Travelog Umrah: Persediaan

Kasih Juju
Travelog Umrah: Persediaan

Assalamualaikum semua,

Pada 12 Februari 2022 yang lalu, Juju telah berpeluang untuk mengerjakan ibadah umrah dan ziarah. Sepatutnya tarikh asal pada 25 Januari 2022. Tapi masa tu kerajaan tak bagi buat umrah. Sebab kes covid makin tinggi masa tu. Redah je dengan arahan kerajaan masa tu. Dalam hati berkata, 'Oh! Sempat lagi aku nak buat solat taubat, tahajud dan excersize sikit.' Maklumlah, suri rumah separuh masa macam Juju ni mana ada masa nak bersenam semua. Cuma Juju bersenam turun naik tangga dekat pejabat je. Mujur pejabat di tingkat 2. Hehe.

Antara s.o.p kerajaan Arab masa tu, nak pergi umrah kena buat PCR. Alhamdulillah result Juju negatif. Yang sedihnya result mak dan abah positif. Memang menangis Juju masa tu. Kami dah janji nak pergi sama-sama. Yelah, sementara Allah kurniakan kesihatan yang baik ni kita kenalah ambil peluang untuk tambah amal dan ibadah kita.

Jadinya, hanya Juju, adik nombor 2 dan suami dia dan adik nombor 3 je yang pergi. Sedih tau. Sayu je tengok mak dengan abah masa hari kitorang nak berangkat tu. Huhu.

Okeh, berbalik pada persediaan. Juju sebenarnya memang tak tau berapa pasang baju nak kena bawa. Orang kata jangan bawa banyak. Tapi kalau bawa sikit nanti cukup tak? Maklumlah, kita orang perempuan ni suka fikir perkara-perkara yang remeh. Contohnya ada iron tak kat sana nanti? Hehe.. Penyudahnya pakailah jubah tak bergosok. Psst... Tak de siapa tanya pun kenapa baju kau tak bergosok. So, fokus je buat ibadat okeh.

Kat bawah ni Juju senaraikan keperluan yang boleh korang bawa ya:
Travelog Umrah: Persediaan

Ni ikut pengalaman Juju tau. Kalau korang rasa nak bawa barang yang korang rasakan perlu dibawa boleh la bawa. Lagipun Juju dapat bawa 2 beg luggage. Masa pergi 1 beg je yang penuh. 1 beg lagi memang reserve untuk beli kurma dekat sana nanti. Hehehehe

Sebenarnya cukup sangat bawa baju 4 pasang. Sebabnya kita akan ulang-ulang pakai. Cuma nak tukar yang dalam-dalam je. Tapi Juju tak berpeluh pun dekat sana. Jadi takde isu baju berbau atau kotor. Mungkin sebab cuaca dekat sana kot. 

Basuh baju sidai dalam bilik air pun boleh kering. Jadi Juju nak suggest kalau nak bawa sabun cuci baju, korang bawa yang jenama Breeze atau TOP. Juju bawa yang jenis serbuk. Tapi kalau korang memang bawa duit lebih, bolehlah basuh dobi. Dekat hotel ade sediakan dobi. Tapi kena pandai pilih ya. Macam hotel yang Juju dapat ni dia takda dobi. Tapi dia willing untuk hantarkan baju kita ke dobi. Ada yang amik 5 riyal sehelai. Ada yang kira ikut berat. Kalau rasa taknak kena tipu, bolehlah tanya dengan mutawif korang dulu.

Untuk cuaca pulak, awal-awal lagi Juju dah aim musim sejuk dekat Madinah. Maklumlah, plan asalnya kami berangkat pada 25 Januari, walaupun dah penghujung musim sejuk, tapi masih lagi sejuk ya. Mungkin yang dah biasa duduk di Cameron Highland atau Genting Highland akan kata cuaca tu biasa je. Tapi bagi Juju cuaca tu luarbiasa ya.

Dan masa Juju di Madinah tu cuaca memang sejuk. Lebih kurang 11°c. Siap boleh bersidai dekat panas matahari. Masa tulah Juju hargai sangat-sangat bahang matahari. Dapatlah memanaskan sikit badan ni. Dan Juju tak bawa sweater pun. Redha je cuaca sejuk. Sebab di Mekah nanti cuaca akan kembali normal. Jadi kita enjoy je cuaca sejuk di Madinah.

Bagi pemilihan travel agent pula, nak dijadikan cerita adik lelaki Juju yang mula-mula book dengan travel agent ni sebab dia kata tahun ni nama dia naik untuk mengerjakan umrah. Mungkin company dia cover sikit expenses untuk umrah ni. Jadi kami semua follow je pilihan company tempat kerja adik tu.

Ada juga kawan Juju bertanya. Masa PKP kan kita tak boleh nak buat umrah. Apa jadi dengan duit yang kita dah bayar tu? Kalau korang nak tau, kami dah bayar full payment tau. Masa tu pakej kami RM6990.00 untuk bilik berdua. Ikut SOP kerajaan Arab, 1 bilik hanya 2 orang sahaja dibenarkan. Jadinya, masa kerajaan tak benarkan aktiviti umrah tu duit kami semua masih lagi travel agent yang pegang. Kami tak tarik diri pun. Even mak dengan abah Juju punya trip tertangguh pun pihak travel agent still pegang duit tu. Kami serahkan kepercayaan kami 100% dekat pengurusan dia. 

Bila dah dibenarkan aktiviti umrah, laju je dorang bagi tarikh baru untuk kami. Walaupun macam dekat sangat tarikhnya, tapi kami tetap teruskan perjalanan. Kalau macam Juju ni patutnya kena apply cuti sebulan sebelum keluar negara. Mujur pihak pengurusan office Juju faham dengan situasi negara kita masa tu. Ok nah Juju share travel agent kitorang. https://www.alfajrtraveltours.com/

Bila dah sampai sana nanti korang jangan nak banding-bandingkan pakej yang korang ambil dengan orang lain ya. Sebabnya setiap travel agent tu ada kelebihan masing-masing. Yang penting ibadah umrah kita tu nanti dapat berjalan dengan lancar. Nak tau ke apa kelebihan travel agent yang Juju pilih ni? Ha tunggu nanti Juju kongsikan dekat entri yang seterusnya ya.

Till then, wassalam.