Latest

15 August 2017

Pizzart Memperkenalkan 5 Jenis Pizza Yang Pasti Memukau Selera Anda

Pizzart merupakan signature terbaru yang dikeluarkan oleh Anchor Food Professionals. Anchor Food Professionals ini juga merupakan salah satu syarikat pengeluar cheese terbesar Fonterra. Antara perniagaan yang berasaskan makanan yang dikeluarkan oleh Anchor ini adalah cheese, krim cheese, butter dan susu. 

Baru-baru ini Anchor telah melancarkan produk terbaru yang diinovasikan daripada pizza. Boleh baca kenyataan media di entri KJ PizzArt by Anchor Food Professionals. 5 jenis pizza yang unik ini telah diberi nama Flower Pizza, Pizza Bombs, Adjaruli Khachapuri, Mini Muffins Pizza dan Pot Pie Pizza.

Konsep Pizzart yang dihasilkan kali ini sangat kreatif. Selain mengekalkan rasa keju yang meleleh dan tidak terlalu muak, rupa bentuk pizza ini sendiri berbeza. 

Adjaruli Khachapuri
Reka bentuk pizza Adjaruli Khachapuri ini sama seperti sampan. Apa yang menariknya sampan ni, dalam dia ada cheese keluaran Anchor itu sendiri. 

Cara makan pula, anda boleh cubit sedikit roti dan cicahkan cheese yang ditengah-tengah. Cheese ini juga boleh di tarik tinggi ke atas. Nak lagi menarik, sambil makan nanti anda boleh buat pertandingan siapa yang tarik cheese lagi tinggi.

Pizza ini boleh didapati di Ejhong Concept, Johor Bahru.

Flower Pizza 
Tentu anda dah tau bagaimana pizza ini mendapat nama. Rupanya yang seakan bunga telah menyebabkan pizza ini di panggil Flower Pizza. Disetiap kelopak pizza ini terdapat cheese didalamnya. Pasti terasa sayang untuk menghabiskan pizza ini. Sayang jika kelopak bunga itu nanti cacat. Haha.. 

Mini Muffin Pizza 
Mini Muffin Pizza ini dihasilkan dengan konsep bite-size version bagi mencipta kelainan. Saiznya yang kecil sangat memudahkan untuk anda menikmati pizza ini. Jadi anda boleh lupakan sudu dan garfu seketika.

Mini Muffin pizza ini sangat sesuai untuk dihidangkan kepada kanak-kanak. Pizza ini boleh didapati di Movida Kitchen and Terrace, Batu Pahat.

Pizza Bomb 
Pizza bomb ini juga dihasilkan dalam bentuk bite-size version. Juga sesuai untuk kanak-kanak dan juga yang dewasa. Tak sabar rasanya untuk mencuba ke semua pizza ini.

Pizza ini juga boleh didapati di Movida Kitchen and Terrace, Batu Pahat.

Pot Pie Pizza 
Pot Pie Pizza ini pula dihasilkan dengan doh pizza yang rangup dan penuh dengan inti cendawan dan diatasnya ditaburkan dengan cheese yang meleleh.

Pizza ini boleh didapati di Ejhong Concept, Johor Bahru.

Hanya cheese yang berkualiti digunakan dalam menghasilkan 5 signature pizza terbaru.
Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, Anchor Food Professionals merupakan pengeluar keju terbaik dari New Zealand, cheese yang digunakan dalam menghasilkan Pizzart ini takkan membuatkan kita rasa muak.

Selain itu, pizza ini juga boleh dinikmati semasa panas ataupun sejuk.



Sewaktu kempen ini berlangsung di Batu Pahat, Mr Chua Chern Shian wakil dari Anchor telah menagmbil masa lebih kurang 1 jam untuk memberi penerangan apa sebenarnya kelainan yang cuba di bawa oleh Anchor Food Professionals melalui Pizzart ini. 




Pizzart ini boleh didapati di premis-premis terpilih di bawah sepanjang kempen ini dari Mei sehingga pertengahan November 2017 dengan harga yang sangat-sangat berbaloi.

Klang Valley - Movida dan U Pizzeria
Perak - Movida dan U Pizzeria
Pulau Pinang - US pizza dan Lunarich
Kedah - Sky Garden
Melaka - Movida
Johor - Movida danEjohng Concept
Sabah - The Chub's Grill dan Man Ben
Sarawak - Chillax, Coup De Grill dan Bistecca

3 comments:

Shahida Dzulkafli said...

Menarik betul rekaan pizza baru dia.. teringin nie nak cuba..

Eka Tikah said...

bestnyaaaa. tapi tgh on diet. mcm mne nak makan niiii. hahaha

Anonymous said...

Hi! I know this is kinda off topic but I was wondering if you knew where I could locate a captcha plugin for my comment form?

I'm using the same blog platform as yours and I'm having problems
finding one? Thanks a lot!