- Makan dan minum denganbebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam)
- Tidak menunaikan solat ketika berpuasa
- Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasa berpuasa
- Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat
- Tidak memperbanyakkan doa ketika berpuasa dan ketika berbuka
- Makan sahur di tengah malam kerana malas bangun di akhir malam
- Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana solat terawih
- Lelaki hadir dengan berbau busuk dan perempuan pula dengan berwangian
- Berbuka dengan merokok, atau selain makan minum
- Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat
- Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi harta haram
- Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain
- Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat ingin meriah
- Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur sehingga apabila terlambat bangun atau makan pada waktu itu dianggap telah batal puasa atau tidak boleh berpuasa
- Hadir berjemaah solat terawih tetapi tidak hadir berjemaah solat 5 waktu
- Tidur selepas sahur tanpa bersolat sunat dan tidak Subuh berjemaah
- Terlalu sibuk dengan persiapan raya, terutama pada 10 hari terakhir dan mengabaikan peluang menggandakan ibadah khusus.
Sumber: www.zaharuddin.net