Buka Puasa di Trove Hotel Johor Bahru

Kasih Juju
Haritu Juju berkesempatan bawa family kecil Juju berbuka puasa di Trove Hotel, Johor Bahru. Kemain suka lagi si Firash bila Juju bagitau nak buka dekat hotel. Dia ingat nak tidur hotel agaknya. Bulan puasalah Yash. Tak best. Tunggu dah habis Ramadhan nanti baru kita check in hotel ya.

Nak tau ke kenapa Juju pilih buka puasa di hotel Trove ni? Ha sebabnya Juju tertarik dengan menu sup tulang merah dia. Fuh, tengok warna je dah buat Juju terliur. Haha. Dengan tema Dari Dapur Bonda - A Nostalgic Ramadan Buffet yang bermula dari 8 - 28 April 2022 dan harga pula RM98.00 untuk dewasa dan RM68.00 untuk kanak-kanak (4-11 tahun).

Ada lebih 200 menu yang ada dekat hotel ni. Memang rambang mata. Tak tau nak makan yang mana satu. Dari rojak ke makanan melayu, cina. Nasi kandar pun ada tau. Kalau ikut nafsu puasa memang nak makan semua. Haha. Okeh jom tengok gambar-gambar makanan yang ada dekat hotel ni.

  

  

  

  
  

Antara menu yang ada dekat sini:
🍛 Nasi kandar
🍛 Nasi kerabu
🍛 Gulai kawah
🍛 Beriyani gam
🍛 Perut lembu masak lemak nenas
🍛 Siakap sweet sour
🍛 Udang butter
🍛 Udang oat crispy
🍛 Laksa Johor

Yang paling menarik sekali ada Mak Timah punya Sup Tulang Merah. Tukang masak import dari Negeri Melaka tau. Memang memanggil-manggil Mak Timah tu suruh habiskan sup dia. Hehe, sebelah sup tulang merah ni ada makanan tradisi negeri Johor. Apa lagi kalau bukan laksa Johor. Yang ni Juju makan last sekali. Pergh macam menyesal makan last sekali sebab tak boleh nak repeat. Perut dah penuh. Haha.


Untuk pencuci mulut dan hidangan pembuka selera pula memang rambang matalah nak mula dengan yang mana satu dulu. Sampai tersilap kitorang makan. Patutnya yang manis-manis makan last sekali, tapi benda dah depan mata kan, yang manis tu lah kami bedal dulu. Muehehehe... 


  

  

Nilah geng +2 Juju pada malam tu. Tengok dak Yash tu. Makan tak toleh kiri kanan tau. Punyalah dia betul-betul kusyuk menikmati makanan dia. Lapar sangat tu. 

Baca sini: nasi kandar 

Alhamdulillah, baru tahun ni dia dapat puasa penuh. Tahun lepas dapat setengah hari je kat sekolah. Balik rumah menjajar cari air sejuk peti ais. Minum depan kipas. Panas benor gayanya yek. Tahun ni kena paksa juga dia puasa. Adalah Juju janjikan reward sikit untuk dia. Bagi semangatlah kan. Tu yang beriya puasa sampai habis. Moga dak Yash dapat puasa sampai habis Ramadhan ya.

Mama, Yash nak kambing 1, ayam 1. Hehe

Makan bertambah, mujur orang ramai. Jadi tak perasan dia pegi tambah nasik. 😄

Malam tu ada lebih kurang 10 orang JDT Blogger yang hadir. Kalau dah jumpa memang wajiblah wefie dulu. Maklumlah, bukan selalu dapat jumpa ramai-ramai macam ni. Lagi-lagi Juju ni ha. Maklumlah, Juju duduk Kluang. Yang lain masih dalam kawasan JB. Jadi nak jumpe tu payah sikit. Kene tunggu hari tak sekolah. 

Eeee...Geram tengok Syahid tu. Gigit kang

Dari kiri: Juju, Kek Da, Pisah, Suzie, Nona, Huda, Sunah dan Ajan,
Duduk: Kek Nee

Untuk maklumat lanjut:
Tempahan: Siti 016-7717585
Linda 016-7231917