Latest

31 January 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 19

Tajuk hari ke-19 : Gambar tulisan jawi.

Alamak, nak kene tunjuk ke gambar tulis jawi saya? seriously buruk giler. hehe.. dulu saya sekolah agama 2 tahun ke kot. masa tu dekat negeri sembilan

Dekat sana kan tak berapa nak tekankan sangat pasal sekolah agama ni. maksudnya terpulang pada parents masing-masing samada nak hantar anak sekolah agama atau tak. senang kata sekolah agama tu tak wajib.

Bukan macam di negeri Johor ni. setiap pelajar sekolah rendah wajib pergi sekolah agama. pengalaman saya interview bawah kerajaan negeri johor, benda pertama yang diorang akan tanya "Sekolah agama sampai darjah berapa? berapa pointer?" huihhh.. terasa diri ini tak layak pula bekerja dibawah kerajaan negeri johor.

Dan saya memang tak dapat pun jawatan tu. telan air liur jelah nak dapat kerja bawah kerajaan negeri. nasib baik juga masa tu dah memang berkhidmat dengan kerajaan persekutuan. takdelah terkilan sangat permohonan kena reject. hikhikhik

kufi bismillah blog kasihjuju
Aci tak guna kufi bismillah ni. Haha.. Ampun korang.... Tulisan jawi saya memang tak cantik langsung.

[nota kaki: eh, saya tak salahkan sesapa pun sebab tulisan jawi saya tak cantik. salah saya sendiri sebab takda effort nak tulis hari-hari]

Okeylah, jumpa dientri seterusnya.
Wassalam

No comments: