Latest

2 January 2017

Kisah Sedih Aku dan Roti Gardenia

Hai korang,
Seronok baca azam tahun baru memasing. Hehe, boleh jugak saya jadikan inspirasi.

Okehlah, berbalik pada tujuan asal saya menaip harini. Sajalah nak kongsikan dengan korang. Hari Sabtu yang lepas, lepas saya dah siap mengemas rumah, pergilah ke dapur nak makan sarapan.

Dalam kepala ni dah terbayang-bayang dah nak makan roti gardenia wholemeal tu dengan segala sayur-sayur yang dah beli. Hajat di hati nak buat sandwich.

Sedapnya sayur salad + kobis ungu + tomato ceri + perahan lemon + mayonis. Makan pulak dengan roti wholemeal. Kemain healthy lagi sarapan saya pagi tu.

Tapi bila bukak je plastik roti tu korang nak tau tak apa yang jadi? Ha silalah tengok gambar yang dekat bawah ni.
Hah, korang rasa kenapa plastik roti tu jadi cenggitu?

  1. kena kokak dek nyamuk
  2. kena koyak dek lipas
  3. firash gigit
  4. kena kokak dek tikus
Ha....... Siapa yang pilih jawapan last sekali saya bagi 100 markah. Haha.. Ini bukan giveaway yek. 

Jawapan die kena gigit dengan tikus. Spoil mood betullah tikus nih. Dah tak program healthy food saya minggu ni. Kuang ajak punya tikus. Ko tak payahlah jaga badan. Biarlah aku je yang nak jaga kesihatan. Hadoi..

Tapikan, segala sayur tu gaul dengan mayonis pun dah sedap sangat dah. Tak payah nak buat sandwich pun. Makan sampai lupa nak snap gambar. Hehehe. Lepas ni kena simpan dekat tempat bertutuplah. Dan nak kena buat projek menangkap tikus besar-besaran. Siap sedialah korang.

Okeylah, sampai sini dulu. Jumpa lagi :)

6 comments:

Reen Johari said...

Kena gigit tikus.. Hehee sebab rupa gigitan lebih kurang sama dengan roti reen yang selalu kena gigit dek tikus. Sabar je lah kan kak.. Baru ingat nak menikmati roti.. Sekali tgk ada gigitan.. Geram pun ada. Tapi tak apa lah.. Rezeki tikus tu..

http://www.reenri.com

Shahida Dzulkafli said...

Adoilah.. kejam betul cik ti nie..
Habis dikokaknya plastik roti tu..

julia jamaludin said...

sabar je la kan :)

julia jamaludin said...

memang kejam.huhu

aila said...

Laa kn m.yh srh bela kucibg..yg ko bela tikus knp?????

julia jamaludin said...

hahahahahahaha