Hai semua,
Haritu Juju dan suami ikut rombongan sekolah Firash ke Zoo Johor dan Malay Cultural Village. Juju memang suka ikut rombongan budak-budak sekolah ni. Maklumlah, dulu masa kecik-kecik tak sempat nak merasa.
Buat perangai eh yang tengah tu |
Malay Cultural Village, Johor.
Okeh, secara jujurnya memang Juju tak tau pun kewujudan tempat ni. Sebab tu Juju nak sangat follow rombongan sekolah dak Firash ni. Hehe. Teringin nak tau apa yang ada dalam tempat ni. So, jom kita tengok sama-sama yek.
Pada awalnya Juju dah survey dulu harga tiket di laman web rasmi tempat ni. Tapi malangnya Juju tak jumpa pun. Tak dapat nak share dengan korang harga dia. Tapi tak sampai RM50 pun seorang. Lepas tu dia ada pakej yang korang boleh pilih. Macam yang Juju join ni cikgu dah pilihkan pakej A iaitu, roti canai, teh tarik dan batik painting. Semua tu korang boleh buat sendiri tau.
Antara pakej lain yang ada ialah;
Pakej B
Roti canai
Teh tarik
DIY soap
Pakej C
Roti canai
Teh tarik
DIY soap
Batik painting
Pakej D
Roti canai
Teh tarik
Small fan
Pakej E
Roti canai
Teh tarik
DIY soap
Small fan
Setiap pakej ni harga dia berbeza. Jadi terpulanglah dekat korang nak cuba pakej yang mana satu. Masa yang kitorang ambil untuk menghabiskan semua task ni pun agak lama jugalah. Okeh jom tengok peta kawasan tempat ni dulu.
Tapi kami tak ikut pun peta tu. Kami habiskan dulu ronda kawasan yang sebelah luar, lepas tu baru buat aktiviti dekat dalam. Pertama sekali anak-anak diajar mengenal gong. Siap dapat pukul gong tu lagi.
Seterusnya anak-anak diberi penerangan mengenai pokok kelapa. Macam-macam produk yang boleh dihasilkan menggunakan pokok kelapa ni. Dari batang pokok sampailah ke daun dia. Semua boleh guna. Bak kata Tok Dalang dalam cerita Upin Ipin, pokok seribu guna.
Ha kalau nak bercerita pasal pokok kelapa sawit ni memang anak-anak ni kenallah. Maklumlah, semuanya cucu peneroka. Maunya tak kenal dengan pokok sawit ni. Dalam kawasan sekolah pun ada pokok ni tau. Hehehe.
Ada lagi beberapa pokok yang ditunjukkan pada anak-anak. Antaranya pokok koko, nenas, pisang, durian, mangga dan macam-macam lagilah. Yang pokok durian tu ade buah. Tapi buah tipu-tipu punya. Maklumlah, belum musim durian.
Baca sini: zoo negara
Lepas melawat segala jenis pokok dan tumbuhan kami masuk pula ke rumah tradisional melayu. Dalam rumah ni ada ditunjukkan peralatan yang orang dulu-dulu gunakan. Antaranya kelambu, lampu minyak tanah, buaian bayi dan mainan yang dimainkan oleh orang dulu-dulu.
Peta kawasan |
Penerangan mengenai gong |
Penerangan mengenai pokok kelapa |
Penerangan mengenai pokok kelapa sawit |
Ada lagi beberapa pokok yang ditunjukkan pada anak-anak. Antaranya pokok koko, nenas, pisang, durian, mangga dan macam-macam lagilah. Yang pokok durian tu ade buah. Tapi buah tipu-tipu punya. Maklumlah, belum musim durian.
Baca sini: zoo negara
Lepas melawat segala jenis pokok dan tumbuhan kami masuk pula ke rumah tradisional melayu. Dalam rumah ni ada ditunjukkan peralatan yang orang dulu-dulu gunakan. Antaranya kelambu, lampu minyak tanah, buaian bayi dan mainan yang dimainkan oleh orang dulu-dulu.
Mak kate tak baik duduk kat tangga. Sekarang ni tangga pun dah tak de |
Lampu minyak tanah |
Congkak dan batu seremban |
Kelambu |
Pakaian tradisional |
Rumah tradisional melayu |
Sesi penerangan sebelum mewarna batik |
Lilin untuk melukis |
Kain untuk mencantik batik |
Okeh, memang tangan takde seni |
Ni yash punya |
Ayah Yash tunjuk skill |
Untuk teh tarik pula baru libatkan anak-anak. Tapi diorang tidaklah bagi air teh panas tu. Bagi air paip je. Kot salah tarik kang melecur badan budak tu siapa nak bertanggungjawab pulak.
Lepas tu kami dijamu dengan roti canai cicah kuah kari dan teh tarik. Semuanya segera punya tau. Haha. Bolehlah. Produk keluaran Malaysia jugakan.
Lepas makan-makan, kami bergerak ke pentas untuk menyaksikan persembahan kebudayaan pulak. Memang majmuk persembahan yang dipertontonkan. Ada tarian melayu, cina, india dan kadazan. Yang menari sambil lompat celah buluh pun ade tau.
Lepas persembahan kebudayaan tu, kami bergerak pula ke bahagian wayang kulit. Anak-anak berpeluang untuk mainkan sendiri boneka wayang kulit tu. Memang kaku jelahkan. Maklumlah, tak pernah tengok persembahan wayang kulit. Hehe.
Seterusnya kami tengok macammana bijih timah dilebur untuk dijadikan perkakas. Kawasan ni panas sangat. Sebab tu ada cermin pemisah dekat depan dia. Suhu yang diperlukan untuk lebur timah tu mesti tinggi. Kalau tak tinggi sampai besok pun dok keras kejung macam tu.
Dan akhir sekali kami dibawa masuk ke kedai yang menjual barangan cenderahati dan cenderamata. Juju beli jugalah satu set batik painting tu sebab nampak si Firash suka sangat mewarna.
Overall kira menarik jugalah kalau korang nak mempelajari adat-adat melayu dan nak merasai sendiri cemana orang dulu-dulu tidur dalam kelambu berlampukan lampu minyak tanah bolehlah datang ke sini.
Maklumat lanjut boleh ke:
Malay Cultural Village
Alamat: 33A, Jalan Petaling, Kawasan Perindustrian Larkin,
80350 Johor Bahru, Johor.
Waktu Operasi:
Wednesday 9am–3pm
Thursday 9am–3pm
Friday 9am–3pm
Saturday 9am–3pm
Sunday 9am–3pm
Monday 9am–3pm
Tuesday 9am–3pm
Telefon: 07-238 7377
Laman Web: https://www.malaycv.com/
Facebook: https://www.facebook.com/tmcvsb/