Bacaan Qunut Nazilah dalam Rumi dan Jawi

Kasih Juju
Bacaan Qunut Nazilah dalam Rumi dan Jawi I Kebelakangan ini, kita sering didengarkan dengan bacaan Qunut Nazilah yang mana kita sedekahkan bacaan tersebut kepada umat Islam di Palestin. Kalini Juju nak ajak korang untuk mendalami dan menghafal doa ini agar kita semua dapat menyelamatkan situasi yang sangat-sangat mencemaskan di Palestin sekarang.

Qunut Nazilah

Maksud Nazilah

Dari segi bahasa, Nazilah bermaksud keadaan yang mencemaskan, tertekan dan gawat.

Dari segi istilah pula, ia bermaksud suatu bencana yang menimpa umat Islam, seperti adanya musuh, ketakutan, musim kemarau, wabak penyakit atau sesuatu malapetaka yang jelas menjejaskan mereka.

“Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.”
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim


Cara Membaca Qunut Nazilah

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu : Zohor, Asar, Maghrib,Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal.

Ada 3 cara membaca doa tersebut, iaitu kita boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
  • Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
  • Membaca doa Qunut Nazilah sahaja
  • Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah
Jika berjemaah, imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

Menurut pendapat majoriti ulama’, tidak ada doa khusus yang perlu dibaca di dalam doa Qunut Nazilah. Oleh itu, doa yang dibaca ialah apa yang bersesuaian dengan musibah yang berlaku ketika itu. Sebagai contoh, ketika berlaku bencana alam, kita boleh mendoakan khusus memohon perlindungan daripada Allah. Sekiranya berlaku peperangan seperti di Palestin dan Syria, kita oleh berdoa khusus buat saudara kita di sana.


Bacaan Qunut Nazilah dalam rumi dan jawi

Qunut Nazilah

Terjemahan Qunut Nazilah

Ya Allah, kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami,
dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka,
Ya Allah hancurkan kumpulan mereka,
Ya Allah pecahkan pakatan mereka,
Ya Allah leburkan pendirian mereka,
Ya Allah musnahkan langkah mereka,
Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka,
Ya Allah yang maha memaksa,
Ya Allah yang maha perkasa,
Ya Allah yang maha membalas,
Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah,
Yang turunkan kitab,
yang gerakkan awan,
yang tewaskan tentera Ahzab,
Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan kemenangan untuk kami.

Allahumma ameen
Source: eCentral

Penutup

Kalau nak lebih lancar, korang boleh dengar lagu yang dinyanyikan kumpulan UNIC. Sekolah dak Yash sekarang pun hari-hari baca Qunut Nazilah ni. Sampai Juju pun naik hafal mendengarnya. Apa-apa pun, semoga kemenangan berpihak kepada Palestin. Aaminnnn.