Jom Berbuka di The Straits Kopitiam, NSK Ulu Tiram

Kasih Juju
Bersempena dengan bulan Ramadhan tahun ini, The Straits Kopitiam dengan berbesar hatinya telah melancarkan menu untuk berbuka puasa yang bersesuaian dengan masyarakat di Negeri Johor.

Bertepatan dengan tema kopitiam, restoran ini menyajikam kopinya yang sangat enak. Cukup pahit dan pekat. Digandingkan pula dengan kuih muih tradisional melayu, memang layan betullah tekak ni. Ditambah lagi dengan cuaca yang redup, gerimis. Ditambah pula dengan roti bakar. Memang boleh makan betambah.


Kopi panas dan kuih muih
Restoran ini juga menyediakan pelbagai hidangan makanan dari utara Malaysia contohnya seperti laksa penang, mi udang, penang asam laksa dan pelbagai lagi. Laksa Johor juga tak ketinggalan disediakan di sini.

Laksa Johor
Laksa penang
Mi udang special
Ais Kepal
Apa yang menarik perhatian Juju adalah ais kepal dia. Kalau kita yang dekat belah selatan ni memang tak familiar pun dengan ais kepal, tapi di sebelah utara nun memang dah famous sangat. Yang kita kenal pun ais kepal milo tu je ha. Tu pun asalnya dari utara juga kan.

Ais kepal
Sebab tu restoran ini ingin membawa memori semasa zaman kecil beliau balik dari sekolah sambil makan ais kepal. Mana tau lepas ni ais kepal jadi viral pula di selatan kita ni kan. Korang boleh dapatkan ais kepal ni dengan harga RM2.80 sahaja dan ada 6 perisa pilihan.

Cara menikmati ais kepal

Menu Ramadhan
So, berbalik pada menu untuk Ramadhan nanti, restoran ini telah menambah menu nasi ambeng dan juga nasi beriyani. Bertepatan sekali dengan selera rakyat Johor.

Set Nasi Ambeng
Nasi Ambeng
Setiap hidangan nasi ambeng tu akan dibungkus dan dihidangkan bersama talam kecil. Dulang kecil yang selalu kita buat hidang air untuk tetamu yang datang bertandang ke rumah tulah talamnya. Feel betul makan dalam tu.

Lauknya pula lengkap dengan serunding kelapa, ikan masin, sambal goreng jawa, mi goreng, sambal dan rendang ayam. Memang sesuai sangat untuk dijadikan hidangan berbuka puasa.

Nasi ambeng
Juju sendiri dah cuba set nasi ambeng ni. Memang sedaplah. Mi goreng dia tu pedas. Ditambah lagi dengan sambal tu pun pedas jugak. Memang kena betul dengan tekak Juju yang memang sukakan makanan yang pedas.

Set nasi ambeng ini didatangkan sekali dengan air sirap limau selasih. Harganya cuma RM9.80 sahaja. Murah dan berbaloi kan.

Nasi Briyani
Untuk set nasi briyani pula, ia dihidangkan dalam talam yang besar. Sesuai untuk dimakan seramai 3 atau 4 orang. Jangan pula korang bedal sorang-sorang. Tak mampu nak memandu balik rumah pulak nanti. Hehe.

Nasi briyani
Lauk dia pun menarik sangat-sangat. Dalam satu dulang ni dah ada lauk briyani udang, briyani sotong, briyani ayam dan jugak briyani kambing. Fuh, semua ada dalam satu dulang.

Seperti set nasi ambeng tadi, set nasi briyani ni jugak datang sekali dengan air sirap limau selasih. Confirm puas hati punyalah. Harga unruk set nasi briyani ni pulak RM58.50 sahaja.

Juju nak suggest dekat korang,cuba sendiri cendol buatan restoran ini. Mi cendolnya di proses sendiri dan santan yang digunakan juga bukan jenis santan cair. Tapi santan pekat. Bila ais mencair, santan yang pekat tu pun akan mencair jugak. Jadi memang lagi sedaplah gandingannya.



Huh, dah terliur belum? Menu wajib cuba tau cendol ni. Boleh jadi penutup.

Untuk ke restoran ini, korang boleh waze ataupun guna Google Map. Search je NSK Ulu Tiram. Kalau tak jumpa korang boleh search Mc Donalds Ulu Tiram sebab restoran ini terletak dalam bangunan NSK yang berada di belakang Mc Donalds.

Untuk maklumat lanjut boleh ke:

Alamat
THE STRAITS KOPITIAM,
Lot No 16,KM 20,Jalan Kota Tinggi,
81800 Ulu Tiram Johor.