Haritu, Juju berpeluang untuk buat whitening gigi dekat iSihat Dental Care di Bandar Dato' Onn, Johor Bahru. Masa awal-awal dapat tawaran tu rasa macam ye tak ye je aku ni nak buat whitening gigi. Dengar bunyi mesin gigi pun dah kecut perut. Boleh ke nak hilangkan rasa takut dengan mesin tu nanti? Tak cuba tak tahukan. Jadi Juju pun dengan beraninya menyahut cabaran ini.
Sebelum nak buat treatment dekat klinik ni, seeloknya korang buat dulu temujanji. Risau nanti masa korang datang takda slot kosong. Terpaksa balik dengan kecewa. Juju yang datang pukul 5 tu pun memang ada yang dah sampai untuk tunggu slot yang seterusnya tau. Hmmm, mesti klinik ni best sebab pelanggan dia tak putus.
Untuk step pertama, sebelum rawatan gigi, korang akan diberi borang untuk declare korang ada sebarag sakit ke tak. Prosedur ni penting ya. Risau tetiba bleeding nanti doktor dah tau mana punca dia. Lepas isi borang tu, terus masuk bilik rawatan. Nurse dah bagi Juju spek mata baru. Kaler merah lagi tau. Hehe, spek tu untuk tapis silau lampu. Bila dah baring nanti, kita akan nampak cahaya lampu direct terus ke anak mata. Jadi taklah korang silau nanti.
Untuk buat whitening, doktor akan cek dulu keadaan gigi korang. Macam gigi Juju ni, Juju boleh rasa doktor tu usik bekas tampalan gigi masa sekolah dulu. Kalau tak lekat, doktor akan buat tampalan baru. Kalau ada gigi yang berlubang pun doktor akan tampal dulu.
Baca sini: Ubat Sakit Gigi
Lepas doktor dah puas hati dengan keadaan gigi Juju, doktor akan buat scaling dulu ya. Buang semua karang-karang gigi yang melekat dah berpuluh-puluh tahun dekat gigi Juju. Masa ni gigi Juju dah start rasa ngilu ya. Tapi demi nak dapatkan senyuman yang lawa, ku tahan jua. Betullah orang kata. Beauty is Pain.
Agak banyak juga ya karang-karang gigi Juju ni. Kemain lama doktor tu godeh-godeh gigi Juju ya. Tapi memang sangat puas hati sebab rasa bersih betul gigi Juju. Lepas dah buat skaling, doktor polish sikit gigi Juju. Masa polish tu boleh rasa mesin polish tu ada perisa ya. Macam ubat gigi. Sedap betul rasa dia. Hehe.
Lepas dah polish baru proses whitening gigi bermula. Sebelum tu doktor akan pastikan bleeding masa skaling tu dah berhenti. Lepas tu doktor letak gel untuk lindungi gusi kita. Masa ni doktor dah bagitau kalau tak tahan rasa ngilu angkat tangan ya. Fuh berdebar-debar rasanya. Lepas dah siap letak gel untuk putihkan gigi tu, doktor letakkan lampu biru betul-betul dekat dengan gigi ya. Lepas misi dah adjust lampu tu, lampu bilik pun dia tutup ya. Kena tunggu dalam 10 minit untuk pusingan pertama.
Dah siap pusingan pertama, doktor akan cuci dan letakkan semula gel putihkan gigi untuk pusingan kedua pulak. Sambung tutup lampu sambil dengar lagu. Habis je pusingan kedua ni dah siap dah semua prosedur untuk putihkan gigi. Sedar tak sedar ada lebih kurang dalam satu jam jugaklah dalam bilik doktor tu.
Selain daripada putihkan gigi, banyak lagi perkhidmatan lain yang disediakan dekat klinik ni.So dekat bawah ni Juju kongsikan senarai perkhidmatan beserta harga.
iSihat Dental Care
- Extraction = RM70-RM150
- Filling = RM70-RM150
- Normal scaling = RM70-RM150
- EMS Scaling = RM250-RM300
(Difficult case = RM150 and above)
- Gum laser = RM300-RM1500
Scaling + Whitening
- Blanc one (1cycle) = RM259
- Denu whitening (3 cycle) = RM528
- American Glo Science (3 cycle) = RM899
Veneer
- Compositr (tampalan) = RM150-RM300/month
- Zirconia (sarung) = RM1300-RM1500/tooth
Bridge / Crown
- Porcelyn fuse metal(PFM) = RM700
- Zirconia = RM1300
Braces
- Conventional braces = RM3899
- Deposit RM300
- Bracket fixing RM900
- Monthly installment RM200
Implant including crown = RM500-RM7000 (depend on tooth case)
Denture
- Acrylic base RM300-RM350
- per teeth RM50-RM70
Flexible base RM650-RM700
Per teeth RM50-RM70
Minor Surgery / Root Canal Treatment RM650-RM1500 (Depend on tooth condition)
Untuk bangsa Johor, korang boleh serbu klinik-klinik iSihat seperti di alamat di bawah:
ISIHAT DENTAL PASIR GUDANG
📞 0129100817 | https://wa.me/60129100817
☎️ 0129100742
FB: I-Sihat Pasir Gudang
IG: @isihatdentalcare
TIKTOK: @isihatdentalcare
🏥: NO 40 , JALAN SERANGKAI 18. TAMAN BUKIT DAHLIA . 81700 , PASIR GUDANG . JOHOR.
ISIHAT DENTAL BUKIT INDAH
📞 0127668341 | https://bit.ly/2Xy0Qsk
☎️ 0129766834
FB: I-Sihat Dental Care Bukit Indah
IG: @isihatdentalbukitindah
🏥: NO 87A , JALAN INDAH 15/2 TAMAN BUKIT INDAH 81200 JOHOR BAHRU
ISIHAT DENTAL DATO ONN
📞 0174955903 |
https://wa.me/message/BQXWUBUICZEVG1
☎️ 0177699770
FB: I-Sihat Dental Care Dato Onn
IG: @isihatdental_datoonn
🏥: NO 4&6, JALAN PERJIRANAN 4/1, BANDAR DATO ONN, 81100 JOHOR BAHRU.