Uji Tahap Kesihatan Mental Anda Dengan Mentari Malaysia

Kasih Juju
Korang tau tak yang Kementerian Kesihatan Malaysia ada membangunkan satu website untuk kita memeriksa sendiri tahap kesihatan mental kita. Tak perlu hadir ke klinik. Cuma perlu jawab soalan dan tunggu sehingga keputusan dipaparkan. Dari situ kita bolehlah tahu tahap kesihatan mental kita samada perlu di rujuk kepada yang lebih pakar atau sebaliknya.
mental health test malaysia

Latar Belakang Mentari Malaysia

MENTARI telah dimulakan sebagai tindak balas kepada keperluan Akta dan Peraturan Kesihatan Mental (2010) yang baharu dan menyokong untuk penaiktarafan perkhidmatan berasaskan komuniti, serta untuk meningkatkan kesihatan mental masyarakat. 

Ia merupakan pendekatan baharu yang dimulakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan jangkauan dan penyepaduan semula orang yang mengalami masalah kesihatan mental. 

Nama rasmi ialah 'Pusat Kesihatan Mental Komuniti': istilah MENTARI ialah percubaan untuk penjenamaan imej iaitu "MENTA" daripada perkataan 'mental' dan "RI" daripada 'psikiatri'. Terdapat sekurang-kurangnya satu MENTARI di setiap negeri di negara ini, dan ia diuruskan oleh Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental di hospital terdekat. 

Pasukan rawatan di MENTARI diketuai oleh pakar psikiatri dan ahli pasukan termasuk pegawai perubatan, ahli terapi carakerja, jururawat dan pekerja sosial perubatan.

Terdapat 4 jenis ujian yang disediakan iaitu:
  1. Soal Selidik Kesihatan Pelanggan (PHQ)
  2. Skala Kemurungan, Kebimbangan & Tekanan (DASS)
  3. Inventori Kelesuan Copenhagen (CBI)
  4. Jadual Penilaian Hilang Upaya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHODAS)
Keputusan ujian ini boleh digunakan sebagai panduan dalam mengenal pasti simtom awal dan petunjuk untuk keperluan rawatan. Namun begitu, keputusan ujian saringan ini adalah diagnosis dan memerlukan rujukan kepada profesional untuk penilaian lanjut.

Soal Selidik Kesihatan Pelanggan (PHQ)

Soal Selidik Kesihatan Pelanggan (PHQ-9) terdiri daripada soalan 9 instrumen untuk membuat saringan tanda-tanda atau simtom dan tahap keterukan kemurungan. Untuk medapatkan diagnosis, kami mengesyorkan anda berunding dengan profesional untuk penilaian lanjut.

Jawab Soal Selidik Kesihatan Pelanggan (PHQ-9) di sini. https://mentari.moh.gov.my/app/Modules/Patient/public-phq-9/

Skala Kemurungan, Kebimbangan & Tekanan (DASS)

Skala Kemurungan, Kebimbangan & Tekanan (DASS) ialah soal selidik 21 item yang direka untuk mengukur keadaan kesihatan mental dan emosi semasa, mengenal pasti tanda-tanda atau simtom Kemurungan, Kebimbangan atau Tekanan.

Semak skala kemurungan, kebimbangan & Tekanan (DASS) di sini.

Inventori Kelesuan Copenhagen (CBI)

Bertujuan untuk mengenal pasti magnitud dan jenis kelesuan yang dilihat pada kakitangan. Kelesuan adalah keadaan keletihan fizikal dan psikologi yang berpanjangan. CBI dapat mengenal pasti 3 jenis kelesuan iaitu ;
  • Kelesuan Peribadi:  Keadaan keletihan fizikal dan psikologi yang berpanjangan yang dialami oleh seseorang individu
  • Kelesuan Berkaitan Kerja: Keadaan keletihan fizikal dan psikologi yang berpanjangan yang dialami berkaitan dengan beban kerja
  • Kelesuan Berkaitan Pelanggan: Keadaan keletihan fizikal dan psikologi yang berpanjangan yang dialami berkaitan dengan pesakit

Semak tahap Inventori Kelesuan Copenhagen (CBI) anda di sini.

Jadual Penilaian Hilang Upaya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHODAS)

Jadual Penilaian Hilang Upaya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHODAS) ialah sejenis alat yang menilai ketidakupayaan pada orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas. Ia bertujuan untuk membantu memahami kesukaran seseorang dalam bidang fungsi tertentu selama 30 hari yang lalu, termasuk fungsi pemahaman dan komunikasi, berjalan-jalan, menjaga diri, bergaul dengan orang ramai, aktiviti kehidupan dan penglibatan dalam masyarakat.

Semak Jadual Penilaian Hilang Upaya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHODAS) di sini.

Kesimpulan

Juju sendiri dah buat ujian yang nombor 2 tu, DASS. Alhamdulillah tahap kesihatan mental Juju masih ditahap yang tidak membahayakan kesihatan. Bukan apa, risau juga bila kita ingat kita okay, tapi sebenarnya tak okey. Boleh cegah dulu sebelum melarat. Korang pun boleh ambil ujian ini bila-bila masa je.