Pertama Kali Menyertai Sepetang Bersama Blogger 2017

Kasih Juju
Alhamdulillah, tahun ni KJ dengan rasa bangga dan nekadnya menyertai acara tahunan yang menghimpunkan ratusan blogger dari seluruh Malaysia. Walaupun pada mulanya macam was-was je, macam nak pergi macam tak nak pergi. Tapi KJ gagahkan juga mental dan fizikal ni untuk menghadirkan diri. Dan akhirnya sampai juga KJ ke majlis ni.

Tahun ini, SBB 2017 ada 2 slot. Petang dan malam. Ada juga bayaran yang perlu dibayar sebelum menghadiri majlis ini. Tapi apalah sangat RM50 tu dengan ilmu yang bakal KJ dapat nanti. KJ beli tiket siang malam. Tapi KJ tak bercadang untuk stay di KL. KJ ambil keputusan untuk balik hari. Naik bas je. Settle masalah.
SEPETANG-BERSAMA-BLOGGER
KJ naik bas awal pagi jam 6.45 bas dari perhentian bas Kluang dan KJ dah beli siap-siap tiket balik hari tu juga. Bas yang terakhir jam 9.30 malam. Nampak tak betapa nekadnya dekat situ nak hadir juga kaut ilmu daripada panel yang dijemput.


Nilah barisan speakers yang berkongsi ilmu pada haritu. Datuk Husamuddin dan Adi Putra cuma muncul pada slot sebelah malam sahaja. Hancur berderai harapan nak jumpa Adi Putra. Hehe.

Tapi, perkongsian daripada blogger MahaMahu, Cik Lily Putih, Norman Danish, Datuk Ibu Hanim dan Wan Yusof pun tak kurang hebatnya. Banyak sangat ilmu blog yang telah dicurahkan kepada kami. Tinggal nak praktikkan saja.

Paling seronok slot Norman Danish, Managing Director of Misi Viral. Tapi sayangnya, slot dia sekejap sangat. Dalam 15 ke 20 minit macam tu. Ada banyak perkara lagi yang beliau nak kongsikan. Tapi disebabkan kesuntukan masa beliau cuba juga berkongsi tips sepadat yang mungkin.

Perkongsian daripada Wan Yusof pun tak kurang juga hebatnya. Ilmu SEO yang beliau ajarkan memang meresap dalam kepala. Cuma masa satu jam yang diperuntukkan agak singkat untuk belajar ilmu SEO ni. Masa pun dah lewat petang. masing-masing dah resah gelisah nak solat Maghrib dan persiapan untuk slot malam pula.

Slot malam pula lebih kepada upacara perasmian dan makan malam. Ada juga penyampaian hadiah untuk kategori-kategori yang telah diadili. Tapi sayangnya KJ tak dapat merasai kemeriahan suasana malam tersebut.

Walaubagaimanapun, KJ seronok sangat dapat luaskan networking. Dapat luaskan pergaulan dengan rakan-rakan blogger.

KJ sampai awal haritu. Pukul 11.30 dah terpacak depan dewan di MATIC. Sambil tunggu kak Mia dengan Mak Lin, perut dah berkeroncong minta di isi. Sampai je kak Mia dengan Mak Lin ni terus kak Mia ajak pergi makan dulu. Tak susah nak cari tempat makan dekat sini sebab sekitarnya memang banyak kedai makan.







Kami wakil JDT Blogger. Cuma KJ dengan Uyul yang gerak asing-asing. Tapi masa balik tu KJ balik dengan Kak Mia. Kak Mia dengan Mak Lin dah stay dekat Cheras satu malam. KJ je yang tak nak join. Sayang nak tinggalkan si Firash kononnya. Haha..

Bila selatan dah bertemu utara memang bergegarlah dewan tu dengan suara gelak tawa kami. Diorang ni dari group Projek Blogger Utara. Salah satu penerima anugerah pada malam tu. Tahniah korang. Kemenangan korang sangat-sangat memberi inspirasi kepada group kami yang baru nak bertatih ni. Harap dapat beri tunjuk ajar.

Last but not least, sebelum kami berpisah naik bas dengan arah masing-masing, wajiblah selfie dulu kan kak Mia kan. Finally ada juga teman nak ke TBS walaupun sebelum tu macam seram je nak ke TBS sensorang. Muehehe.. Kak Mia sempat lagi tukar baju masa solat Maghrib. KJ tak terfikir pula nak bawa baju spare. Huhu.. Dari subuh membawa ke 12.30 tengahmalam pakai baju tu.

Cara nak ke MATIC menggunakan pengangkutan awam.
Dekat sini KJ share kan cara yang mudah mengikut pengalaman KJ sendiri. Sampai dari Kluang KJ ambil komuter dan turun di stesyen KL Central. Dari KL Central kena tukar LRT tau. Naik LRT yang ada hentian Dang Wangi. Kalau dulu KJ panggil Putra LRT. Sekarang ni tak tau nama dia.

Keluar dari Dang Wangi nampak jejantas, nyeberang jalan dan teruskan jalan ke kiri sampai jumpa stesyen monorail Bukit Nanas. Lepas tu kena seberang jalan dan teruskan berjalan tegak je. Nanti korang akan sampai ke MATIC.

Ataupun, cara yang paling mudah, dari TBS naik Star LRT dan turun di stesyen Hang Tuah. Lepas tu tukar naik monorail dan turun di stesyen Bukit Nanas. Dari situ kena menapaklah sikit ye.

Harap dapat membantu.
Terima kasih sudi baca. Wassalam.