Tudung Sukan Paling Viral di Malaysia - TAHAN Instant Sports Hijab

Kasih Juju
Hai semua,
Juju perhatikan sekarang ni, ramai sangat kawan-kawan Juju yang gemar melakukan aktiviti sihat seperti berbasikal, berjoging dan mendaki. Bagus sangat aktiviti sihat macam ni. Boleh keluarkan peluh. 

TAHAN Instant Sports Hijab

Sukan dan riadah selalunya dilakukan pada waktu terluang. Antara aktiviti bersukan termasuklah bermain bola sepak dan lain-lain. Di negara maju, sukan sudah menjadi kelaziman dan kebiasaan pada mereka. Berbanding di negara kita, masih ramai yang tidak menyedari kebaikan bersukan dan beriadah. Persoalannya, apakah kebaikan bersukan dan beriadah?

Bersukan dapat menyihatkan badan, mengeluarkan peluh dan badan menjadi sihat. Contohnya, masyarakat Jepun mempunyai jangka hayat yang lama kerana gemar bersukan dan beriadah. Tambahan pula badan yang cergas menghasilkan otak yang cerdas. Oleh itu, rajin bersukan atau beriadah melahirkan masyarakat yang sihat.

Sebelum bersukan boleh selfie dulu

Bersukan dapat membentuk disiplin diri dan nilai-nilai murni. Bersukan dapat mengajar kita supaya menepati masa, kesungguhan, kerjasama dan sebagainya. Contohnya, dalam pertandingan badminton, suka ini mengajar kita supaya gigih dan bersemangat tinggi. Maka mereka yang aktif bersukan dan beriadah akan menjadi insan yang lebih cemerlang.

Bersukan dan beriadah dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Bila kita bersukan, kita akan jumpa dengan pelbagai kaum. Contohnya di sekolah, pelbagai kaum akan menjalankan aktiviti sukan bersama-sama. Ianya dapat mengeratkan perpaduan kaum di negara kita. Sekaligus kita dapat melahirkan negara yang aman dan harmoni.

Bersukan dan beriadah yang dilakukan bersama keluarga pada hujung minggu atau waktu cuti akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Contohnya ibu bapa boleh membawa anak berjoging atau bermain badminton. Ianya boleh mengeratkan rasa kasih sayang dalam keluarga. Jelasnya, bersukan dapat membentuk keluarga bahagia. Bila keluarga bahagia barulah negara sejahtera.

Tudung Sukan Paling Viral di Malaysia - TAHAN Instant Sports Hijab

Bila bersukan ni selalunya Juju ada satu masalah. Masalahnya adalah rasa panas dekat kepala bila lepas buat aktiviti bersukan ni. Wap panas dia tu boleh buat Juju migrain tau. Ha korang jangan pulak cakap Juju tak buat senaman untuk cool down lepas bersukan tu. Juju buat tau. Tapi dia punya wap tu memang Juju tak boleh nak tolerate langsung. Fuh.

Dan baru-baru ni, Juju dapat berkenalan dengan tudung sukan paling viral di Malaysia iaitu TAHAN Instant Sports Hijab. Hah, boleh ke keluarkan wap panas yang terperuk dalam tudung sampai kepala Juju jadi ting tong tuh? Ha jom kita tengok.

Ciri-ciri TAHAN Instant Sports Hijab:-
  • Direka supaya cepat kering untuk muslimah yang aktif
  • 90% polyester dan 10% spandex
  • Memberikan keselesaan di bahagian muka
  • Tidak mudah berkedut, sesuai untuk dibawa ketika bercuti
  • Boleh digunakan untuk aktiviti sukan lasak
  • Kegunaan aktiviti dalam dan luar
  • Sesuai untuk semua peringkat umur
Antara kelebihan TAHAN Instant Sports Hijab ni adalah:-
  • Satu-satunya tudung yang sangat ringan untuk aktiviti luar
  • Selesa dan mudah digayakan
  • Rekaan moden dengan kualiti fabrik yang tinggi
  • Simbol wanita kontemporari yang mengamalkan kesihatan sihat
  • Penyerapan peluh yang lebih baik
  • Tudung yang memberikan anda keselesaan walaupun untuk pengunaan yang lama
  • Fleksibel mengikut kepala, badan dan juga pergerakan
  • Melitupi rambut sepenuhnya
  • Memberikan keselesaan dan sangat fleksibel digunakan untuk aktiviti luar
  • Sesuai digunakan walau apa jua keadaan cuaca
  • Tak perlu menggunakan pin. Hah, jimat masa. Sarung jer

Review Juju
Okeh meh sini Juju nak bagi review seikhlas hati. Untuk Juju yang bermuka agak chubby ni, eh bukan agak chubby memang chubby pun dia agak sedikit ketat di bahagian muka. Tapi lepas Juju adjust sikit mengikut kesesuaian barulah Juju rasa selesa. Bila dah rasa selesa barulah keyakinan tu datang kan.

Labuh dan menutup aurat

Lepas dah buat regangan maka Juju pun mulalah berlari-lari anak mengelilingi kawasan perumahan. Sekejap lari, sekejap berjalan, sambil menyapa acik-acik yang tengah grooming pokok-pokok di laman rumah. Tak kurang juga acik-acik yang membawang, haha nampak tak betapa santainya Juju beriadah. Yang penting keluar peluh okeh!

Road to 50kgs

Bila dah sampai rumah tu Juju boleh terlupa nak buat senaman cool down tu. Juju pegi siram pokok. Gemburkan tanah sikit. Eh macam terlupa pulak baru lepas berjogging. Kepala tak rasa panas wey. Haba panas tu tak terperap dalam kepala tau. Fuh kalau macam ni seronoklah Juju nak jogging selalu. Hehe. 

Korang yang nak dapatkan tudung ni, boleh klik --> TAHAN Instant Sports Hijab
Dan untuk pembaca setia blog Juju, Juju nak bagi korang special discount. Korang cuma perlu masukkan kod JUJU10 dekat ruangan coupon code dan klik Apply Coupon, dan korang akan dapat diskaun 10% untuk pembelian tudung ni. Menarik bukan?


Cepat dapatkan sebelum kehabisan stok!!