Glamping di XPark Sunway Iskandar, Johor.

Kasih Juju
Hujung minggu haritu, Juju berkesempatan bawa Yash dan ayah dia rasa pengalaman glamping. Sebenarnya Juju dah lama teringin nak glamping. Tengok kawan-kawan blogger pergi yang dekat Perak tu rasa macam jauhnya nak ke Perak sana. Dekat Johor ni takde ke? Bila Juju google galmping di Johor, dia keluar yang dekat air terjun Kota Tinggi. Tapi bila Juju baca review terus Juju cancel. Sampai lupa terus pasal glamping.

Dan tiba-tiba haritu pihak Sunway sendiri yang contact Juju nak bagi Glamping percuma di XPark Sunway Iskandar. Ibarat bulan jatuh ke riba, Juju terima dengan hati terbuka pakej sekali dengan hati yang berbunga-bunga. Yahoooo tercapai juga impian Juju nak bawa family pegi glamping.


Maksud Glamping

Glamping ni sebenarnya gabungan perkataan glamorous dan camping. Dia macam nak camping, tapi tak nak tidur dalam khemah. Nak tidur bilik hotel, tapi dalam masa yang sama nak rasa suasana dalam hutan. Dengar bunyi unggas dan air sungai mengalir. Fuh, syahdu weh.

Tapi glamping ni korang boleh rasa sendiri pengalaman tidur dalam hutan, tapi yang moden sikitlah. Masih boleh dengar bunyi-bunyi unggas, suasana hutan yang banyak nyamuk tu, sunyi dan tenang.

Untuk ke glamping ni, korang boleh cari je Xpark Sunway Iskandar sebab glamping ni berada dalam Xpark. Mula-mula Juju confuse juga dekat mana letaknya glamping ni. Rupanya sama tempat dengan go kart, paintball dan ATV tu semualah.

Untuk booking glamping, korang kena call dulu paling kurang 3 hari sebelum tarikh korang datang. Dekat akhir entri ni nanti Juju bagi detailnya.

Kaunter glamping dan aktiviti

Papan tanda arah. Tak nampak glamping dekat mana kan? Dia dekat dengan Paintball. So, boleh ikut signage paintball.

Urusan Check In

Kaunter untuk collect kunci sama dengan kaunter untuk buat segala aktiviti yang ada dalam XPark ni. Jadi sementara tunggu dia bagi kunci tu korang bolehlah plan nak buat aktiviti apa dekat sini. Juju tertarik betul dengan go kart dan ATV. Wall climbing tu kalau ada geng mau memanjat jugak. Tapi disebabkan suami gayat di tempat tinggi, maka Juju lupakan dulu niat nak panjat dinding.

Kunci bilik dan pass parking. Pass tu wajib pamerkan dalam kereta.

Untuk bilik, korang ada dapat kunci dan pass untuk kereta. Tujuannya supaya pihak XPark tau korang menginap di situ. Jadi bolehlah parking kereta dekat sikit dengan bilik. Walaupun tetap kena menapak juga untuk sampai ke bilik, tapi korang tak terasa jauh pun sebab terpana dengan pemandangan yang ada depan mata korang masa tu.

Jom layan gambar-gambar bilik dekat bawah:
Pemandangan dari luar.

2 katil single. Dia ada juga katil queen. Boleh request masa call untuk booking.

Boleh bentang tilam single dekat bawah.

Sinki dan ampai tuala di luar bilik air.

Tandas

Bilik mandi

Paip luar bilik, senang nak cuci-cuci peralatan bbq nanti.

Pemandangan dari dalam bilik.

Pakej bilik dekat sini tak termasuk sarapan ya. Kalau nak sarapan bolehlah cari di luar. Ada banyak je kedai-kedai makan dekat kawasan Medini ni. Ada juga kafe dekat dalam ni, tapi malam dia tak beroperasi. Still boleh tapau dekat luar. Malamnya kalau korang nak buat bbq pun boleh. 

Aktiviti XPark Sunway Iskandar

Untuk aktiviti pulak, semua yang dalam XPark ni mula beroperasi dalam jam 11 pagi sehingga jam 12 tengah malam. Jadi mana yang tak suka panas-panas tu boleh datang lewat petang dan malam. ATV dan water sport je sampai jam 7 petang ya. Kang ade yang terhumban dalam tasik kang tak de yang nampak pula. Hehe.

Go kart

Kalau korang perasan kayu yang bergantung-gantung dekat atas tu untuk wall climbing.

Ada macam-macam jenis wall climbing.

Padang futsal.

Padang paintball.

Best tengok family ni main wall climbing. Memang adventure punya family.

Swan ni boleh main dengan anak-anak.

Ada kayak, ada stand up paddle.

Locker untuk simpan barang berharga.

Go Kart XPark Sunway Iskandar

Juju dan family main go kart je. Sebab tujuan utama datang sini cuma nak santai-santai rehatkan diri setelah 5 hari bekerja kan. Syok juga dapat tenangkan fikiran yang makin lama makin stress dengan kerja. 

Iye je nombor 1. Eh, betullah nombor 1 untuk budak-budak. Sebab dia sorang je budak-budak yang main go kart 🤣

Mama dan ayah pun nak main jugak. Glove tu wajib pakai ya. Kalau tak bawa, boleh beli dekat kaunter, RM3 je sepasang.

Okeh Yash dah ready!

Ayah Yash dapat 7 lap, Mama Yash dapat 6 lap. Yash?

Senarai Harga XPark Sunway Iskandar

Dekat bawah ni Juju sertakan gambar-gambar pakej yang boleh korang pilih. Kalau tak nak ambil pakej, nak buat 1,1 aktiviti pun boleh je. Macam Juju dekat sini cuma main go kart je. Untuk dewasa ada fast kart, RM60.00 untuk 10 minit. Yang budak-budak pula boleh ambik kiddie kart, harganya cuma RM30.00 untuk 10 minit. Track pula sama je untuk dewasa dan kanak-kanak.

Senarai harga untuk main 1,1 aktiviti.

Senarai harga untuk pakej. Lebih jimat.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:-
Telephone: 012-426 6913