Pakej Berpantang Secara Tradisional di Luar Negara oleh Suraya Mothercare

Kasih Juju
Pakej Berpantang Secara Tradisional di Luar Negara oleh Suraya Mothercare I Korang yang tengah mengandung tapi terpaksa keluar negara atas urusan-urusan yang tak dapat nak dielakkan mesti risau bila dah bersalin nanti siapa pula nak jaga makan minum dan urut-urut baby kita tu nantikan. Bila dah bersalin ni, kita yang perempuan ni memang kena pantang betul-betul. Maklumlah, badan nak guna lamakan. Ha, Juju ada penyelesaian untuk masalah korang. Apa kata korang bawa sekali confinement lady (CL) ni duduk dengan korang. Menarik bukan?

Pakej Berpantang Secara Tradisional di Luar Negara oleh Suraya Mothercare

Bila sebut pasal Suraya Mothercare mesti ramai yang dah familiar dengan brand ni kan. Juju sendiri dah cuba snek berpantang dia. Memang dijamin boleh dimakan semua peringkat umur. Boleh baca sendiri testimoni Juju

Sebelum kita tengok pakej-pakej  yang disediakan, jom kita berkenalan dulu dengan Suraya Mothercare:

Pengenalan Suraya Mothercare

Suraya Mothercare telah ditubuhkan pada 2018 dengan bermulanya 6 orang penjaga pantang sahaja di Johor. Pada tahun 2020 cawangan Suraya Mothercare membuka cawangan baru di Seri Kembangan, Selangor. Dan pada tahun 2022 satu lagi cawangan pejabat urusan dibuka di Muar, Johor. 

Kini, Suraya Mothercare mempunyai lebih 200 orang penjaga pantang di seluruh Malaysia.  Perkhidmatan  Suraya Mothercare juga tidak terhad hanya di dalam Malaysia sahaja, Suraya Mothercare juga telah menghantar CL di luar negara terutamanya negara di sebelah tambak iaitu Singapura.


Pakej Oversea dari Suraya Mothercare

Wah! Betul ke Suraya Mothercare boleh bawa CL ke luar negara? Ya betul tu. Sekarang korang dah boleh bawa CL Suraya Mothercare untuk jaga korang di luar negara. Untuk pakej Oversea tahun 2024 ini Suraya Mothercare dah menghantar CL ke:
  • UAE, Dubai
  • Riyadh, Arab Saudi
  • Oman
  • Qatar
  • Australia
  • Singapore 

Pakej oversea ini merangkumi:

  • Mandian tradisional : Mandian herba
  • Urutan Tradisional : Urutan badan, urutan sengkam, urutan susu badan & urutan kepala 
  • Bertungku & bengkung ( Bagus untuk mengecutkan ari-ari & bahagian perut)
  • Bertanggas : Merawat bahagian intim, menganjalkan kembali otot di bahagian peranakan wanita, bahagian intim segar & wangi
  • Param & pilis : Mencegah dari pitam, angin serta merawat kulit.
  • Sauna : Melancarkan peraliran darah, mengeluarkan toksin dan detox 
  • Lulur : Kulit cerah, lembut , kulit mati tiada dan mengurangkan kesan hitam selepas bersalin.
  • Makanan berpantang : Makanan di masak sedap tak ingat, berkhasiat mengikut selera mommies tau

Dan beberapa lagi tugasan seperti menjaga bayi ketika ibu tidur, basic cleaning, mencuci baju baby & ibu. Fuh, memang pakej lengkaplah. Harga pula bermula RM4,700 untuk 7 hari dan RM12,700 hingga hari ke-44. Deposit 30%

Peringatan: Slot sentiasa padat. Pastikan korang repeat pertanyaan setiap 48 jam. Risau kalau korang tak follow up nanti slot korang dah kena ambil. Menangis tepi bucu  katil nanti.

Untuk Pakej Berpantang Oversea ni, korang akan dapat percuma:
  • 1 Snek pantang vegilicious
  • Milkbooster Drink
  • Bengkung Tradisional

Gambar pelanggan di luar negara

Pakej Berpantang Secara Tradisional di Luar Negara oleh Suraya Mothercare
Pakej berpantang di Qatar

Pakej Berpantang Secara Tradisional di Luar Negara oleh Suraya Mothercare
Pakej berpantang di Oman

Pakej Berpantang Secara Tradisional di Luar Negara oleh Suraya Mothercare
Doktor Eliza Mohd Noor (Doktor sakit puan)

Pakej Berpantang Secara Tradisional di Luar Negara oleh Suraya Mothercare
Pakej berpantang di Dubai

Perkhidmatan yang disediakan

Selain pakej berpantang oversea, antara perkhidmatan lain yang ditawarkan di sini adalah:

1/ Pakej berpantang

Pakej Berpantang Secara Tradisional di Luar Negara oleh Suraya Mothercare

Dibawah pakej berpantang ini, dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu pakej berpantang, pakej keguguran dan pakej penutup pantang

2/ Kursus confinement lady

Pakej Berpantang Secara Tradisional di Luar Negara oleh Suraya Mothercare

Semua CL di Suraya Mothercare teleh mendapat latihan dan kursus berkaitan penjagaan semasa pantang dan urutan tradisional yang disahkan oleh Sijil Kemahiran Malaysia. Beberapa CL juga telah mempunyai pengalaman lebih 5 tahun menjadi CL.

Kalau ada yang mencari kursus untuk jadi CL, Suraya Mothercare juga ada menyediakan kursus dan latihan untuk korang. 

3/ Produk berpantang

Pakej Berpantang Secara Tradisional di Luar Negara oleh Suraya Mothercare

Korang juga boleh beli produk yang digunakan oleh CL masa menguruskan korang. Antaranya pilis, elemsi, mandian herba, body scrub dan macam-macam lagi. Set basic berpantang dan bengkung ibu dan bayi pun ada juga. 

Dan produk yang paling popular sekarang ni adalah snek berpantang Vegilicious. Ada serunding halia ikan bilis, snek lobak putih, snek peria, snek bawang putih dan snek petola. Wajib ambil tau snek ni. Sedap. Dan info menarik mengenai snek ni adalah kudapan berpantang Vegilicious mencatatkan jualan tertinggi dan paling popular di platform Shopee. Semua kudapan berkhasiat ini khas untuk ibu ketika bersalin yang  tidak berselera makan sayur.

5/ Makanan berpantang

Pakej Berpantang Secara Tradisional di Luar Negara oleh Suraya Mothercare

Untuk Ibu-ibu yang tiada siapa yang dapat masakkan ketika berpantang, korang boleh terus buat tempahan pakej makanan di DAPUR PANTANG. Rider Suraya Mothercare membuat penghantaran ke seluruh Johor Bahru dan harga yang di tawarkan sangatlah berpatutan dan yang pastinya makanannya lazat. 

Untuk pakej makanan pantang pula, korang boleh pilih makanan untuk 7, 9, 14, 21, 28, 35 atau 44 hari. Tengok pada menu dia memang sedap-sedap belaka.

Pakej Berpantang Secara Tradisional di Luar Negara oleh Suraya Mothercare
Mia Ahmad - Pelakon

Soalan yang kerap ditanya

Penting ke panjaga pantang AKA Confinement lady ni?
Dengan adanya penjaga pantang, ibu-ibu dapat berehat dengan tenang tanpa kemurungan dan menikmati waktu berpantang dengan tenang sambil dpt meluangkan masa terbaik bersama bayi.

Kelebihan berpantang dengan Suraya Mothercare?

Keunikan Suraya Mothercare adalah kebanyakan ibu-ibu di Malaysia suka menggunakan khidmat CL warga tempatan yang terlatih sahaja. Ini kerana ibu-ibu di Malaysia percaya dengan teknik urutan tradisional  dapat mengembalikan semula tenaga dan kesihatan dalam terpeliharan. 

Selain itu ibu-ibu di Malaysia juga lebih menyukai masakan yang dimasak oleh CL tempatan. Maklumlah, kita ni orang melayu banyak pantang larangnya. Tapi tak perlu risau lagi. Suraya Mothercare boleh jaga luaran dan dalaman.

Testimoni Pelanggan

Pakej Berpantang Secara Tradisional di Luar Negara oleh Suraya Mothercare
Alhamdulillah semuanya okay, CL sangat membantu dan memberi banyak ilmu berpantang, dari segi kesihatan diri, penyusuan bayi dan lain lain. InsyaAllah akan repeat lagi. Terima kasih surayamothercare sediakan CL yang ada banyak ilmu pantang.
Pakej: Half-day, Johor


Pakej Berpantang Secara Tradisional di Luar Negara oleh Suraya Mothercare
Very satisfied with masakan CL Siti, sangat sedap! She is able to cook varieties of food such as Malay style and Chinese style. She has good knowledgeable about cooking nutritious food. 
Pakej: Half-day, Selangor

Pakej Berpantang Secara Tradisional di Luar Negara oleh Suraya Mothercare
Saya sangat berpuas hati dengan rawatan dan penjagaan CL Shazina, CL banyak kongsi tips penjagaan bayi dan ibu. Masakan yang disediakan juga sedap. Terima kasih SMB menyediakan pantang terbaik untuk ibu berpantang.
Pakej: Stay-In, Selangor

Maklumat lanjut:

Suraya Mothercare & Beauty
Alamat HQ Johor: 
No. 10B, Jalan Belatuk 4. Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.

Alamat Cawangan Muar: 
No 2-2, Jalan Sari 3 Taman Amansari,
Jalan Temenggung Ahmad, 84000 Muar, Johor.

Alamat Cawangan Kuala Lumpur:
B-1-17, Block B, Perdana Selatan,
Taman Serdang Perdana, 43300, Seri Kembangan, Selangor.

Pakej Berpantang Secara Tradisional di Luar Negara oleh Suraya Mothercare Pakej Berpantang Secara Tradisional di Luar Negara oleh Suraya Mothercare Pakej Berpantang Secara Tradisional di Luar Negara oleh Suraya Mothercare

Email: surayamothercare8@gmail.com