Hai semua,

Harini Juju nak kongsi dengan korang salah satu kedai printing yang menjadi pilihan bangsa Johor. Nak tau kenapa Juju masuk dalam list pilihan bangsa Johor? Ha sebabnya dekat kedai ni semua benda dia boleh cetak. Korang cakap je korang nak cetak dekat mana, semua boleh. Nak cetak dekat cawan ke, botol air ke, dinding ke, kereta pun boleh tau.


Selalunya kalau company nak buat event baru kita terkial-kial nak cari kedai mana yang boleh cetak semua sekali harung kan. Pengalaman Juju sendirilah sebelum ni. Pergi print banner tempat lain, beg tempat lain, buku tempat lain. Membazir masa betul. Kalau pergi Al Fateh confirm-confirm dah jimat masa dan tenaga. Cetak je semua dekat sini. Mana tau dapat extra diskaun ke kan. Muehehehe.

Dekat bawah ni Juju letak gambar perkhidmatan cetak-cetak yang Al Fateh sediakan. 

 

  

  
Klik gambar untuk lebih jelas

Kalau korang nak tau, geng JDT Blogger pernah tempah bunting dekat sini. Masa tu kalau korang masih ingat lagi JDT Blogger ade event dekat Bukit Gambang. Kami nak print banner, barulah gah sikit event tu. Memang last minute kami order, dan hasilnya memang sangat memuaskan. 


Masa ni kami tempah banner dengan tshirt hitam yang kitorang pakai tu. Memang puas hati tau. Cetakan dia tu memang tahan lama dan tak pudar pun. Alamak, tetiba rindu pula dengan Bukit Gambang Resort City. Katanya dah terabai. Huhu..

Korang yang di luar Johor Bahru pun boleh je order. Sebab diorang ada juga sediakan perkhidmatan untuk pos. Untuk design pulak, kalau korang memang tak reti nak buat design macam mana boleh je minta team Al Fateh buatkan. Kalau nak cerita bab harga pulak, memang murah dan berpatutan tau.

Jadi, apa yang korang tunggu lagi? Jomlah cetak-cetak dengan Al Fateh. Maklumat lanjut boleh tengok dekat bawah ni ya.

Beralamat di: 
9 Jalan Pendidikan 8/2, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor

Wassap team sales untuk berurusan :http://senang.la/nak/alfatehprintingharga

Al Fateh Printing and Trading
Kualiti | Mampu Milik | Terbaik

Baju Sublimation | Cetak Buku | Banner Bunting | Sticker Label | Signboard | Cenderahati