Sikit betul entri saya 2 bulan kebelakang ni yek. Sibuk betul ke sana sini. Sampai tak sempat nak menaip entri ha. Huhu.. Jangan diamalkan ye lain kali. Harap-harap bulan 8 ni dapat buat entri korang jangan sakit mata pulak kalau asik nampak saya up entri. Hehe.. InsyaAllah.
Harini saya cuma nak share gambar-gambar masa Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Johor haritu yang berlangsung dekat Persiaran Dato' Ismail Hassan, Kluamg, Johor.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YAB Menteri Besar Johor di atas kesudian YAB menyempurnakan majlis perasmian HKN 2016 JDT. Sesungguhnya, seruan dan kata- kata perangsang serta komitmen sokongan Kerajaan Negeri Johor kepada sektor koperasi yang disampaikan oleh YAB Semasa merasmikan HKN 2016 JDT telah menyemarakan semangat para Koperator Negeri Johor untuk berusaha dengan lebih gigih lagi bagi terus melonjakkan pencapaian koperasi ke tahap yang lebih tinggi.
Terima kasih juga diucapan kepada YB Datuk Haji Md Jais bin Sarday, Exco Koperasi Negeri Johor yang banyak memberi bimbingan, sokongan dan bantuan dalam menjayakan sambutan HKN 2016 JDT.
Terima kasih juga kepada lebih 1,500 koperator dan orang ramai yang telah hadir bersama-sama memeriahkan majlis perasmian HKN 2016 JDT.
Ianya mengambarkan kekuatan semangat ukhwah dan solidariti di kalangan para koperator yang sentiasa boleh bekerjasama dan BERMUAFAKAT dalam menjayakan program yang memberi manafaat
Ianya mengambarkan kekuatan semangat ukhwah dan solidariti di kalangan para koperator yang sentiasa boleh bekerjasama dan BERMUAFAKAT dalam menjayakan program yang memberi manafaat
"MAJULAH KOPERASI UNTUK NEGARA"
"SATU UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK SATU"
Ucapan perasmian dari Menteri Besar Johor. |
Exco Koperasi Negeri Johor |
Gimik pelancaran 50 koperasi terbaik Negeri Johor |
Anugerah Tokoh Koperasi Negeri Johor. |
Anugerah Koperasi Cemerlang |
Kat atas ni semua gambar-gambar rasmi. Korang nak tengok ke gambar tak rasmi? Haha.. Gambar belakang tabir gittew.
Kami dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Kota Tinggi dan Batu Pahat. |
Kami tengah tunggu bas-bas dari Kota Tinggi |
Tokey COOP on Wheel |
Gambar ni paling best. Ngeeeeee |
Okkay, maaf ye entri kali banyak gambar. Hehe.. Korang nak ke senarai koperasi terbaik tu? Kalau ade yang respon nanti saya update yer.
Jumpa lagi di lain entri.
Wassalam.