Sekarang dah masuk bulan September, tapi Juju masih lagi berfikir-fikir kemana agaknya nak bawa keluarga berjalan-jalan tahun ni.
Kalau tahun lepas Juju dah bawa family ke Bayou Lagoon, Melaka. Puas betul Firash dengan sepupu-sepupu dia main air. Eh, mak dia pun puas juga main air tau. Memang plan nak bercuti time tak cuti sekolah pun. Kononnya tak nak ramai sangat orang dekat kolam tu nanti. Penyudahnya ramai juga orang dekat kolam tu. Nampaknya ramai mak ayah yang fikir macam Juju.
Jadi tahun ni nak kemana pulak? Hurmm. Hajat dihati nak ke Pulau Pinang. Dah lama rasanya tak ke sana. Rindu nak makan rojak dekat Padang Lama tu. Rindu jugak nak makan nasi kandar. Huihhh.. Meleleh air liur tetiba.
Tapi macam jauh pula dari Johor nak ke Pulau Pinang. Hmm.. Tiba-tiba blurr pulak kepala ni memikirkan tempat nak bercuti. Oh ya, bukan ke ade MATTA Fair sekarang nih. Nak ke Kuala Lumpur tu jauh sangat. Jom kita cari online je dekat Traveloka. Eh kenapa pilih Traveloka? Sebabnya sekarang ni ada Traveloka Sale-abration yang seakan-akan MATTA Fair 2018. Fuh, betul-betul menduga keimanan nih.
Kenapa pilih Traveloka?
Korang nak tau tak kenapa Juju suka cari tiket penerbangan di Traveloka? Pertamanya sebab dia bagi kita banyak pilihan. Contohnya kalau Juju nak ke Pulau Pinang, Juju cuma masukkan keyword Pulau Pinang dan web ni akan carikan tiket penerbangan yang berpatutan dengan bajet Juju.
Pilihan syarikat penerbangan dekat sini bukan hanya tertumpu pada satu syarikat penerbangan sahaja, tapi kesemua penerbangan yang berkaitan. Macam contoh Juju nak fly dari Johor Bahru ke Pulau Pinang. Bukan syarikat Air Asia sahaja yang keluar, tapi ada juga Malindo Air, Fire Fly dan MAS. Detail yang tertera pun sangat lengkap.
Macam yang kita tau, penerbangan Air Asia tidak termasuk luggage dan makanankan. Tapi kalau korang nak tambah makanan dan luggage dia dah senaraikan semuanya termasuk harga. Menarik sangat ni.
Nampak tak perbandingan yang Juju dah screenshot ni? Harga dia beza RM2.00 je, tapi syarikat penerbangan mana yang bagi lebih? Ha korang kenalah nilaikan sendiri. Jadilah pengguna yang bijak.
Pilihan tarikhnya pula kita boleh pilih bila-bila masa sahaja yang kita suka. Maklumlah, ada orang yang kalau dah plan nak cuti tarikh sekian sekian tapi last minute tak dapat pula nak bercuti. Bila tidak dirancang tulah yang plannya menjadi. Eh, memang ada yang macam ni tau. Contoh terdekat ni kawan baik Juju. Kita ni punyalah plan macam nak rak. Tetiba dia pulak tak dapat free kan masa. Huhu menangis tepi bucu mejalah sebab duit kapal terbang semua dah bayar.
Lagi yang menarik sepanjang Traveloka Salebration ni adalah tiada yuran tempahan. Dengan syarat korang booking daripada 4 September sehingga 10 September 2018 sahaja!!! Wah, memang menarik sangat ni. Aduh Juju dah betul-betul tergoda nih.
Lagi yang menarik sepanjang Traveloka Salebration 2018 ni, korang berpeluang untuk mendapatkan kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera. Yeay, memang bermurah hati sangat Traveloka ni.
Kenapa Juju suka ke Pulau Pinang?
Macam yang Juju dah cerita dekat awal-awal entri tadi, Juju suka pilihan makanan yang pelbagai dekat sana. Lebih-lebih lagi rojak pasembur dekat Padang Kota lama. Memang tak pernah miss ke sini kalau ke Pulau Pinang.
Lagi pula dekat sini je yang ada feri untuk kereta. Haha, memang dari kecik lagi Juju teruja sangat dengan feri yang boleh bawak masuk kereta ni sekali. Dulukan famous cerita Anak Mami lakonan Saiful Apek dan Fasha Sandha. Setiap kali tengok feri tu mesti Juju berangan sekali tau. Hehe. Dekat Langkawi pun sekarang dah boleh bawak masuk kereta. Tapi dia ada limit. Kalau dekat Pulau Pinang ni memang sentiasa ada. Cuma kena tunggu giliranlah.
Selain itu, antara tempat menarik yang ada di sini ialah:
1. MADE IN PENANG INTERACTIVE MUSEUM
Muzium yang menjadi tarikan terbaru ini menceritakan sejarah Pulau Pinang yang dahulunya merupakan pelabuhan terkenal di Asia Tenggara. Pelbagai replika pelabuhan dan kapal dagang dapat menjadi tatapan pengunjung untuk mempelajari sejarah negeri ini.
Selain itu, pengunjung juga dapat mempelajari kekayaan budaya di Pulau Pinang secara santai dan interaktif dengan menerokai 5 bahagian muzium ini iaitu Wall Painting, Handmade Jetty Water Front, Interactive 3D Trick Art, Interactive Kiosks dan Coffee time.
2. ASIA CAMERA MUSEUM
Sebelum zaman Instagram, mengambil gambar bukanlah semudah yang anda sangkakan. Pelbagai keperluan dan kemahiran yang diperlukan semata-mata untuk mendapatkan sebuah gambar yang elok! Malah, anak muda zaman kini mungkin tidak pernah menggunakan kamera kerana semuanya telah tersedia di dalam smartphone.
Bagi penggemar dan pencinta fotografi, di Asia Camera Museum ini anda boleh melihat koleksi lebih 1000 buah kamera antik beserta aksesorinya yang diperlukan untuk memproses gambar. Ia tentu akan membuka mata kita, lebih-lebih generasi muda yang mungkin tidak pernah berpeluang menggunakan dan melihatnya. Dengan suasana Lebuh Armenian dan rekabentuk dalaman bangunan yang vintage, anda tentu akan jatuh cinta dengan keunikan tempat ini di samping mempelajari banyak perkara tentang fotografi.
3. WONDERFOOD MUSEUM
Wonderfood Museum adalah muzium terbaru menjadi pilihan pengunjung di Pulau Pinang. Di sini anda dapat mendalami budaya Malaysia dengan pameran hidangan tempatan berskala besar.
Muzium ini terbahagi kepada 3 zon iaitu Zon Wow, Zon Aktiviti, dan Zon Pendidikan. Semua replika makanan adalah hasil kerja tangan pemilik muzium, Sean Law yang menerapkan teknik replikasi makanan dari Jepun. Menarik!
4. TEDDY VILLE MUSEUM
Tahukah anda kenapa patung beruang comel digelar Teddy Bear? Kalau nak tahu, datanglah ke muzium ini. TeddyVille Museum adalah muzium Teddy Bear pertama di Malaysia yang menempatkan segala macam koleksi teddy bear seawal tahun 1900. Setiapnya mempunyai sejarah tersendiri, dan siapa yang tak berminat dengan teddy bear pun tentu akan seronok untuk mengetahui kisahnya.
Menariknya, dalam muzium ini juga teddy bear diperagakan dengan watak-watak tempatan seperti Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, kapten Francis Light, Datuk Nicol David, Datuk Jimmy Choo, dan banyak lagi. Malah, secara tidak langsung anda dapat mendekati budaya Pulau Pinang serta mengetahui warisan sejarahnya melalui watak teddy bear yang tersangat comel!
4 tempat dekat atas ni Juju belum pernah pergi lagi (Sumber dari SirapLimau). So Juju simpan dulu dekat sini untuk rujukan bila Juju datang ke Pulau Pinang ni nanti.