Majlis Menandatangani Kerjasamapenyelidikan Antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Dengan CHARMS Skincare

Kasih Juju
Majlis Menandatangani Kerjasamapenyelidikan Antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Dengan CHARMS Skincare

Pada 19 Januari yang lalu, Juju berkesempatan menyaksikan sendiri Majlis Menandatangani Kerjasamapenyelidikan Antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Dengan CHARMS Skincare. Kalau korang nak tau, Charms adalah produk kosmetik dan penjagaan wajah yang terbukti secara saintifik, selamat digunakan serta efektif. 

Produk Charms dihasilkan dari bahan-bahan selamat, bersih dan halal mengikut Syarak serta mendapat pengiktirafan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), bernotifikasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Charms telah diperkenalkan sejak tahun 2012 dan kian mendapat sambutan hangat saban tahun bukan saja dari Malaysia, malah Singapura, Brunei, Arab dan negara lain.

Majlis Menandatangani Kerjasamapenyelidikan Antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Dengan CHARMS Skincare

7 produk yang akan dikaji ialah:-
  1. Cleanser & Makeup Remover
  2. Star Glow Fairy Face Scrub
  3. Concentrated Brightening Toner
  4. Concentrated Hydrating Essence
  5. Intelligence Serum
  6. Hydra Fresh Tinted Moisturiser
  7. Advance Night Spa
Industri kosmetik dan penjagaan wajah adalah satu industri yang berkembang pesat di negara kita sekarang ni. Menyedari akan faktor ini, Charms ingin memberikan yang terbaik kepada para pengguna dalam masa yang sama tidak mengabaikan kualiti produk serta menitikberatkan soal keselamatan produk. Ye lah, siapa nak guna produk kita kalau dia tau dalam produk kita tu ada bahan-bahan yang boleh merosakkan organ-organ dalaman kita.

Majlis Menandatangani Kerjasamapenyelidikan Antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Dengan CHARMS SkincareMajlis Menandatangani Kerjasamapenyelidikan Antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Dengan CHARMS Skincare

Pusat Penyelidkan UTHM sedang menjalankan kajian analisa produk mengenai anti penuan, komposisi kimia serta validasi halal terhadap kesemua produk CHARMS SKINCARE. Kajian dan analisa produk yang dijalankan mengambil masa 6 bulan sebelum keputusan ujian dikeluarkan. Pihak UTHM juga akan mengambil masa 18 bulan bagi menerbitkan jurnal berkaitan serta memasuki pertandingan produk kosmetik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Keseluruhan kos yang berjumlah lebih RM50,000.00 akan digunakan bagi menjayakan keseluruhan projek ini. 

Majlis Menandatangani Kerjasamapenyelidikan Antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Dengan CHARMS Skincare
Dr Norhayati binti Muhammad

Kerjasama dua hala ini juga selaras dengan saranan Kerajaan Malaysia dalam melahirkan tenaga mahir mencukupi yang sesuai dengan keperluan sektor dimana para pelajar UTHM akan menjadi pembantu penyelidik dalam kajian yang dijalankan seterusnya mereka bakal menimba pengalaman sebelum ke dunia sebenar. Pihak Charms Kosmetik berharap jalinan kerjasama ini sentiasa berterusan dan menjadi titik permulaan kearah industri pengusaha produk yang lebih baik.

Majlis Menandatangani Kerjasamapenyelidikan Antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Dengan CHARMS Skincare
Puan Nur Bashirah binti Hussin, Ketua Pegawai Eksekutif CHARMS

Maklumat lanjut:
Laman web: https://charms.my/
Instagram: https://www.instagram.com/charmscosmeticskincare/
Facebook: https://www.facebook.com/charmscosmeticskincare 
Telefon: 013-3135096
Email: admin@charmsofficial.com
Tags