Bercuti ke Wet World Batu Pahat, Johor

Kasih Juju
Hai semua, Harini Juju nak share pengalaman Juju sendiri semasa mengunjungi Wet World Batu Pahat. Sebelum datang ke sini dah tentulah kita akan survey dulu tempat ni. Walaupun dah pernah datang. Tapi dah bertahun dululah. Sekarang ni mesti dah lain.


Well sebenarnya tak banyak yang berubah pun. Masa tengok dekat facebook. Banyak sangat komen-komen yang negatif. Sampai hati ni pun mula ragu-ragu. Nak tukar tempat ke tak? Last-last kami pergi juga dekat sini.

Harga tiket sangat murah kalau nak dibandingkan dengan taman tema air yang lain. Bayarannya cuma RM20.00 untuk dewasa dan RM17.00 untuk kanak-kanak. Bagi kanak-kanak bawah 85cm boleh masuk secara percuma.


Sekarang ni dah disediakan baju macam life jacket untuk kanak-kanak. Ala-ala Legoland dah rasanya. Percuma sahaja. Tak perlu bayar pun. Juju pun ambillah satu untuk dak Firash. Senang sikit Juju nak bergodak nanti. Hehehe..


Masa sampai ni belum ramai lagi yang datang. Jadi puas jugalah kami main gelongsor yang biru ni. Juju pakai seluar ttacksuit je. Laju betul dia menjunam. Kecut perut. Tapi bukan reti makna serik. Tetap pegi naik lagi. Haha. 

Dekat sini ada lazy river, bahagian untuk kanak-kanak dan ada 2 slide. 1 kena guna pelampung dan satu lagi slide biru yang juju main tak ingat dunia tadi. Hehe. Ada juga kolam yang macam pantai. Siap dengan ombak. Cuma takda pasir jelah. Ada juga kolam untuk spa. 

So far okaylah pada Juju. Yang kurang berpuas hati tu mungkin sebab diorang terlalu letakkan high expactation kot. Memang Juju akui ruang mandi dan tandas cuma ada sikit je. Kena sabar lebihlah kalau datang masa peak hour. Kalau bab tak boleh bawa makanan tu rasanya mana-mana taman tema air semua sama je kan.


Dan Juju cuma ambil 2 keping gambar sahaja. Hehe, sibuk jaga keselamatan dak Firash. Sebab tu tak bawa handphone masa mandi. So, kalau korang nak beli tiket awal-awal boleh check website dia ye.

Website: http://wetworld.my/batu-pahat/

Waktu operasi:
Weekdays 10AM - 6PM
Weekends 10AM - 6PM
School and Public Holidays 10AM - 6PM
Closed on Wednesday, except School & Public Holidays