Ubat Gigi Semulajadi dengan Koko? Mismis

Kasih Juju
MISMIS, DARI ALAM SEMULAJADI BUAT YANG TERSAYANG

NFA Technologies Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 2014 sebagai sebuah syarikat yang pertama yang mengeluar dan memasarkan produk penjagaan gigi berasaskan ekstrak polifenol koko bersama variasi bahan herba semulajadi seperti ekstrak cengkih, zaitun dan kelapa. Syarikat menyasarkan pasaran komersial di dalam dan luar negara bagi memenuhi permintaan produk penjagaan gigi halal bagi semua segmen umur untuk seisi keluarga. Syarikat NFA Technologies Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia dalam penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan untuk menggunakan polifenol koko berkualiti tinggi sebagai bahan mentah utama dalam pembuatan produk penjagaan gigi jenama MISMIS.

Ubat Gigi Semulajadi dengan Koko? Mismis

NFA Technologies Sdn Bhd juga mendapat sokongan dari MTDC, KPDNHEP dan SME Corp. NFA Technologies Sdn Bhd juga giat berkolaborasi dengan NGO seperti MyCorps dalam usaha menyokong aktiviti Program Penjagaan Kebersihan Diri di Malaysia, Bangladesh, Indonesia, Fiji dan banyak lagi.

Untuk mengukuhkan lagi kedudukan jenama MISMIS di pasaran, Mismis telah diedarkan di klinik pergigian, farmasi, pasar raya di seluruh negara. Produk Mismis juga telah berada di pasaran Brunei dan Maghribi. Usaha mempromosi dan mewujudkan kesedaran tentang penggunaan bahan semulajadi seperti polifenol koko giat dijalankan oleh syarikat bagi meluaskan lagi pasaran jenama MISMIS.

Jenama MISMIS memiliki sijil Halal dan Good Manufacturing Practice – GMP (Amalan Pengilangan Baik). Matlamat syarikat adalah untuk menjadi syarikat yang maju dan berdaya saing dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi, justeru setanding dengan produk antarabangsa sebagai syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.

Ubat Gigi Semulajadi dengan Koko? Mismis

Ubat Gigi Premium Pudina Koko menggunakan bahan aktif polifenol- tanin yang terbukti berkesan membunuh bakteria utama di dalam mulut iaitu Streptokokus Mutan dan S.Sanguis, penyebab nafas berbau dan penyebaran karies gigi. Penambahan bahan seperti lemak koko (cocoa butter) yang diperkaya dengan Vitamin E, dapat membantu meningkatkan aktiviti agen antibakteria yang membantu mengawal masalah kaviti di dalam mulut. Tidak lupa juga aroma koko yang harum lagi menyegarkan dapat menarik minat sesiapa sahaja yang pertama kali menggunakannya.

Ubat Gigi Semulajadi dengan Koko? Mismis

Selain itu, produk yang sudah lama dikenali di pasaran ialah ubat gigi MISMIS lebih sejuk (Extra Cool Mint) yang memberi tujuh kali perlindungan dan melawan bakteria yang boleh menyebabkan karies dan jangkitan pada gigi. Ubat gigi tersebut diformulasikan tanpa paraben, bahan kimia dan pewarna sintetik. 

Diperbuat daripada bahan pembuatan makanan bertahap ‘gred makanan’ (food grade), produk ini selamat digunakan oleh orang dewasa dan juga kanak-kanak terutamanya jika tertelan semasa memberus gigi.Mismis juga mempunyai rangkaian produk ubat gigi MISMIS JUST FOR KIDS.

Ubat Gigi Semulajadi dengan Koko? Mismis

Ubat Gigi Semulajadi dengan Koko? Mismis
 
Terdapat dalam 2 perisa iaitu Chocolata dan Bubble Gummy yang pasti menarik kanak-kanak untuk memberus gigi. “Semasa menghasilkan ubat gigi ini, kami membayangkan jika anak-anak atau anak buah kami yang menggunakannya. Semestinya hanya bahan yang terbaik digunakan supaya selamat jika tertelan. Tetapi apabila kanak-kanak sudah mencuba, pasti mereka akan suka. ‘We made it with love’ ”. kata Puan Noormawarni Nordin selaku Pengarah Syarikat. 

Ubat Gigi Semulajadi dengan Koko? Mismis

MISMIS juga telah mengeluarkan pelbagai jenis berus gigi dengan berus yang lembut dan separa lembut. Didatangkan dalam pelbagai warna menarik seperti hijau, merah jambu, ungu dan biru, anda dan keluarga mempunyai banyak pilihan menurut warna kegemaran masing-masing.

Berus gigi MISMIS diperbuat daripada nilon berkualiti tinggi dan tidak pernah diuji pada haiwan. Berus gigi ini selamat untuk anda dan keluarga gunakan tanpa ragu-ragu. Kelembutan berus gigi MISMIS memberikan tiga kali perlindungan yang membantu memelihara gusi anda daripada kecederaan, memberikan keselesaan ketika memberus gigi dan menghilangkan bakteria serta plak.

Ubat Gigi Semulajadi dengan Koko? Mismis
Pek kembara 2 dalam 1

Juga terdapat pek kembara 2 dalam 1 yang memudahkan pengguna membawa produk MISMIS semasa keluar daerah untuk urusan kerja atau mengembara. Bukan itu sahaja, ubat kumur Mismis Minty Leaf (mouthwash) juga amat sesuai digunakan untuk menjaga kesihatan mulut anda. Ianya tidak mengandungi alkohol dan sesuai digunakan pelbagai peringkat usia.

Mismis ialah alternatif bagi pengguna yang inginkan produk yang bebas daripada fluorida, berasaskan 99.9% bahan semulajadi, tanpa paraben, tanpa SLES/SLS dan selamat jika tertelan.

Review dari Juju dan Dak Yash
Pada mulanya kami macam pelik, boleh pergi ke ubat gigi rasa coklat ni? Juju saja bagi si Firash cuba dulu. Sebab dia ni kalau ubat gigi yang pelik-pelik cepat je dia tolak dan tak nak gunakan lagi. 

Tapi berbeza pula dengan ubat ciklat ni, kemain suka dia guna. Juju pun dengan senang hatilah bagi dia guna sebab semuanya bahan semulajadi kan, taklah risau kalau tertelan ke ape. Paham-paham jelah anak-anak ni, sifat ingin tahu dia tu meluap-luap.

Jadi, korang pun bolehlah guna produk ni tanpa was-was. Yang pali penting sekali produk ni dah dapat kelulusan HALAL dari JAKIM.

Produk penjagaan gigi MISMIS berharga antara RM3.90 sehingga RM15.00 dan boleh didapati di Tesco, Malakat Mall, Sabasun, Maslee, farmasi yang terpilih dan halal mart. Mismis boleh juga didapati secara dalam talian melalui Watson, Ourshop, Lazada, Eromman, Shopee dan di semua online e-commerce. Dapatkan MISMIS Giftbox di https://shopee.com.my/%F0%9F%8E%81MISMIS-GIFT-BOX%F0%9F%8E%81-(GIVE-YOUR-LOVE-ONES-ORYOUR-FAMILY-A-SET-OF-NATURAL-ORAL-CARE-PRODUCTS)-i.84407647.8423473338

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman sesawang 
https://www.mismis.com.my/.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
NFA TECHNOLOGIES SDN BHD
PHONE: 019-2415004 /+603-8959 4493
3-1 (A) , Jalan Dagang SB 4/1,
Taman Sungai Besi Indah,43300,
Seri Kembangan,Selangor Darul Ehsan
Tags