Latest

12 December 2017

Hebahan Fiesta Nanas Sambutan 60 Tahun LPNM

Hebahan Fiesta Nanas Sambutan 60 Tahun LPNM l Bersempena dengan sambutan yang ke 60 tahun, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia akan mengadakan pelbagai aktiviti menerusi Fiesta Nanas yang akan diadakan pada 14 hingga 17 Disember 2017 di Pusat Perdagangan Bandar Baru Pontian, Johor.



Pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan. Diantaranya termasuklah minuman dan nanas percuma, pameran dekorasi nanas, jualan nanas, pertandingan memancing, fun ride, forum perdana, pertandingan mewarna kanak-kanak selain cabutan bertuah dan pertandingan tertentu yang menawarkan 300 hadiah menarik.

Pengunjung juga bakal dihiburkan oleh Datuk Ramli Sarip, Yabang Khalifah dan juga Farahdhiya yang akan mengadakan persembahan pada 16 Disember 2017 iaitu pada konsert 'Rhythm of Pineapple'.





1 comment:

Shahida Dzulkafli said...

Wah.. Aktiviti yang menarik.. Nenas..