Massimo, jenama yang terkenal dengan produk roti menyihatkan dan selamat untuk dimakan, hari ini melancarkan pembungkusan roti tamper-evident yang pertama di Malaysia bagi memberi lebih keyakinan kepada pengguna menerusi standard keselamatan makanan yang lebih tinggi.
Roti Sandwic Massimo kini dengan pembungkusan Tamper-Evident, pertama di Malaysia. |
Pembungkusan inovatif yang merupakan satu kemajuan besar dalam industri pembuatan roti komersil ini diperkenalkan sebagai respons kepada kebimbangan yang kerap disuarakan oleh pengguna mengenai keselamatan produk makanan semasa wabak Covid-19.
Pembungkusan pengedap keselamatan tamper-evident yang baharu ini akan diperkenalkan pada kesemua produk roti Massimo bermula hari ini.
The Italian Baker Sdn Bhd telah melabur RM1 juta ke dalam teknologi pembungkusan pengedap keselamatan laser-seal tamper-evident dari Amerika Syarikat bagi memastikan produk-produknya selamat untuk pengguna. Teknologi ini memberi amaran kepada pengguna jika sesuatu produk makanan itu sudah diusik, dan ia boleh dilihat dengan jelas pada produk.
Pengarah Urusan The Italian Baker Sdn Bhd Encik Jeremy Goon menerangkan, pembungkusan pengedap keselamatan tamper-evident Massimo yang baru diperkenalkan ini akan meningkatkan lagi integriti produk, keselamatan makanan dan jaminan kualiti. Ini dibuat supaya pengguna lebih berpuas hati dan untuk memelihara reputasi jenama.
Cara-cara: Massimo kini di seal untuk keselamatan anda #CheckTheSeal #SealedForSafety |
“Pengguna produk Massimo terutama sekali penggemar roti kami kian bertambah semasa wabak ini kerana rakyat Malaysia jarang keluar rumah dan lebih banyak makan di rumah. Kebimbangan pengguna mengenai makanan yang sudah diusik sama ada yang disengajakan atau tidak disengajakan juga turut meningkat semasa pandemik ini. Pengenalan pembungkusan pengedap keselamatan tamper-evident yang pertama di Malaysia oleh Massimo ini menjadi jawapan dan mengurangkan kebimbangan ini serta memberi lebih keyakinan menerusi peningkatan integriti produk dan dan keselamatan makanan,” jelas Encik Goon.
“Massimo amat mementingkan kepuasan pelanggan. Menjadi tanggungjawab kami memperkenalkan pembungkusan yang meningkatkan tahap jaminan kualiti bagi memastikan pengguna benar-benar yakin dengan produk kami. Sebagai jenama yang inovatif dan boleh dipercayai, kami mengambil berat hal menjaga kebajikan pengguna,” ujar beliau.
Pengarah Urusan The Italian Baker Sdn Bhd, Encik Jeremy Goon |
Pengenalan pembungkusan roti pengedap keselamatan tamper-evident ini sejajar dengan komitmen Massimo dalam menyediakan produk berkualiti yang enak, menyihatkan dan selamat serta baik untuk dimakan. Beg roti yang ditutup menggunakan laser ini mendedahkan sebarang cubaan pengubahan pada saat pembelian. Pengguna seharusnya memastikan pateri pengedap keselamatan tamper-evident berada dalam keadaan baik kerana ia dipateri untuk keselamatan. Jika pateri bukan dalam keadaan asal, pengguna seharusnya memilih bungkusan lain supaya lebih yakin dan bagi mengelakkan pencemaran yang tidak disengajakan.
“Sentiasa pastikan pembungkusan tamper-evident roti sandwic Massimo anda masih dalam keadaan baik semasa membeli. Jika tidak dalam keadaan asal, pilih bungkusan lain. Setelah dibuka, gunakan tag untuk menutup beg roti bagi mengekalkan kesegaran dan perisanya,” tambah beliau.
Ikon Sealed for Safety untuk Massimo |
Sejak diperkenalkan pada tahun 2011, Massimo telah menjadi makanan harian Malaysia, memberikan kebaikan menyeluruh dari pelbagai roti termasuk roti sandwic, roti sandwic dengan germa gandum, roti gandum penuh 100%, roti fine wholemeal, roti Ricco Chocolato dan roti Kurma dan Susu. Roti Massimo diperbuat menggunakan bahan-bahan berkualiti dengan jaminan kualiti yang ketat untuk kepuasan pengguna dengan rasanya yang enak lagi berkhasiat dan memberi ketenangan kepada mereka dengan pengedap keselamatan Tamper-Evident.
Roti sandwic dengan germa gandum Massimo yang terkenal disemai dengan kebaikan semula jadi germa gandum yang dikaitkan dengan kesihatan jantung yang lebih baik. Germa gandum kaya akan vitamin E, asid lemak Omega-3, serat semula jadi, protein, B1, B2, B6, magnesium, fosforus dan zink. Rangkaian gandum penuh dan wholemeal dipenuhi dengan khasiat serat, nutrien dan mineral penting, serta tekstur lembut dan gebu, yang disukai rakyat Malaysia.