Hai semua,

Sekejap je kita dah masuk hari yang ke - 78 dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan. Tahniah semua rakyat Malaysia yang berjaya mengawal diri dari bergerak ke sana ke sini ke sana ke sini. Tahniah juga kepada barisan hadapan yang bertungkus-lumus bekerja bagi memastikan virus jahat ini tidak merebak.
Dan dalam sedar tak sedar, kita dah masuk pertengahan tahun 2020. Tak banyak yang Juju harapkan, cuma cepat-cepat virus jahat ni hilang dari muka bumi ini. Dan semoga kita semua terhindar dari penyakit yang tak diundang ini.

Sedih juga rasa tak dapat beraya ke rumah sanak saudara di kampung. Selalunya bila masuk musim raya ni mesti Juju and family konvoi ziarah rumah ke rumah. Tapi siapa sangka raya tahun ni semuanya berlainan. 

Eh, bukan saja raya, puasa pun tak macam selalu. Yang paling rindu nak berbuka dekat kedai. Haha. Rindu hoi tomyam hakak kedai Thailand tu. Dahlah tak dapat pergi Hatyai. Wahaha. Tak pelah, tak kemana pun Hatyai tu. Lepas suasana dah reda, kita terjah Hatyai okeh.

So dikesempatan ini, Juju nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca blog Juju. Minta ampun dan maaf jika ada penulisan Juju yang tersinggung perasaan korang ya. Salam 0 - 0.

Wassalam.