Program CSR Paradigm Mall Johor Bahru bersama Anak Mutiara, SK Kangkar Pulai 2

Kasih Juju
Pada 8 Jun yang lalu, bertempat di Paradigm Mall Johor Bahru, telah diadakan satu program Corporate Social Responsibility (CSR) di mana pihak Paradigm Mall dengan berbesar hatinya meraikan Anak Mutiara daripada Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2.

Salah satu hiasan di Paradigm Mall
Kanak-kanak yang seramai 40 orang ini telah diraikan dengan persembahan tarian zapin. Selain itu, mereka juga telah diberi Duit Raya serta beberapa barangan keperluan sempena Hari Raya yang bakal menjelang. Ini adalah sebahagian daripada inisiatif khas Paradigm Mall JB untuk bulan Ramadhan dan Syawal kerana perhatian harus diberikan kepada golongan yang kurang bernasib baik ini.

Sebahagian Anak-anak Mutiara yang hadir
Pengacara majlis
Majlis dimulakan dengan persembahan zapin
Sesi penyampaian sumbangan duit raya dan barang keperluan hari raya.
Sesi penyampaian sumbangan duit raya dan barang keperluan hari raya.
Sesi penyampaian sumbangan duit raya dan barang keperluan hari raya.
Bergambar kenangan diantara pengurusan Paradigm Mall dan anak-anak mutiara.
Sesi mencuba baju raya.
Sesi mencuba baju raya.
Sesi mencuba baju raya.
Sesi mencuba baju raya.
Sesi mencuba baju raya.


Pemberian kuih raya
Berbuka puasa di Restoran KFC.
Jelas terpancar riak kegembiraan di wajah anak-anak ini. Tak tergambar perasaan macam mana agaknya kehidupan mereka yang serba kekurangan. Semoga bantuan yang mereka terima ini dapat digunakan dengan sebaiknya.

Bersempena dengan musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi, Paradigm Mall JB mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk bersama-sama merayakan Hari Raya pertama mereka dengan tema kilauan emas yang menggambarkan suasana istana -istana di Timur Tengah.

Kempen ‘Royale Raya’ ini sudahpun bermula pada 17 Mei 2018 yang lalu dan akan berterusan sehingga 1 Julai 2018. Sepanjang tempoh ini, para pengunjung dapat menikmati suasana cantik dan indah sama seperti berada di istana diraja. Seluruh pusat membeli-belah akan bermandikan hiasan emas dan pelbagai motif geometri.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik dan juga menyeronokkan akan diadakan antaranya Pertandingan Royale Congkak dan bengkel membuat batu seremban yang popular satu ketika dahulu.

Para pengunjung juga berpeluang menyertai pertandingan Baju Raya Lip Lap, Royale Sireh Junjung Paling kreatif, bengkel membuat kad raya ‘pop-up’ yang rumit, menghias balang kuih raya dan melukis batik. Semua aktiviti akan diadakan di Aras G.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman Facebook atau laman sesawang rasmi di;
Laman web rasmi: www.paradigmmall.com.my/jb