Review: eastlands' Personal Care Kit

Kasih Juju
Hai semua,
Dalam kita sibuk menguruskan tugasan harian, sedar tak yang kita semakin mengabaikan SOP dan juga kebersihan diri. Yelah, kalau dulu lepas balik dari mana-mana mesti kita akan sanitasi atau spray barang yang kita beli dengan cecair nyah kuman. Tapi sekarang ni semua tu macam dah tak penting. Huh!

Benda ni sendiri terjadi dekat Juju. Jadi sebelum perkara yang tak diingini berlaku, marilah kita bersama-sama kembali ke landasan penjagaan diri yang betul semula. Apa yang membuatkan Juju tersentak seperti baru terjaga dari tidur tu apabila Juju terima satu bungkusan dari eastlands'. Dalm bungkusan tu ada macam-macam produk perlindungan diri. Masa tu rasa macam....'Alamak!! Baru perasan hand sanitizer dah habis!' Teruk betul ea perangai.

Dalam eastlands' Personal Care kit, dia ada;
- Hand sanitizer
- Sanitizing Spray
- Antibacterial hand wash with soy & rye flour
- Antibacterial hand wash with hyaluronic acid & golden barley
- Sanitizing wipes





Apa yang menarik perhatian Juju adalah bau dia wangi tau. Bau segar macam baru lepas mandi tu. Alah, cemana nak cakap ye. Korang beli jelah. Lepas tu baru korang tau apa yang Juju maksudkan dengan bau segar tu.

Kalau nak tengok part ingredients pulak, memang pihak eastlands' hanya memilih bahan-bahan  semulajadi yang dapat membantu memberikan kita khasiat baik yang diperlukan untuk kulit.


Antara kandungan yang digunakan adalah;
Minyak teh hijau yang diformulasi secara botani dan manik jojoba berfungsi untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan, menenangkan iritasi, melegakan kemerahan, pengelupasan secara semulajadi dan melembabkan kulit.

Vitamin B dari kacang soya pula berfungsi untuk memastikan kulit sentiasa lembab, lembut, segar dan bersih. Ini adalah penyelesaian yang sempurna untuk memperbetulkan kulit yang bermasalah.

Soya dan rye pula mengandungi variasi lengkap Vitamin B komplex (Vitamin B1. B2, B3, B5, B6, B9 dan B12) yang diekstrak dari proses penapaian kacang soya coklat, susu soya dan tepung rye yang boleh membantu menganjalkan kulit, melembabkan dan membantu melegakan kulit. Proses penapaian ini menguatkan proses melarut dan penyerapan.

Ekstrak bunga lilin dalam produk sanitizer pula menguatkan penghadang kulit dari serangan virus-virus yang kita tak nampak.

Ha Juju tak nampak kenapa korang tak patut cuba tukar hand sanitizer kepada jenama eastlands' pula. Sebab Juju memang dah tukar dah. Part yang paling best adalah sanitizer dia tak mengeringkan kulit tau. Memang lembut je dekat tangan. Ekstra lagi bau dia yang wangi. Fuh...

Untuk dapatkan produk ni, korang boleh kunjungi Watson berhampiran atau pun beli secara atas talian di: 
Shopee Official Store: https://bit.ly/3cwH1Z9
Lazada Official Store: https://bit.ly/3wrOL86

Maklumat lanjut boleh klik:
Tags