Buffet Ramadan Amansari Residence Resort, Seri Alam

Kasih Juju
Buffet Ramadan Amansari Residence Resort, Seri Alam I Korang kalau mencari buffet ramadan hotel yang halal dekat Johor ni, korang bolehlah ke Amansari Residence Resort di Bandar Seri Alam, Johor Bahru. Ha, hotel ni memang dah dapat sijil halal yang sah daripada JAKIM tau. Boleh makan tanpa was-was dekat sini.

Buffet Ramadan Amansari Residence Resort, Seri Alam

Juju tertarik betul dengan menu gulai dari 4 kawah yang dihidangkan dekat sini. paling favourite mestilah ikan patin tempoyak. Ikannya fresh betul ya. Selain tu ada juga kambing gulai kawah, daging masak asam pedas dan paru masak gulai. Ha jaranglah nak jumpa paru masak gulai. Dekat sini je ada. Sedap tau.

Buffet Ramadan Amansari Residence Resort, Seri Alam Buffet Ramadan Amansari Residence Resort, Seri Alam

Buffet Ramadan Amansari Residence Resort, Seri Alam Buffet Ramadan Amansari Residence Resort, Seri Alam

Peminat sup gearbox memang kena amik gearbox dekat sini tau. Besar betul gearboxnya. Terkesima kejap Juju tengok. Ni kalau Juju makan sorang mesti tak habis. Dak Yash tak reti makan gearbox. Sedap dapat slurp slurp isi dalam tulang tuh. Nikmat betul.

Buffet Ramadan Amansari Residence Resort, Seri Alam

Selain tu ada juga live station untuk kuey teow goreng, spageti aglio olio dan rojak mee. Dekat bahagian luar pula korang boleh saksikan sendiri para chef bakar dan panggang pelbagai jenis ikan, sotong dan udang. Makan dengan cili kicap memang sedap tak hingat. 

Buffet Ramadan Amansari Residence Resort, Seri Alam Buffet Ramadan Amansari Residence Resort, Seri Alam Buffet Ramadan Amansari Residence Resort, Seri Alam

Dan yang paling dinanti-nanti kalau pergi buffet ramadhan ni mestilah menu kambing golek. Memang berasa betul rempah kambing golek dekat sini. Dipadankan pula dengan sos blackpepper fuh! Bersandar kekenayangan beb. Ihiksss

Kalau korang jenis yang nak makan berat-berat, ada je nasi putih dan nasi arab dihidangkan. Disamping lauk-lauk utama yang dihidangkan Juju boleh jamin korang memang menyadr lepas makan. Ditambah dengan pelbagai jenis sambal seperti sambal tempoyak, sambal belacan dan budu digabungkan pula dengan ulam-ulaman dan ikan kering.

Buffet Ramadan Amansari Residence Resort, Seri Alam Buffet Ramadan Amansari Residence Resort, Seri Alam

Lepas dah makan berat-berat mesti nak makan yang manis-manis pula kan. Ha part ni korang tak perlurisau. Memang berderet menu pencuci mulut yang ada. Budak-budak mesti melekat dekat coklat fountain. Lebih pada nak main-main je dekat coklat tu. Maklumlah, jarang jumpa kan.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan: 👇👇👇
𝐄𝐱𝐜𝐥𝐮𝐬𝐢𝐯𝐞 𝐄𝐚𝐫𝐥𝐲 𝐁𝐢𝐫𝐝 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐨𝐭𝐢𝐨𝐧: 🌟
🕊️𝐄𝐚𝐫𝐥𝐲 𝐁𝐢𝐫𝐝 12/02/2024 𝐮𝐧𝐭𝐢𝐥 17/03/2024 ( buy 𝟭𝟬 + free 𝟭 )
𝐍𝐨𝐫𝐦𝐚𝐥 𝐏𝐫𝐢𝐜𝐞 𝟏𝟖/𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐮𝐧𝐭𝐢𝐥 𝟖/𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟒
| 𝐑𝐌98.00nett- 𝐀𝐝𝐮𝐥𝐭/𝐃𝐞𝐰𝐚𝐬𝐚 (12 𝐘𝐞𝐚𝐫𝐬 𝐀𝐛𝐨𝐯𝐞) |
| 𝐑𝐌48.00nett - 𝐂𝐡𝐢𝐥𝐝/𝐊𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐤𝐚𝐧𝐚𝐤 (𝟔-𝟏𝟏 𝐘𝐞𝐚𝐫𝐬 𝐎𝐥𝐝) |
| 𝐑𝐌48.00nett - 𝐒𝐞𝐧𝐢𝐨𝐫 𝐂𝐢𝐭𝐢𝐳𝐞𝐧/𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 (𝟔𝟎 𝐘𝐞𝐚𝐫𝐬 𝐀𝐛𝐨𝐯𝐞) |
| 𝐅𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐃𝐌𝐈𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 - (𝟓 𝐘𝐞𝐚𝐫𝐬 𝐎𝐥𝐝 𝐁𝐞𝐥𝐨𝐰) |
Gather your loved ones, colleagues, or friends and join us for a memorable culinary journey during this holy month.
𝙂𝙚𝙩 𝙮𝙤𝙪𝙧 𝙫𝙤𝙪𝙘𝙝𝙚𝙧 𝙣𝙤𝙬! 🔽
Call : +607 381 7070
WhatsApp's : +6012 748 8733 / +6012 764 7488 / 012-7036145 Felicia