Latest

4 March 2019

Rawatan Yang Ada di MBH Body Theory Johor Bahru

Hai guys,

Kalini Juju nak kenalkan dengan korang satu tempat yang menarik untuk hilangkan lemak-lemak di badan. Hah, siapa yang tak nak kuruskan. Lebih-lebih lagi macam Juju ni ha. Semakin hari semakin bertambah angka dekat alat penimbang. Aduh, entah bila angka tu nak berkurang. Tension betul.

Dan Juju sebenarnya bersyukur sangat-sangat sebab diberi peluang untuk berkenalan dengan MBH Body Theory. Hah apa tu MBH Body Theory? Okeh, kalau sebelum ni MBH banyak tertumpu pada muka dan kulit wajah, tapi kali ni MBH telah meluaskan cabang perniagaannya dengan membuka satu lagi cawangan yang hanya tertumpu pada fat loss dan inch loss. Wah, tahniah MBH.

Wakil-wakil Blogger bersama Pua Yaya Mohamad

Untuk sesi pengenalan ni, Juju telah dibawa untuk mendengar sendiri sesi body analysis. So untuk sesi ini, kami telah diberi penerangan oleh pengasas MBH iaitu Puan Yaya Mohamad. Bertuah sungguh kami pada hari itu. Dapat face to face dengan puan empunya butik.


Dalam body analysis tu, kita disuruh untuk timbang menggunakan mesin yang telah disambung dengan smart device. Dekat situ nanti akan keluarlah peratus lemak dalam badan, peratus air dalam badan dan macam-macam lagilah. So dari situ dia akan suggest treatment mana yang sesuai dengan kita.
   


Tapi kalau budget kita ni tak berapa nak mampu macam Juju ni ha, ada je rawatan yang berpatutan. Jangan risau okeh. Tak mahal mana pun. Yang penting effect lepas buat rawatan tu meletop-letop kebabom. Okeh jom tengok rawatan mana yang sesuai dengan korang.

MBH Flab-U-Less
Rawatan membantu mengurangkan selulit dan menegangkan kulit, rawatan yang digunakan untuk memanaskan dan membaikpulih tisu-tisu untuk meningkatkan aliran darah dan memecahkan lemak dengan menggunakan alat RF.


Rawatan ini sesuai untuk korang yang ada masalah pipi kendur, leher, dagu menggelebeh dan ingin menghilangkan selulit lemak. So lepas buat rawatan ini korang akan dapat kurangkan bonjolan lemak, kurangkan selulit, mencantikkan kulit, menegangkan kulit kendur dan bentuk badan yang menarik.

MBH Froze Fat Fast
MBH FROZE FAT FAST ialah rawatan untuk pengurusan berat badan menggunakan teknologi BTL iaitu melalui proses pembekuan lemak pada kawasan tertentu.

 

Rawatan sesuai untuk individu yang mempunyai masalah lemak degil dan individu yang menghadapi masalah kesukaran menurunkan berat badan

Kelebihan Rawatan
- Kurangkan benjolan lemak
- Kurangkan selulit
- Mencantikan kulit
- Menegangkan kulit kendur
- Membentuk badan menarik

MBH Fat Breaker
MBH FAT BREAKER ialah rawatan menegangkan kulit wajah dan mengurangkan selulit.


Rawatan ini sesuai untuk individu yang mempunyai masalah kulit menggelebeh dan individu yang mempunyai masalah selulit selepas bersalin.

Kelebihan Rawatan
- Membakar lemak di bawah kulit dan lemak
- Membentuk badan
- Mengurangkan selulit di permukaan kulit

MBH Fat Melt Away
MBH FAT MELT AWAY ialah rawatan membakar yang menggunakan teknologi terbaru iaitu cavitation dan ultrasound.



Rawatan sesuai untuk wanita selepas bersalin dan individu yang ingin menegangkan kulit.

Kelebihan Rawatan
- Menegangkan kulit
- Memperbaiki struktur kulit
- Membentuk semula badan
- Mengurangkan kesan ‘orange peel’

MBH Straight Loss Shell
MBH STRAIGHT LOSS SHELL ialah rawatan untuk mencairkan lemak luaran dan dalaman dengan menggunakan kaedah spa capsule.


Rawatan sesuai untuk individu yang mempunyai masalah selulit dan individu yang menghadapi masalah lemak yang tinggi dalam badan.

Kelebihan Rawatan
- Membakar lemak di bawah kulit dan lemak visceral
- Membentuk badan
- Mengurangkan selulit di permukaan kulit

Rawatan-rawatan yang disediakan di sini tidak sesuai bagi wanita hamil, lemah jantung dan tekanan darah tinggi dan rendah.

Penjagaan selepas rawatan
- Disarankan menggunakan slimming lotion (MBH Burn It Fast) bagi tujuan membantu mengekalkan bentuk badan
- Pengambilan makanan seimbang
- Pengambilan air putih mengikut berat badan ideal.

Disarankan untuk menjalankan rawatan ini 10 sesi selama 1 bulan.

Untuk maklumat lanjut dan urusan selanjutnya, boleh hubungi mereka di:

MBH BODY THEORY
Facebook : MBH Body Theory – Johor Bahru
Instagram : @mbh_bodytheoryjb
Alamat : 12 – 02, Jalan Padi Emas 1/4, UDA Business Center, 81200 Johor Bahru, Johor.

No phone :018 – 203 7019

2 comments:

Sunah Sakura said...

canggih2 semua alatan dia tu..kalo ada rezeki lebih, boleh lah buang lemak di dagu berkembar ni..hahahha

Sis Lin said...

Memang nak cuba nanti buat rawatan kat sini..
Nak try facial dia...