Penjagaan Bayi Semudah ABC dengan Asmak Baby Care

Kasih Juju
Hai semua,

Harini Juju nak share dengan korang produk penjagaan bayi yang lengkap dari kepala sampai ke kaki. Kalau korang nak tau, MHAM sebelum ini sangat terkenal dengan Minyak Herba Asmak Mujarab yang sangat berkesan dalam melegakan dan mengurangkan penyakit asma. Kini syarikat MHAM telah mengembangkan lagi produk keluaran mereka yang sangat menarik untuk korang cuba.

Asmak Baby Care.
Asmak Baby Care
Produk yang Juju nak share dengan korang ni adalah Asmak Baby Care. Packaging dia sangat menarik. Dia datang dalam satu kotak dan ada 5 jenis barang di dalamnya. Ha, suka ke tak kalau dapat satu set produk penjagaan untuk bayi? Okeh jom kita go through satu-satu.

So dalam kotak ni dia ada:
Asmak Baby Care
1/ Baby Wash Top to Toe
2/ Losyen Bayi 
3/ Essential Oil
4/ Bedak
5/ Sevenis Hair Oil

Langkah 1
Baby Wash
Mandikan si manja anda dengan Mandian Bayi Asmak dari hujung rambut ke hujung kaki. Kandungannya yang pekat, hanya perlu picit sedikit dan sapukan ke seluruh tubuh dan rambut. Dengan haruman bunga ros dan chamomile menjadikan bayi anda lebih wangi dan selesa. Ia juga mengandungi minyak kayu putih, minyak aprikot dan vitamin E.
Sukanya dia mandi guna sabun Asmak 


Langkah 2
Losyen Bayi Asmak
Sapukan Losyen Bayi Asmak Baby Care ke seluruh tubuh si manja. Urutlah dengan kasih sayang dan biarkan si manaja merasai sentuhan kasih ibu. Ia dapat mengeratkan lagi kasih sayang anda dengan si manja. Losyen bayi mengandungi haruman yang menenangkan dan akan membuatkan si manja anda tenang dan kulit akan menjadi lebih wangi. Kandungannya dari minyak halia, ekstrak bunga portulaka dan minyak cengkih.
Losyen ni dia sapun sendiri :P

Langkah 3
Essential Oil
Gunakan Essential Oil di bahagian yang berkenaan. Anda boleh sapukan beberapa titis sahaja ke bahagian yang tertentu untuk memberikan kesan yang menenangkan dan bayi lebih mudah tidur. Ia juga boleh melegakan bayi ketika kurang sihat. Memberikan mereka rasa selesa dan bau lebih harum. Essential Oil ini juga boleh digunakan ibu-ibu menyusu yang mengalami masalah kekurangan susu. Kandungannya dari clove oil (minyak cengkih), nutmeg oil, peppermint oil dan sweet almond oil.

Langkah 4
Bedak bayi asmak
Sapukan Bedak Bayi Asmak pada tubuh bayi dan ratakan. Amat bagus sekali digunakan selepas bayi mandi. Haruman lavender essential oil membuatkan si manja berbau harum, berasa lebih tenang dan dapat tidur dengan lena. Bahan utama adalah tanah liat jenis kaolin yang terbukti bagus untuk kulit. Bedak bayi asmak juga mengandungi ekstrak betik dan ekstrak bunga portulaka.
Peace yaw

Langkah 5
Sevenis Hair Oil Asmak
Sapukan rambut si manja anda dengan Sevenis Hair Oil Asmak untuk rambut lebih sihat, kuat, bersinat, lembut dan berbau wangi. Ia diperbuat daripada 7 jenis minyak yang memberi khasiat dan manfaat kepada rambut si manja agar menjadi lebih kuat dan sihat. Kandungannya terdiri daripada light mineral oil, tea tree oil, babassu oil, VCO, olive oil, argan oil dan haruman yang berbau sangat harum.

Pengalaman Juju
Okeh jujur Juju katakan Juju suka sangat dengan produk-produk ni. Lebih-lebih lagi minyak rambut dan essential oil tu. Memang sangat-sangat membantu dalam menguruskan kehidupan si Firash seharian.

Bau minyak rambut tu memang sedap sangat. Bau dia melekat dekat tangan. Lepas pakaikan dekat Firash Juju akan letak sikit dekat rambut Juju. Memang menenangkan sungguh.

Harga untuk 5 item ni hanya RM159.00 sahaja. So, kalau nak beli satu-satu pun boleh. Tiada paksaan untuk beli satu set ni tau. Trial set pun ada. Cepat-cepat contact agen yang berhampiran dengan korang sekarang.

Untuk keterangan lanjut dan pembelian boleh ke:

Website: 

Facebook Page: Asmak Baby Care
Instagram: @asmak.babycare
Hotline: 019-9708897