Buffet Ramadhan 2023 Bazaar Makan-makan di Opero Hotel Johor Bahru

Kasih Juju
Buffet Ramadhan 2023 Bazaar Makan-makan di Opero Hotel Johor Bahru

Haritu, Juju memenuhi jemputan Bazaar Makan-makan di Opero Hotel, Johor Bahru. Kalau korang nak tau, hotel ni antara hotel yang baru di bina di Johor ni. Cuma Juju belum sempat nak try tidur dekat hotel ni. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih nanti bolehlah Juju sekeluarga tidur kat sini.

Tahun ni, Opero Hotel dengan bangganya membawakan tema "Bazaar Makan-Makan" sempena dengan buffet Ramadhan 2023. Datang dengan lebih 400 jenis makanan dan 8 marquee tents untuk menempatkan pelbagai jenis juadah yang akan dihidangkan nanti.

Buffet Ramadhan 2023 Bazaar Makan-makan di Opero Hotel Johor Bahru

Kalau korang peminat steak, korang boleh dapatkan pelbagai jenis daging steak dekat sini. Antaranya USDA Prime Ribeye, Angus Rib Eye, dan Striploin Steak. Juju sendiri terkagum dengan kelembutan dan keenakkan steak ni semua. Cara masak tu sangat memainkan peranan dan korang cuma boleh dapat dekat sini je.

Buffet Ramadhan 2023 Bazaar Makan-makan di Opero Hotel Johor Bahru

Selain dari tu, ada juga kuzi kambing dan nasi arab yang sangat beraroma. Kambing tu pula dimasak dengan kaedah slow-cooked supaya rempah-rempah dia menyerap dekat segenap sudut kambing tu.

Dan menu daging ni tidak hanya berhenti di sini tau, Juju nak sambung lagi senarai dagng yang ada kat sini. Ada homemade sosej, lamb chop, short ribs dengan kuah black pepper dan kentang putar, sate daging, sate ayam, shawarma kambing dan ayam pun ada juga tau. Fuh, ni baru bahagian daging.

Untuk penggemar makanan laut pula, juadah yang dihidangkan pun tak kurang juga hebatnya. Di bahagian grill ada udang harimau, sotong dan pelbagai jenis ikan bakar. Ada juga sushi dan sashimi. Kerang-kerangan pun ada juga. Yang fresh atas ice tu. Mussels, udang. Aduh, semuanya sedap teruk. Live teppanyaki pun ada.


Beralih ke bahagian pencuci mulut pula. Fuh dekat ruangan ni lagi mencabar keimanan ya. Korang tengok jelah barisan kuih-muih tradisional tu. Ditambah pula dengan manisan dari negara Arab, pelbagai jenis baklava pun ada. 

Buffet Ramadhan 2023 Bazaar Makan-makan di Opero Hotel Johor Bahru

Ada juga Hokkien Carrot cake, puding roti, apple struddle, blueberry crumble dan puding coklat fudge pun tak kurang enaknya. 

Bahan-bahan yang digunakan untuk masak juadah berbuka puasa ni hanya yang premium dan berkualiti tau. Jadi korang jangan teragak-agak untuk buka puasa dekat sini. Menang Juju recomended sangat. Sambil berbuka, korang akan dihidangkan dengan persembahan ghazal secara langsung tau. Alahai, syahdu sungguh.

Untuk maklumat dan tempahan:
🌟Bazaar Makan-Makan @Opero🌟
🚩 Grand Florius Ballroom, Opero Hotel
📆 24 March to 18 April 2023
🕕 6:30pm to 10:00pm daily

Dewasa RM188 nett
Senior citizen (60 tahun keatas) RM168 nett
Children (7-12y/o) RM88 nett

📞 Amirah (+6011 3680 0899)
📞 Shahrul (+6016 840 0899)
📞 Fateha (+6016 511 0899)
📞 Suhana (+6010 887 0899)

Tags