Betul ke Jejaka Yang Hanya Mampu Menggerakkan 3 Jari ini Pengasas Jamu Mall?

Kasih Juju
Assalamualaikum semua, selamat bercuti hari pekerja

Bersempena dengan cuti hari pekerja ni, Juju nak korang mengenali siapa dia pengasas Jamu Mall. Kalau sebelum ni kita dah baca pasal perkahwinan Siti Jamu Mall kan, so kalini Juju nak bercerita sikit pasal pengasas dia pulak. Abang kepada Siti iaitu Khairul Nizam.


Kalau korang nak tau, Khairul Nizam ini tergolong dalam insan istimewa. Lihat sendiri kepada bentuk tubuh dan fizikal dia kita akan berkata dalam hati 'Eh! Betul ke dia ni pengasas Jamu Mall? Silap-silap dia ni berlakon je.' Huh, memang ayat makcik bawang betul kan.

Ye, inilah dia pengasas Jamu Mall, insan kurang upaya yang juga pemegang kad OKU, Khairul Nizam.
Juju nak share antara petikan ayat dalam ucapan dia:
Diusia 30 dengan keadaan cacat, aku bersyukur dengan kehidupan, aku berjaya membina satu syarikat atas talian iaitu JamuMall Sdn Bhd. Aku happy mampu beli apa yang aku nak, mampu makan yang mewah, mampu travel ke Dubai, Korea, Jepan, Australia dan banyak negara aku dan sampai. Yang paling best aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarg , tanggung family dan bersedekah setiap hari.

Bukan nak riak. Tapi aku tau ramai sebenarnya orang diluar sana nak jadi macam aku, nak banyak duit macam aku, nak bahagiakan family mereka macam aku. Tapi, adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku,

Kehidupan aku dulu tak macam ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku. Makan perlu disuap ,mandi perlu diuruskan ,duduk perlu diangkat ,dan tidur perlu dijaga, bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian.



Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari, bukan tiga hari, bukan seminggu, bukan sebulan tetapi bertahun-tahun!!! Ada ketika aku rasa sangat terkesan bile aku haus, lapar, penat, takde orang disisi. Tapi takkan aku nak mengharapkan mati? Allah beri aku nyawa, nafas, sedikit kekuatan jari dan akal mesti ada sesuatu manfaat yang boleh aku buat.
 
Aku cuba merenung dan mengimbas kehidupan ramai orang diluar. Kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna, boleh berjalan, berlari, melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain.

Aku melihat ramai yang malas untuk ubah hidup sendiri, ramai yang suka bagi bermacam alasan bila bekerja, ramai yg cepat give up bile ada cabaran! 

Ramai cuba memilih untuk kerja senang, tak nak susah, lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat, sanggup berhenti kerja dan menganggur bertahun-tahun atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah. Paling terkesan nak bagi duit mak dan ayah, family pun tak mampu. Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka.
 
Jadi aku bangkit! Aku cuba buktikan pada masyarakat, the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur. Bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan jangan sia-siakan, aku bangkit untuk beri manfaat pada orang lain. Aku nak satu dunia nampak, hanya 3 jari dan satu akal aku dapat melihat kegembiraan, senyuman ramai orang disekeliling aku.

Kini aku sedar. Untuk berjaya dalam kehidupan, pekerjaan, mahupun bisnes bukan mudah. Tetapi atas keinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, keberanian yang tinggi, suka belajar dan improve diri, dan juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa aku ke tahap sekarang.
 
Dan semua value yang ada dalam diri aku akan aku bawakan ke dalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit, bersemangat, dan berjaya! 

Akhir kata, kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan orang sekeliling, anda ada berapa jari untuk ubah kehidupan? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi. Kita je mampu ubah diri kita!!
Tersentuh sungguh hati Juju membacanya. Sungguh tinggi semangat pemuda ini. Walaupun kekurangan, tapi atas semangat yang tinggi di sinilah beliau sekarang. Jom hayati ucapan pemuda ini dalam video yang Juju kongsikan di bawah ni.


Jom follow Khairul Nizam