah nak penuhkan perut dekat restoran pertama ni. Karang rugi pulak tak dapat nak makan kat tempat lain.
Ni alamat restoran Chef Nik:
Picknik Comfort Food Café
Location: A4-UG1-05, Publika Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur.
Tel: +603 64116499
Opening Hours: 12:00 pm – 11:00 pm (everyday)
Next entri pasal Cat Cafe pulak. Stay tuned!