Makan Malam di Meldrum Buffet Bonanza GBW Hotel Johor Bahru

Kasih Juju
Makan Malam di Meldrum Buffet Bonanza GBW Hotel Johor Bahru

Makan Malam di Meldrum Buffet Bonanza GBW Hotel Johor Bahru I Haritu Juju dengan dak Yash dinner di GBW Hotel. Apa yang membuatkan Juju tertarik untuk dinner dekat sini sebab kalini GBW Hotel menyajikan hidangan ayam golek madu untuk pelanggan-pelanggannya. Dan yang lagi menariknya korang boleh tengok sendiri ayam tu di golek-golek secara live oleh chef. Teruja si Yash melihatnya.

Makan Malam di Meldrum Buffet Bonanza GBW Hotel Johor Bahru

Bila sebut pasal makan dekat GBW Hotel, dalam kepala si Yash memang dah terbayang-bayang menu masakan kambing. Ha peminat kambing memang kena cuba menu stew kambing dekat sini. Firash makan bertambah ya kambing tu. Selain daripada stew kambing, sup kambing berempah pun ada juga. Sedap makan cicah dengan roti.

Makan Malam di Meldrum Buffet Bonanza GBW Hotel Johor Bahru Makan Malam di Meldrum Buffet Bonanza GBW Hotel Johor Bahru

Kalini Juju suka dengan hidangan yang hotel sediakan. Di ruangan menu utama ada beef lasagna, lamb stew, fish fillet with lemon sauce, sambal sotong petai, udang butter dan spicy korean chicken. Wah! memang jarang ah nampak ada ayam korea dekat buffet hotel. memang lain daripada yang lain ya. 

Makan Malam di Meldrum Buffet Bonanza GBW Hotel Johor Bahru Makan Malam di Meldrum Buffet Bonanza GBW Hotel Johor Bahru

Ada juga pelbagai jenis kerabu, ulam-ulaman dan pelbagai jenis sambal. Ada bubur nasi juga tau. Juju custom sendiri bubur nasi ni. Jadi bubur nasi berlauk. Tambah pula dengan sambal belacan, fuh memang complete meal ya. Korang bayangkan bubur nasi tambah kangkung belacan, lobak asin, kacang goreng dan telur masin. Memang sedap weh.

Makan Malam di Meldrum Buffet Bonanza GBW Hotel Johor Bahru Makan Malam di Meldrum Buffet Bonanza GBW Hotel Johor Bahru Makan Malam di Meldrum Buffet Bonanza GBW Hotel Johor Bahru

Kalau korang tak nak makan nasi putih, ada nasi tepanyaki dekat sebelah stesyen ayam golek. Atau kalau tak nak makan nasi, korang boleh makan mi rebus. Kuahnya yang pekat memang sedap dan lazat untuk dinikmati.

Makan Malam di Meldrum Buffet Bonanza GBW Hotel Johor Bahru Makan Malam di Meldrum Buffet Bonanza GBW Hotel Johor Bahru Makan Malam di Meldrum Buffet Bonanza GBW Hotel Johor Bahru

Lepas makan makanan yang berat mesti nak cari pencuci mulut pula. Dekat sini ada rojak buah. Letaklah banyak mana buah yang korang nak. Tambah pula dengan kuah rojak yang pekat special dari GBW fuh, memang wajib cuba okeh. Lepas tu makan pula kek-kek dan puding. Juju memang suka kek dekat sini. Tapi Juju makan dengan aiskrim. Jadi rasa dia balance. Hehe.... Alasan je kan. Sesekali makan yang manis-manis takpe kan.kan kan.

Makan Malam di Meldrum Buffet Bonanza GBW Hotel Johor BahruUntuk maklumat lanjut:
Pʀᴏᴍᴏᴛɪᴏɴ ᴠᴀʟɪᴅ ᴜɴᴛɪʟ 15 Jᴀɴᴜᴀʀʏ 2024 - 10 Mᴀʀᴄʜ 2024
__________________________________________________________
Pʀɪᴄᴇ Bᴜғғᴇᴛ Lᴜɴᴄʜ (Aᴠᴀɪʟᴀʙʟᴇ Dᴀɪʟʏ) - 12.00PM - 2.30PM
: RM48.00ɴᴇᴛᴛ / Aᴅᴜʟᴛ
: RM38.00ɴᴇᴛᴛ / Sᴇɴɪᴏʀ Cɪᴛɪᴢᴇɴ (60 Yᴇᴀʀs Oʟᴅ ᴀɴᴅ Aʙᴏᴠᴇ)
: RM28.00ɴᴇᴛᴛ / Cʜɪʟᴅʀᴇɴ (6-12 Yᴇᴀʀs Oʟᴅ)
__________________________________________________________
Pʀɪᴄᴇ Bᴜғғᴇᴛ Dɪɴɴᴇʀ (Eᴠᴇʀʏ Tʜᴜʀsᴅᴀʏ - Sᴀᴛᴜʀᴅᴀʏ) - 6.30PM - 9.30PM
: RM58.00ɴᴇᴛᴛ / Aᴅᴜʟᴛ
: RM48.00ɴᴇᴛᴛ / Sᴇɴɪᴏʀ Cɪᴛɪᴢᴇɴ (60 Yᴇᴀʀs Oʟᴅ ᴀɴᴅ Aʙᴏᴠᴇ)
: RM38.00ɴᴇᴛᴛ / Cʜɪʟᴅʀᴇɴ (6-12 Yᴇᴀʀs Oʟᴅ)
** Aᴅᴠᴀɴᴄᴇᴅ ʙᴏᴏᴋɪɴɢ ɪs ʀᴇǫᴜɪʀᴇᴅ**

📞 Mʀ. Sʏᴀʜᴍɪ : +6016 710 0048
📞 Ms. Aɪᴢᴀ : +6016 723 3558
📞 Ms. Uʀғᴀ : 016-710 0073