Alhamdulillah, sedar tak sedar besok kita mula berpuasa. Korang jangan lupa niat puasa tau. Nak baca hari-hari pun boleh, nak baca sebulan punya pun boleh. Nanti takdelah alasan tak puasa sebab tak niat. Haha, kalau korang tu kucik macam si Firash boleh lah terima. Huhu

Tahun ni puasa saya meriah sikit. Eh, bukan sikit. Banyak. Hehe, tahun ni dapat berpuasa dengan suami. Alhamdulillah. Setelah 3 tahun puasa asing-asing, dapat juga bersama-sama tahun ni. Yang paling best sekali ada si Firash. Hehe. Macamlah budak kucik tu tau mama dengan ayah die tengah puasa.

Okeylah korang. Selamat berpuasa dan selamat berterawih. Jangan lupa malam ni dah terawih ye......

Wassalam.