Buka Puasa di Muara Steamboat & Grill, Senibong

Kasih Juju
Buka Puasa di Muara Steamboat & Grill, Senibong I Haritu Juju berkesempatan mencuba menu-menu buka puasa yang akan disajikan pada bulan Ramadan yang bakal menjelma bulan 3 nanti. Pertama kali Juju menjejakkan kaki dekat sini memang terpukau dengan ketenangan dan keindahan Senibong Cove ni.

Buka Puasa di Muara Steamboat & Grill, Senibong

Juadah Istimewa, Kenangan Bersama
Tahun ni, Muara Steamboat & Grill menyediakan 3 pilihan pakej untuk korang. So yang Juju review harini adalah Pakej A iaitu Bufet Makan Sepuasnya. Dalam menu bufet makan sepuasnya ni, ada pelbagai menu-menu yang sangat membuka selera. Antaranya kerabu mangga, kerabu suhun, sata ikan, gado-gado, pepes ayam, dendeng daging berlado, popiah carbonara, tauhu bergedil dan tempura sayur.

Buka Puasa di Muara Steamboat & Grill, Senibong Buka Puasa di Muara Steamboat & Grill, Senibong Buka Puasa di Muara Steamboat & Grill, Senibong

Tempura sayur tu paling laku keras ya, Lagi-lagi cendawan enoki. Memang baru letak je dah habis. Juju sendiri repeat 2x. Hehe, sedap makan panas-panas. Popiah carbonara pun sedap. Dak Yash paling suka pepes. Memang dok berulang pepes je kerjanya.

Apalah makna berbuka kalau tak makan nasi kan. So Ada pilihan nasi putih atau nasi minyak dekat sini. Digandingkan dengan lauk-lauk yang menggiurkan, memang confirm menjejes air liur. 

Buka Puasa di Muara Steamboat & Grill, Senibong Buka Puasa di Muara Steamboat & Grill, Senibong  Buka Puasa di Muara Steamboat & Grill, Senibong

Antaranya ayam goreng berempah, ayam rendang, ayam sweet sour, daging lada hitam, gulai kambing, ikan tongkol sambal bakar, kentang kacang tempe ikan bilis sambal, pucuk paku lemak putih dan acar timun nenas.

Juju suka daging lada hitam tu. Makan berulam dengan kerabu mangga, fuh memang gabungan yang mantap. Tak tengok kiri kanan dah. Daging tu lembut je. Tak liat langsung.

Dekat section potong & hidang pula, ada daging striplion & kambing panggang. Dicicah pula dengan sos lada hitam, cendawan dan chimichurri. Memang surrrr.

Jadi korang tunggu ape lagi? Kalau tempah untuk 3 hari pertama, korang boleh dapat harga serendah RM50.00 je tau. Maklumat lanjut dekat bawah 👇👇👇

Buffet Buka Puasa Steamboat & Grill 2025
Juadah istimewa, Kenangan Bersama

Senarai Harga:
𝑷𝒂𝒌𝒆𝒋 𝑨
Buffet makan sepuasnya (Menu Nusantara)
➡️Isnin - Khamis
RM88++ dewasa, RM44 Kanak-kanak, RM66 Warga emas
➡️Jumaat - Ahad
RM98++ dewasa, RM49++ kanak-kanak, RM73++ warga emas

𝙋𝙖𝙠𝙚𝙟 𝘽
Stimbot Makan Sepuasnya + Set Dulang Nasi Arab Mandy
➡️Isnin - Khamis
RM88++ dewasa, RM44 Kanak-kanak, RM66 Warga emas
➡️Jumaat - Ahad
RM98++ dewasa, RM49++ kanak-kanak, RM73++ warga emas

𝑷𝒂𝒌𝒆𝒋 𝑪
Stimbot Makan Sepuasnya + Set Dulang Nasi Arab Mandy + Set BBQ
➡️Isnin - Khamis
RM88++ dewasa, RM44 Kanak-kanak, RM66 Warga emas
➡️Jumaat - Ahad
RM98++ dewasa, RM49++ kanak-kanak, RM73++ warga emas

Dan berita baik untuk korang yang buat tempahan awal untuk 3 hari pertama di bulan puasa, korang dapat bufet makan sepuasnya dengan harga RM50++ dewasa & warga emas, RM25++ kanak-kanak.

 Syaratnya kena tempah SEKARANG!!
🏡Muara Steamboat & Grill
📞019-4461665

Untuk lebih banyak gambar, boleh ke Facebook Juju 

Buka Puasa di Muara Steamboat & Grill, Senibong

#bukapuasa2025 #buffetbukapuasajohor #kasihjujudotcom #muarasteamboat #jdtblogger #bukapuasajohor