Hai semua,
Haritu Juju diberi kesempatan untuk cuba buat brownies kedut dengan menggunakan barang-barang yang diberi oleh Passion Food. Belum pernah lagi Juju cuba buat brownies. Kalau brownies oun tak pernah buat, agak-agak bila buat yang ni nanti dia jadi kedut tak? Haha, jom kita tengok.

Bake Ur Own Brownies Kedut by Passion Food JB

Cake mixture lengkap dengan topping dan filling.

Kalau korang nak tau, Passion Food ada keluarkan macam-macam lagi jenis kek yang boleh korang cuba, nanti dekat akhir entri ni Juju bagi link Passion Food okeh.

Dalam kotak untuk buat brownie kedut, dia dah nyatakan dah siap-siap yang korang cuma perlu sediakan 2 biji telur saja. Yang lain-lain semua dia dah sediakan. Dari cake mix sehinggalah ke topping. Cukup lengkap barang yang dia bagi. So korang cuma perlu ikut step by step yang diorang dah bagi siap-siap dalam box ni. Mudah je kan kan kan.

Langkah 1: Satukan oil compound dengan choclate coin dan cairkan. Korang boleh guna microwave atau kaedah double boil. Macam Juju buat ni Juju guna kaedah double boil. Bawah kuali tu sebenarnya ada periuk air panas yang mendidih

Macam nilah kejadian dia bila dah cair

Dalam mangkuk yang lain, satukan 2 biji telur dan juga gula. Gula tu dia dah ada dalam kotak ya. 

Lepas tu satukan coklat yang dah cair tadi dengan bancuhan telur dan gula. Kacau sikit bagi sebati. Jangan terlebih kacau tau. Dia dah warning dalam kertas kuning.

Agak-agak dah sebati bolehlah masukkan brownies mix. 

Lepas tu kita tuang dalam cawan yang dia dah sertakan sekali ni. Memang muat-muat untuk 6 cawan. Tapi kalau korang nak guna acuan lain pun boleh je. Ikutlah kreativiti masing-masing. 

Next, kita masukkan segala bahan-bahan untuk topping dan filling. Macam yang Juju buat ni Juju agak-agak je masukkan semua ikut gerah hati. Muehehehe...

Dan untuk langkah terakhir, kita bakar dia dengan suhu 180 darjah celcius selama 30-40 minit atau sehingga topping dia berkedut. Kalau nak stim pun boleh juga. Stim 20 hingga 30 minit sehingga adunan masak.

Dan tadaaaaaa... Inilah hasilnya. Tak berkedut kan. Haha, sedap sangat bau dia. Wangi semerbak bau dalam rumah. Tak dan tunggu sejuk, dah ngap masuk mulut dulu. Hehe... Memang tak menyabor sangat neh.

Brownies + Coffee = Heaven :p

Selamat menjamu selera semua :)

Kalau korang nak tempah box ni, bolehlah hubungi Passion Food di:

Penghantaran ke seluruh Malaysia!