Tajuk harini : Single atau berkahwin?

Hai korang, sorry sebab tak bersiaran semalam. Jadi sebagai ganti harini saya bagi 2 entri yek. Nasib baiklah tajuk semalam dengan harini senang jek. Kalau tak jenuh jugalah nak menaip entri. Hehe..

Rasanya ramai yang dah tau saya ni dah berkahwin. Tahun ni baru nak masuk tahun ke-empat. Alhamdulillah. Dikurniakan anak seorang. Buah hati pengarang jantung tu jelah yang buat gaduh dekat rumah hari-hari.
Haaa... Mintak ampun bebanyak sebab gambar ni naik lagi. Tak banyak family potret macam ni. Sebab suami ni jenis tak suka bergambar. Si kecik tu pula ingat nak duduk diam macam tu? Bukan namanya Firash lah kalau nak duduk diam je. Silap-silap yang pegang camera phone tu die terkamnya. Lagi-lagi kalau yang pegang selfie stick tu. Walaupun bukan mama dia punya, tapi dia buat macam dia punya.

Okeh lah korang, terpaksa menaip sikit je harini. Sebab nak cerita lagikan lepas ni. Tunggu eaaaa.
Wassalam