Makan Nasi Arab di Restoran Star Hadramout Johor Bahru

Kasih Juju
Haritu Juju dan geng JDT Blogger berpeluang untuk merasai dan menikmati makanan-makanan dari negara Arab di Restoran Star Hadramout. Jujur ya Juju cakap yang Juju tak tau pun ada kedai makanan arab dekat Johor ni. 

Makan Nasi Arab di Restoran Star Hadramout Johor Bahru

Bila masuk je dalam restoran ni, terus vibe masa di Mekah dan Madinah tu masuk dalam diri Juju. Fuh, tak rasa macam dekat JB lah senang kata. Rindu menggamit ke Tanah Suci. Tengoklah dekorasi dalam restoran ni. Mewah dengan warna emas. Layanan dari pekerja restoran juga amat ramah.

Untuk pilihan makanan pula, kami sampai rambang mata tak tau nak pilih menu yang mana satu. Semuanya nampak sangat menyelerakan. Penyudahnya kami minta cadangan dari pekerja di situ. 

Makan Nasi Arab di Restoran Star Hadramout Johor Bahru

Sebagai permulaan pembuka selera, kami telah dihidangkan dengan set Mixed Appetizers. Dalam mixed appetizer ni ada pelbagai jenis rasa tau. Gabungan rasa masam, manis, pedas dan masin. Korang memang wajib cuba set ni. Nama setiap appetizer tu pula adalah tabbouleh, hummus, muttabal, arabic salad, baba ghanouj dan fattoush. Ada kacang kuda, ada terung, buah zaitun, salad dan bermacam-macam lagilah.

Set mixed appetizer ni sedap di makan dengan Muluwah iaitu roti Yamani yang dihidangkan dalam dulang. Kami minta set Large memandangkan kami datang berenam. Bila roti tu sampai memang terkelu lidah masing-masing. Haha, besar betul rotinya. Makan roti cicah mixed appetizer sambil sembang-sembang hal blog memang kebahagiaan infiniti tau.

Lepas dah makan menu pembuka selera, kami dihidangkan pula dengan hidangan utama iaitu Mixed Family Set iaitu kombinasi lengkap 3 jenis nasi arab didatangkan dengan daging kambing yang lembut dan juga ayam. Ada juga sup dan sambal pencicah istimewa.

Ada juga Fahsa Lamb iaitu daging kambing yang dah dikoyak-koyak di masak dalam mangkuk claypot dan ditabur dengan serbuk halba. Makan dengan nasi arab tu fuh memang tak toleh kiri kanan.

Selain itu, kami dijamu juga dengan Mixed Grilled. Dalam set mixed grill ni ada kebab kambing, kebab ayam dan half grill chicken yang datang bersama roti Lubnan. Tapi kami belasah juga makan dengan roti Muluwah tadi. Memang masyuk semua rasa dia. Lama betul kami makan haritu. Hehehe.

Untuk minuman pula, kami dihidangkan dengan air panas Adani Tea Pot. Sedap betul teh dia. Ada campuran cinnamon yang membuatkan rasa dia lebih berlemak dan lazat. Kami siap order lagi seteko tau.

Untuk air sejuk pula, kami dihidangkan dengan air Special Mix Juice iaitu campuran pelbagai jenis buah-buahan didalam 1 jug. Memang sedap dan tak rasa muak langsung tau.

Kalau korang nak sambut hari lahir di sini pun boleh tau. Siap pakej sermua pekerja dekat situ nyanyikan lagu hari jadi lagi untuk korang. Tapi dalam versi bahara arab lah ya. Anak owner pun siap berjoget sekali untuk meraikan korang nanti. Memang meriah.


Dah nama pun restoran arab kan, mestilah ada pemanis mulut baklava dan kunafa. Ada pelbagai jenis baklava dekat sini. Rambang mata tak tau nak makan yang mana satu. Kunafa dia pun sedap hidang panas-panas. Baklava tu kalau nak tapau bawa balik pun boleh pilih nak set yang mana satu. Dia dah pack kan sesiap. Senang.

Dan untuk bulan Ramadhan nanti, restoran ni pun ada sediakan buffet Ramadhan. Agak-agak dah jemu makan nasi putih bolehlah sesekali tukar ke nasi arab pula.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut, korang boleh:

Star Hadramout Restaurant
https://maps.app.goo.gl/ttri3Fva9aiMf4K27

Boleh juga didapati di:
▪️FOODPANDA
▪️GRABFOOD
▪️ORDERLA
To see menu and Order, click here
https://starhadramout.orderla.my/

WhatsApp to Star Hadramout Restaurant
www.wasap.my/601111854766 Mr. Najib
www.wasap.my/60182740766

See the menu on the page:
https://www.facebook.com/restoranstarhadramout/menu