Beli Baju Raya di Butik Kacax Viral

Kasih Juju
Beli Baju Raya di Butik Kacax Viral I Korang mesti dah biasa dengar jenama pakaian KACAX kan? Kalau korang memang orang Johor, mesti dah biasa dengar brand KACAX ni. Juju pun selalu nampak kawan-kawan beli kurta jenama KACAX ni. Pada mulanya Juju fikirkan kainnya sama je macam dekat kedai-kedai yang lain. Bila ada duit lebih sikit ni makanya Juju ajak Yash dengan ayah dia ke butik KACAX di Plaza Angsana untuk kami rasa sendiri material yang digunakan di butik ini. Well, Plaza Angsana ni memang famous dengan pelbagai kedai dan butik baju-baju dengan design dan rekaan yang terkini.


Masa sampai je dekat butik KACAX ni memang tengah ramai orang. Memang famous ek. Juju je yang baru nak berkenalan dengan KACAX. Kalau cik abang berkenan dengan kualiti kain kat sini memang setiap tahun akan ke sini ajelah. Parking senang, nak makan senang, semuanya pun senang.

Ada banyak pilihan dan saiz baju dekat sini. Kalau tengok rekaan kurta dekat sini pun memang sentiasa up-to-date. Yang klasik pun ada juga. Yang paling Juju suka, Kacax ni menggunakan material kain yang tak panas dan premium. Saiz paling besar yang Juju nampak dekat sini adalah 4XL. Kalau tak yakin, korang boleh cuba dulu. 

  

Untuk Yash, Juju memang akan cari kurta yang ada butang dekat lengan. Paham ajelah budak lelaki ni. Sekejap je nak pakai baju lengan panjang, lepas tu dah tak nak pakai. Jadi kalau ada butang dekat lengan tu bolehlah lipat jadikan lengan pendek. Ha, mama yang tengok ni pun tak rimas.

  

Korang kalau blur-blur tak tau nak pilih design yang mana, korang jangan malu-malu panggil adik-adik sales advisor dekat sini. Dorang boleh bagi suggestion baju mana yang sesuai dengan korang. Peramah tau adik-adik SA ni. 

Juju memang berkenan betul dekat design baju yang line menegak tu.Adik SA kata memang viral trend line menegak tu. Tengok dak Yash dengan ayah dia pakai pun memang segak sangat. Line tu dia bagi effect tinggi. Dipadankan pula dengan tanah warna lembut. Memang kombinasi yang sangat meletup.

Yang design line dekat lengan tu pun Juju suka. Yang ni lengan dia jenis tiga suku. Tak panjang sangat dan tak pendek sangat. Sesuai dipakai raya kedua atau raya ketiga. Masa ni dah mula aktiviti ziarah-menziarahkan. Jadi memang sesuai sangat lengan tiga suku macam ni.

  

Design bunga-bunga dekat poket tu pun Juju berkenan. Nampak maskulin. Eh senang kata memang Juju berkenan dekat semua design yang ada dekat sini. Korang kalau nak mencari baju melayu pun ada juga dekat sini. Sampin dan butang baju melayu pun ada dekat sini. Yang mencari jenis slim fit pun ada dekat sini. Senang kata semuanyalah ada dekat sini.

Yang perempuan nak cari baju pun Juju rekemen korang pegi je butik Jamilah selang 1 kedai je daripada butik Kacax ni. Owner yang sama. Jadi sementara tunggu suami dan anak pilih baju mana yang diorang berkenan, kaum hawa ni bolehlah cuci mata dulu dekat butik Jamilah. Suami Juju tu memang cerewet pilih warna. Jadi Juju biarkan dia buat pilihan dulu baru Juju cari baju Juju.

  

Untuk maklumat lanjut:
BUTIK KACAX ANGSANA MALL JOHOR BAHRU
🔎 Angsana JB Mall, L3.41, LEVEL 3, Jalan Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor
 10 am to 7pm

BUTIK KACAX UDA BUSINESS CENTRE
🔎 No. 24, Jalan Padi Emas 1/4, Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, Johor Bahru
 10 am to 7 pm

BAZAR RAYA B5
Bermula dari 25/2/2024 dari 12 pm to 12am
📞 www.wasap.my/60197341037