Menjelang Syawal, Dah Kemas Rumah ke Belum?

Kasih Juju
Assalamualaikum semua,

Semasa KJ menaip entri ni, dah masuk hari yang ke-10 kita berpuasa. Alhamdulillah. Walaupun cuaca sekarang ni tak menentu, harapnya dapat bertahan sehingga ke akhir ramadhan.

Macam mana persiapan raya pembaca blog KJ? Ada yang dah berkira-kira ke nak menghias rumah? Walaupun kaum Adam mengatakan masih awal lagi nak mengemas, tapi bagi kita kaum Hawa ni dah ada macam-macam dah dalam kepala. Ada banyak benda yang KJ nak tukar menjelang raya nanti.

Persiapan menjelang Syawal
1/ Beli vacuum mini
Pertama sekali yang KJ nak buat ialah vacuum karpet. Sebenarnya KJ tak suka nak vacuum karpet ni sebab KJ alergik dengan habuk. Paling tak suka sebenarnya. Tapi, disebabkan dekat Lazada ada jual handheld vacumm, jadi tak ada alasan lagi untuk KJ jumpa habuk dekat rumah. Dan part yang best sekali vacuum ni kaler pink. Ohmaigad, mata dah berpinar-pinar dah ni. Tak sabar nak grab. Harga pun murah je korang. Tak dapat ni dekat kedai kat luar sana tuh.



2/ Beli penyegar udara
Lepas tu KJ nak rumah KJ sentiasa berbau segar, wangi dan tenang je untuk yang datang marhaban pagi raya nanti. Benda ni pun dah lama dah KJ berangan nak beli. Letak dalam bilik pun segar je bau dia. KJ nak letak penyegar ruang udara ni. Bagus untuk anak kecil juga tau. Lebih-lebih lagi masa diorang tengah selsema. InsyaAllah boleh berkurangan selsema tu.



3/ Mesin bancuh kopi
Setiap kali raya memang ramai sanak saudara dan sahabat handai mahupun rakan taulan yang akan berkunjung ke rumah kita nanti kan. Jadinya KJ tak nak kelam kabut masak air panas lepas tu terhegeh-hegeh nak buat air. Kesian nanti dekat tetamu yang datang. Dia nak nyembang dengan kita, tapi kita pulak sibuk tunggu air panas tu masak.

Untuk menyenangkan kerja, KJ dah berangan nak grab mesin bancuh kopi ni. Senang sangat-sangat. Tekan je, tunggu air keluar. Dah siap. Hehe. KJ bukan apa, kesian dekat mak KJ nanti. Manalah tau masa KJ keluar beraya nanti ramai pula yang datang rumah. Tak lah mak KJ kelam kabut nak buat air kan.



Tips deko Hari Raya.
Sebenarnya kalau nak bagi tips ni KJ memang tak reti sangat. Asalkan benda tu tak semak di mata KJ rasa dah okkay dah. Lagipun KJ suka konsep minimalis. Kalau padat sangat pun KJ tak suka. Rimas. Macam terhimpit. Sesak dada.

Eh, lelebih pulakan. Setiap orang ada idea dan pendapat masing-masing. Jadi KJ nak syorkan dekat korang untuk cari idea dekorasi rumah korang tahun ni dekat LAZADA MALAYSIA. Banyak sangat barang yang boleh korang pilih.

Tadi pun KJ ada nampak cermin corak bulat-bulat untuk hiasan dinding. Serius smart.
Link cermin tu dekat --> SINI

Korang dekat luar sana tu kalau nak cuci mata dulu pun boleh. Sebab Lazada Malaysia tengah buat sale sempena bulan Ramadhan ni. Kalau nak beli langsir ke, perabut ke, oven ke semua ada dekat Lazada. Klik je banner dekat bawah ni. Tapi awas! Kalau terbeli banyak KJ tak tanggung ye. Sebab KJ pun dah terbeli banyak. Hehehe...



Okkaylah korang, terima kasih sudi singgah blog KJ.
Happy shopping ye :)