Gathering JDT Blogger di GBW Hotel, Johor Bahru

Kasih Juju

Okeh, cerita ni sebenarnya dah beberapa bulan berlalu. Tapi baru sekarang ni Juju sempat nak update. Kesibukkan melanda semenjak partner cuti bersalin. Haha, doakan lepas ni giliran Juju pulak cuti bersalin ye. InsyaAllah, aaminn.

My +1 of the day

Kisahnya kami di JDT Blogger ni dah lama sebenrnya plan nak buat gathering, tapi asyik tertangguh je. Ditambah pula dengan musim COVID19 ni memang tak beranilah nak berkumpul ramai-ramai. Tapi bila keadaan dah kembali reda barulah kami rancang semula untuk menjayakan gathering ni.

Jarang-jarang sebenarnya Juju nak bagi komitmen untuk event yang dekat bandaraya JB. Sebabnya jarak perjalanan yang memakan masa hampir 1 jam 30 minit tu membuatkan Juju memilih untuk join event di JB. Tapi kadang-kadang Juju ambil juga job yang tak berbayar sebab bila dah lama tak jumpa geng blogger ni pun tak boleh jugak. Diorang ni ibarat macam vitamin. Bila dah ambil, barulah momentum nak update blog tu datang. 

Untuk gathering di GBW Hotel ni, kami ambil pakej yang hotel bagi. RM30.00 untuk dewasa dan RM15.00 untuk kanak-kanak. Makanan yang disediakan pun memang banyak. Berbaloi sangat dengan RM30.00 yang kami bayar. Bermula dari appetizer sehinggalah pencuci mulut. Sampai tak habis kami makan. Pihak hotel siap tapaukan lagi makanan yang tak habis tu.

Dari juadah pembuka selera sehinggalah ke juadah pencuci mulut, dijamin tak lapar.

Pakej yang kitorang pilih ni termasuk sekali dengan kek 1/2 kilogram dan pihak hotel tambah pulut kuning dan rendang daging untuk kami. Wow. Terima kasih banyak-banyak ya GBW Hotel.

Meriah

Antara aktiviti yang kitorang buat pada hari tu adalah:

  • Cabutan bertuah
  • Tukar-tukar hadiah
  • Sukaneka
  • Perkongsian dari blogger Cik Lily Putih

Untuk sukaneka tu, Juju dapat biskut Florentine dari Liya Dieya. Sedap biskut ni. Lagi-lagi bila mengunyah sambil tengok tv. Tau-tau je dah habis. Tu belum kira berebut dengan dak Yash lagi. Eh, dia pun suka pulak dengan biskut ni. Selalunya dia buat tak nampak je.

Sukaneka

Bagi acara tukar-tukar hadiah pulak Juju dapat hadiah dari Farah Dinah. Dapat 2 kotak coklat Beryls Strawberry. Yang ni jangan kata dapat simpan, dalam kereta lagi dak Yash dah habiskan sekotak. Hadiah dari Juju pula Mommy Leya yang dapat. Hehe. Juju bagi set lunchbox je.

Hadiah cabutan bertuah pulak Juju menang Hi-Tea dari Hotel Thistle Johor Bahru. Tapi sayangnya Juju tak sempat nak redeem voucher tu. Huhuhu. Tak cukup masa nak ke Johor Bahru. Super busy wey. Lepas tu boleh pula tak terfikir nak bagi dekat member yang memang ade dekat JB. Fuh, sadis sungguh.

Lepas tu ada pulak sesi grand prize untuk lucky draw. Hadiah dia pakej penginapan di Villa Mahligai. Tanjung Puteri Golf Resort, Pasir Gudang. Pemilihan lucky draw ni Sis Lin dah minta tolong orang hotel tampalkan sesuatu di bawah kerusi which is Sis dan kami yang hadir memang tak aware langsung. Datang, cop tempat, makan-makan, sembang-sembang, gelak tak ingat dunia, selfie selfot.

Dan bila Sis umumkan untuk check kerusi masing-masing barulah semua menggelabah cek bawah kerusi. Rupanya stiker tu ada dekat bawah kerusi dak Yash. Terpinga-pinga dia bila mama dia menjerit-jerit sebab happy. 

Nampak tak dia buat muka pelik kat situ

Mananya tak menjerit, kerusi anak yang bertuah, mestilah hadiah dia mama dapat sekali. Ye tak? Haha, bila bagitau Yash dapat tido hotel mandi kolam barulah dia faham. Oooo Yash menang tidur hotel. Haha.. Tak pelah Yash. Mama simpan sini cerita ni nanti Yash dah besar Yash baca balik semula. Okeh!

Goodies beg pun memang meriah dengan hadiah dari para sponser. Juju sendiri sponser air jeli. Ada lebih masa pack untuk goodies harijadi dak Yash. Makanya, untuk mengelakkan pembaziran mama bagi je kawan-kawan blogger mama.

Antara barang-barang yang ada dalam goodies bag adalah;
  • Pes mi bandung - Siti Suzie
  • Doorstep coffee
  • Miwa Oli Jelly Drink
  • Mask extender
  • Mangkuk kaca
  • JDT Blogger mug

Untuk goodies budak-budak pulak Sis Lin yang sponser. Macam-macam ada dalam beg tu. Ada botol air, kaler krayon, pemadam, dan biskut butter. Terima kasih Sis Lin. Semoga makin mewah rezekinya.

Tetamu undangan: Blogger Cik Lily Putih

Meja bertuah kami

Barisan JDT Blogger yang hadir