Meriah Buka Puasa di Trove Hotel dengan tema Destinasi Selera

Kasih Juju

Meriah Buka Puasa di Trove Hotel dengan tema Destinasi Selera I Bulan Ramadan nanti, Trove Hotel Johor Bahru dengan bangganya membawakan pelbagai stall daripada 11 negeri yang ada dekat Semenanjung Malaysia tau. Ha, Juju rasa inilah hotel pertama yang menghimpunkan semua juadah tradisi daripada 11 negeri yang ada di Semenanjung Malaysia. Teruja betul Juju dapat rasa semua juadah yang ada daripada 11 negeri ini.

Dengan membawakan tema Destinasi Selera Buffet Dinner, Trove Hotel menjanjikan hidangan autentik bermula daripada negeri Perlis membawa ke Negeri Johor. Bila nampak je stall-stall makanan  ikut negeri ni, laju jelah Juju terjah satu-satu stall nak tengok makanan apa yang dibawakan di setiap negeri.

Dekat bawah ni Juju senaraikan 'signature dish' bagi setiap negeri.
  • Perlis - Pulut mangga
  • Kelantan - Ayam percik
  • Terengganu - Satar
  • Selangor - Nasi ambeng
  • Perak - Rendang tok
  • Kedah - Kerabu mangg
  • Negeri Sembilan - Daging salai
  • Melaka - Asam pedas
  • Pulau Pinang - Nasi kandar
  • Pahang - Udang galah cili petai
  • Johor - Laksa Johor
  

Sebenarnya ada banyak lagi dekat satu-satu stall tu. Macam dekat stall Johor, bukan saja ada laksa Johor, ada juga sup tulang merah, burasak, pepes, otak-otak dan sup gearbox. Juju memang dah lama aim sup tulang merah dekat Trove ni. Memang sedap sampai setahun teringat-ingat. Istimewa untuk bulan puasa je dia ada.

  

Dekat stall Negeri Melaka, selain daripada asam pedas, ada juga dodol, chee cheong fun dan ABC istimewa. Kalau sebut je Negeri Sembilan mesti dalam kepala dah terbayang daging salai. Dekat stall Negeri Sembilan ada daging salai masak lemak cili api dan juga ikan keli masak lemak cili api. Memang padu. Makan pula dengan sambal belacan atau sambal tempoyak. Memang tersandar mat.

Naik ke Negeri Selangor pula, Trove membawakan hidangan popular orang jawa iaitu nasi ambeng yang dihidangkan bersama ayam masak kicap. Paling tak sabar nak ke Negeri Pahang. Dah tentulah ada ikan patin tempoyak, udang galah goreng cili petai dan sambal popular Pahang iaitu sambal hitam ataupun sambal belimbing buluh. Ikan patin dengan udang galah tu Juju ratah je. Kemain fresh ikan dan udangnya. Menu ni memang korang wajib cuba tau.

   

Di negeri sebelah Pantai Timur pula, di stall Negeri Terengganu selain daripada satar, ada juga masakan celup tepung. Ada sotong, udang, ikan. Cendawan dan keropok lekor pun ada. Sedap betul ya enoki celup tepung. Stall Negeri Kelantan pula membawakan hidangan nasi kerabu dan ayam percik. Didatangkan sekali kuih akok panas.

Untuk negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia pula, di Negeri Perlis ada pulut mangga, Pulau Pinang ada nasi kandar, di Kedah ada pelbagai jenis kerabu dan di negeri Perak pula ada rendang tok di padankan dengan ketupat palas, lemang dan ketupat. 

Tahun ni special sikit Trove bawakan spageti masak dalam roda cheese. Si Firash repeat dua kali ye dekat sini. Suka betul dia tengok chef masak spageti dalam roda cheese tu. Kita nak baru chef buatkan. Supaya nanti korang boleh makan chesse tu tarik-tarik. Memang tarikan untuk anak-anak.

Untuk maklumat dan tempahan, boleh rujuk detail dekat bawah ya 👇👇👇
Dᴇsᴛɪɴᴀsɪ Sᴇʟᴇʀᴀ 
🔎Tʀᴏᴠᴇ Hᴏᴛᴇʟ Jᴏʜᴏʀ Bᴀʜʀᴜ
Jᴀʟᴀɴ Dᴀᴛᴏ Aʙᴅᴜʟʟᴀʜ Tᴀʜɪʀ, 80300 Jᴏʜᴏʀ Bᴀʜʀᴜ, Jᴏʜᴏʀ.
 
📆Fʀᴏᴍ 15ᴛʜ Mᴀʀᴄʜ - 7ᴛʜ Aᴘʀɪʟ 2024
🕧6.30ᴘᴍ - 9.30ᴘᴍ
 
💵Aᴅᴜʟᴛ RM160 ɴᴇᴛᴛ/ᴘᴇʀsᴏɴ
💵Cʜɪʟᴅ / Sᴇɴɪᴏʀ Cɪᴛɪᴢᴇɴ RM98 ɴᴇᴛᴛ/ᴘᴇʀsᴏɴ
 
Fᴏʀ ʀᴇsᴇʀᴠᴀᴛɪᴏɴ:
📞07-2728805  📨Fɴʙᴄᴏᴏʀ.ᴛʀᴏᴠᴇᴊʙ@ᴄᴀʀᴇʟᴜxᴜʀʏʜᴏᴛᴇʟs.ᴄᴏᴍ

📞Aᴍʀɪ 012-8818413  📞Aᴢᴍɪ 012-8818403  📞Sʜᴀᴢʟɪɴ 011-10604790
Fᴏʀ ɢʀᴏᴜᴘ ʙᴏᴏᴋɪɴɢ: 📞Pᴀᴜʟɪɴᴇ 017-8818413  📨sᴀʟᴇs.ᴛʀᴏᴠᴇᴊʙ@ᴄᴀʀᴇʟᴜxᴜʀʏ.ᴄᴏᴍ