Lebih 70,000 PMKS tempatan baharu menerima manfaat daripada 9.9 Hari Pembelian Hebat Shopee


Shopee Malaysia menyaksikan permulaan yang 
rancak untuk musim membeli-belah akhir tahun dan usaha berterusannya untuk memacu digitalisasi membuahkan hasil pada 9.9 Hari Pembelian Hebat ini. Ia melaporkan bahawa festival membeli-belah utamanya telah berjaya memberi manfaat kepada lebih 70,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan baharu yang menyertai jualan tersebut buat pertama kalinya.

Sementara itu, 50 PMKS tempatan teratas di platform - berdasarkan prestasi pendapatan dalam satu hari - masing-masing mencatatkan jualan purata berjumlah kira-kira RM350,000 dalam pada rakyat Malaysia menyahut pendekatan “utamakan barangan tempatan”.

Para penjual juga menyaksikan peningkatan jualan semasa Midnight Madness Sale dari 12 tengah malam hingga 2 pagi apabila jumlah trafik pengguna melonjak tiga kali ganda berbanding hari biasa dalam tempoh dua jam pertama pada 9 September.


Terence Pang, Ketua Pegawai Operasi di Shopee
berkata, “Kami berbesar hati dengan 
semangat dan sokongan padu bagi 9.9 Hari Pembelian Hebat kami. Memandangkan kita masih sedang menghadapi wabak pandemik yang berlanjutan, kami berasa rendah hati dapat memainkan peranan dalam menyediakan platform bagi penjual tempatan untuk berhubung dengan pelanggan mereka. Lebih daripada itu, ia adalah satu inspirasi untuk melihat lebih daripada 70,000 peniaga tempatan baharu mengambil bahagian dan menerima manfaat daripada kempen 9.9 kami tahun ini. Ini menunjukkan bahawa lebih banyak perniagaan di Malaysia sedang mendigitalisasikan operasi mereka. Kami berharap dapat membantu mereka memanfaatkan ekosistem dan sokongan pemasaran Shopee yang bersepadu, bagi merebut peluang pertumbuhan baharu dan menjangkau pelanggan yang mengutamakan saluran atas talian atau online-first.”

Bagi pihak pengguna pula, rakyat Malaysia telah mengambil peluang untuk membeli pelitup muka - terutamanya jenis KF94 dan KN95, dengan lebih 10 juta keping direkodkan terjual pada 9 September. Pelindung muka atau face shield dan sut PPE juga merupakan dua daripada barangan yang paling laris dibeli memandangkan usaha memerangi wabak Covid-19 masih berterusan.

Pada masa yang sama, dengan ramai warga Malaysia yang kekal berhati-hati dan memilih untuk duduk di rumah, kelambu nyamuk magnetik DIY juga merupakan satu lagi produk yang banyak dijumpai dalam troli membeli-belah, dengan lebih 15,000 unit dijual. Rakyat Malaysia juga didapati sedang memulakan hobi atau mempelajari kemahiran baharu seperti mengait. Hasilnya, lebih 4,000 unit benang kait telah dibeli.

Shopee juga menyaksikan rakyat Malaysia semakin banyak menggunakan kaedah pembayaran digital yang lebih mudah, selamat dan memberikan lebih nilai. Dengan jumlah kedai luar talian yang menerima ShopeePay meningkat sebanyak 35 kali ganda dari tahun ke tahun, rakyat Malaysia juga mengambil peluang untuk menikmati penjimatan hingga RM9 apabila mereka membeli Baucar ShopeePay dengan harga hanya 1 sen pada 9.9 Hari Pembelian Hebat dari portal dalam aplikasi Deals Near Me. Antara kedai yang menerima ShopeePay yang mencatatkan prestasi terbaik termasuk Petron, MR DIY, Eco-Shop, Family Mart, Lotus’s, KK Mart dan Tealive.

Di seluruh rantau: Shopee menyaksikan lebih daripada 45 juta barangan dijual dalam masa 99 minit pertama jualan tersebut. Para pembeli juga menikmati penjimatan yang lebih dengan 60 juta baucar dituntut dalam tempoh dua jam pertama pada 9 September semasa Midnight Madness Sale.

Penstriman langsung terus menjadi bahagian penting dalam pengalaman membeli-belah atas talian. Dalam masa tiga minggu sebelum menjelang 9 September, para pembeli telah menonton pelbagai rancangan penstriman langsung berbeza selama lebih daripada 24 juta jam termasuk temu bual eksklusif bersama Jackie Chan dan persembahan menarik oleh kumpulan-kumpulan K-Pop terkemuka iaitu TWICE dan Secret Number.

Para pembeli juga meluangkan lebih banyak masa untuk bermain permainan kegemaran mereka di Shopee Prizes. Salah satu permainan istimewa Shopee, Shopee Shake, bersertakan sentuhan bertema Jackie Chan yang unik, telah menjadi kegemaran orang ramai dengan 440 juta goncangan direkodkan. Permainan lain seperti Spin & Win dan Shopee Farm terus mendapat sambutan baik setelah dimainkan sebanyak 4.5 bilion kali secara keseluruhan sepanjang tempoh kempen.

Tambahan kepada ciri dalam aplikasi Shopee, para pembeli juga banyak berinteraksi dan mengambil bahagian dalam pelbagai cabaran yang menyeronokkan dan pemberian hadiah menarik di saluran media sosial Shopee dengan 70 juta interaksi secara keseluruhan di seluruh rantau.

Pang menambah, “Kami berasa gembira dapat memberikan lebih banyak nilai, pilihan, dan hiburan kepada para pembeli daripada keselesaan rumah mereka. Kami akan menyajikan tawaran dan aktiviti yang lebih menarik untuk musim membeli-belah pada akhir tahun ini, dan akan terus membawa kegembiraan kepada para pengguna melalui pengalaman membeli-belah yang diperibadikan, menyeronokkan, dan bersifat sosial.”

Catat Ulasan

1 Ulasan

“More smiling, less worrying. More compassion, less judgement. More blessed, less stressed. More love, less hate.”
― Roy T. Bennett, The Light in the Heart

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)