Family Day Johor Bikers di Lotus Desaru, Bandar Penawar

Kasih Juju
Hai semua,

people in car
Macam nilah kehidupan anak ramai 😜

Harini Juju nak share pengalaman masa join Majlis Makan Malam Johor Bikers 2021. Fuh, Juju join Johor Bikers ke? Ha mestilah tidak. Abah dan adik-adik Juju yang join. Juju tak minat merempit ni. Lagipun persatuan ni bukan untuk motor kapcai, motor besar-besar semuanya. Juju tak de motor pun, suami pun ada kapcai je dengan motor Honda bulat dulu-dulu. Hehehe. 

Sebelum datang sini ada juga Juju survey dulu tempat menarik untuk family day di Johor ni, yelah kita ni family besar. Kalau boleh nak cari villa besar untuk family day. Senang semua berkumpul dalam 1 tempat je. 
Jempol 1 kali

Dah lama dah sebenarnya persatuan motor ni wujud. Juju pun dah banyak kali juga join hari keluarga Johor Bikers ni. Cuma tak nampak ada entri yang Juju up dekat blog ni kan. Tahun ni terlebih rajin pulak nak update dekat sini.

Bakal Johor Bikers, nak beli motor besar sila kumpul duit sendiri ea Yash.

Tahun ni Hari Keluarga Johor Bikers buat dekat Lotus Desaru. Masa abah offer nak join tu Juju macam takde hati je nak join. Maklumlah, kita bukan ahli. Entah berapa kena bayar untuk join tu nanti. Rupanya, Johor Bikers dan deal dengan Lotus Desaru, tambahan bilik cuma kena bayar RM100 je termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. Hah! Murah teruk, terus bagi RM100 tanda setuju nak join. Muehehehe.

Tapi, RM100 tu untuk apartment 3 bilik ya. Tak dapek la yang 1 bilik bertingkat tu. Bilik yang tu sila tambah duit sendiri. Lagipun apartment 3 bilik tu bukan bercampur dengan keluarga orang lain pun. Family Juju juga. Gambar bilik? Maaf tak sempat snap sebab datang lambat kan, semua dah huru-hara.

Yang menariknya dekat Lotus Desaru ni dia ada waterpark dia sendiri. Cuma RM5 sahaja untuk seorang. Tapi Juju tak masuk pun dekat waterpark ni sebab ramai sangat umat manusia dekat dalam tu. Macam tak de ruang atau spot yang Juju rasa selamat untuk berjimba-jimba dalam tu. Maklumlah, virus jahat tu masih ada. Dekat waterpark ni tak de dress code. Jadi korang boleh pakai tshirt atau jersey atau ikut keselesaan masing-masing.

Paling happy mestilah yang belakang tu

Jadinya, kami ke pantai dan swimming pool je. Dekat sini ada 2 swimming pool. 1 dekat sebelah lobby dan 1 lagi diantara bangunan.  Kami dapat blok M. Nak ke pool yang disebelah lobby agak jauh, jadi kami menapak je ke pool 1 lagi. Pool celah bangunan ni kecik sikit. Tapi tak ramai orang sebab kena pakai pakaian renang ya. Yang lelaki pakai jersey pun dia tak bagi mandi. Strict betul.

Juju mandi dekat pantai ni sekejap je. Ghisau anak tak bawa pelampung

Juju dah tau dah syarat nak mandi kolam kat sini kena pakai baju renang, maka Juju belilah sepasang buat kesenangan dikemudian hari. Baju renang muslimah lawa teruk ni Juju beli di shopee. Kalau korang rasa baju ni lawa boleh la beli dekat sini --> https://shp.ee/p3u69pt

Kalau korang nak tau, Lotus Desaru ni agak luas ya. Bukan agak luas, memang luas tempatnya. Blok M ni dengan lobby pun jauh. Kalau berjalan memang basah tiak. Tapi menurun bukit tu boleh layan lagi. Kalau dari lobby nak balik bilik memang Juju surrender awal-awal. Bagusnya dekat sini dorang sediakan perkhidmatan buggy. 

Sebelah kiri kafe, sebelah kanan tu pool yang besar.

Kalau peak hour memang banyak buggy ni lalu lalang. Masa menunggu pun tak lama. Sekejap je dah ada buggy yang lalu. Seronok si Firash naik buggy ni sebab dia nak duduk belakang sekali. Seat yang mengadap jalan. Eh tak pening pulak kepala dia yek. Juju yang duduk sekejap pun pening dibuatnya. 

Perkhidmatan buggy ni sehingga 11 malam sahaja. Kedai-kedai dan kafe dekat lobby pun beroperasi hingga jam 11 malam juga. So kalau korang ada event dekat dewan lepas tu habis lepas pukul 11 memang kena menapaklah ya. Good luck.

Untuk sarapan pulak Juju tak dapat nak share dekat sini. Sebabnya Juju, suami dan dak Yash makan dekat luar. Ni semua gara-gara Yash merajuk. Ayah dia tak bagi mandi kolam sebab batuk dia belum baik. Lepas je ayah dia cakap macam tu terus merajuk. Yash ni kalau tengah merajuk tak payah lah dipujuk. memang tak jalan. Kena biarkan dia baik sendiri. Tapi tak kuasalah Juju nak biar dia baik sendiri sebab kena kejar masa. Karang nak makan lagi dah bape banyak masa habis, nanti tak dapat mandi kolam lama-lama.

Okeh jom check out!

Juju ke kawasan perumahan yang berdekatan dengan Lotus Desaru, sesekali rasa makanan tempatan pun sedap juga. Jumpa pulak nasi kerabu ori Kelantan yang guna bunga telang. Fuh, teringat-ingat kesedapannya.

Balik dari sarapan tu Juju dah redha dah kalau parking kena amik. Oh ya! Parking kat sini 1st come 1st serve basis ya. Juju dah dapat parking yang dekat dengan bilik. So, senang nak angkat barang semua. Kalau korang lambat, terpaksalah park kereta jauh sikit dari hotel.

Maklumat lanjut:
Alamat: Lot 1854, Jalan Desaru, Bandar Penawar,
81930 Kota Tinggi, Johor Darul Ta’zim, Malaysia
No. Telefon: +607-884 2800

Okey habis cerita untuk Lotus Desaru, Kota Tinggi. Lepas check out Lotus, Juju dan family kecil Juju check in hotel di area Medini. Tunggu Juju up next entri ya.

xoxo,
😘