Daging Wagyu Premium di Toramaru Wagyu Yakiniku, Johor Bahru

Kasih Juju
Daging Wagyu Premium di Toramaru Wagyu Yakiniku, Johor Bahru l Haritu Juju dengan geng-geng JDT Blogger berpeluang untuk makan daging wagyu di Toramaru Wagyu Yakiniku iaitu sebuah restoren Jepun yang terletak di Taman Pelangi, Johor Bahru. Hidangan Wagyu Beef yang buat hati ni meleleh, bukan sebab minyak tau, tapi sebab kemewahan rasanya! Tak sabar Juju nak kongsi dengan korang.

Daging Wagyu Premium di Toramaru Wagyu Yakiniku, Johor Bahru

Bila sebut pasal wagyu mesti korang dah terbayang kedai makanan Jepun yang jual hirisan daging yang penuh dengan marble tu kan. Bila dibakar dan dimakan ala-ala cair di mulut tu. Perghhh... Sedap betul. Tapi sebelum kita ke daging wagyu yang dibakar, korang pernah makan daging wagyu yang mentah?

Ha, mesti tak pernahkan. Itulah menu pertama yang kami cuba. Special marinated raw beef yang di salut dengan pasterize egg yolk letak dekat seaweed, makan dengan hirisan epal. Kali pertama cuma mestilah ada perasaan takut tu kan. Kalau takat ikan mentah masih ok lagi, ni apalah rasa daging mentah ni. And to be surprise, wagyu raw ni sedap giler. Rasa dia kenyal-kenyal. Dicampur pula dengan hirisan epal tu rasa macam meletop kebaboommm dalam mulut. Ha.. Susah nak describe. Korang kena rasa sendiri.

Daging Wagyu Premium di Toramaru Wagyu Yakiniku, Johor Bahru Daging Wagyu Premium di Toramaru Wagyu Yakiniku, Johor Bahru

Lepas tu kami disajikan dengan thick sliced beef tounge ataupun bahasa melayunya kita panggil lidah. Ha.. Seram ek, mujur dia potong tak nampak rupa lidah. Kalau tak memang tak makanlah memasing. Owner Tora Maru berkali-kali kata lidah ni sedap. kenyal-kenyal. Tapi bagu Juju yang tak pernah makan lidah ni sedap jaga rasa dia. Macam takde rasa sangat. Mungkin sebab Juju dah dip dengan sos yang lain-lain. Betul kata owner Toramaru, kenyal-kenal lidahnya. Haha..

Daging Wagyu Premium di Toramaru Wagyu Yakiniku, Johor Bahru  Daging Wagyu Premium di Toramaru Wagyu Yakiniku, Johor Bahru Daging Wagyu Premium di Toramaru Wagyu Yakiniku, Johor Bahru

Bercakap pasal sos untuk dipping pula, kami pilih 6 jenis sos iaitu sesame sauce, Toramaru special sauce, moon sauce, roasted garlic sauce, spicy sauce dan beef sauce. Beef sauce ni makan dengan nasi sedap betul. Memang terasa ketulan-ketulan daging kisarnya tu.

Daging Wagyu Premium di Toramaru Wagyu Yakiniku, Johor Bahru Daging Wagyu Premium di Toramaru Wagyu Yakiniku, Johor Bahru

Kami dihidangkan dengan medium Toramaru Premium Plate. Hidangan yang sesuai untuk 5 orang makan. ada 5 jenis hidangan A5 Japanese Wagyu yang dihidangkan dalam plate ni. Tak reti Juju nak describe setiap satu. Apa yang pasti kesemuanya lembut dan cair dimulut. Terasa mewah betul daging wagyu ni. Lagi sedap makan dengan nasi atau pun balut dengan salad. Campur pula dengan sos yang pelbagai tu. Memang kombinasi yang tak boleh Juju nak gambarkan dekat sini.

Daging Wagyu Premium di Toramaru Wagyu Yakiniku, Johor Bahru Daging Wagyu Premium di Toramaru Wagyu Yakiniku, Johor Bahru Daging Wagyu Premium di Toramaru Wagyu Yakiniku, Johor Bahru

Selain daging, ada juga ayam dan seafood. Tapi kalau dah nama nak makan daging wagyu, ayam tu kami banyak pass dekat Firash je. Berselera Firash makan sambil gaul dengan beef sauce tu. Habis semangkuk nasi dia kerjakan. Kami order juga seafood pancake dan karubi soup. Dah masuk kedai Jepun, wajiblah cuba sup dan lempeng diorang. Memang menyandor kekenyangan.

Daging Wagyu Premium di Toramaru Wagyu Yakiniku, Johor Bahru Daging Wagyu Premium di Toramaru Wagyu Yakiniku, Johor Bahru Daging Wagyu Premium di Toramaru Wagyu Yakiniku, Johor Bahru

Kedai ni no pork no lard sebab dia ada serve arak. Kami dah dapatkan sendiri kepastian daripada owner dan chef yang menyediakan menu-menu dekat sini, untuk makanan memang diorang tak de letak alkohol dan bahan yang orang Islam tak boleh makan. Even cawan yang diorang guna untuk serve alkohol pun diorang asingkan. Kat bawah ni Juju attach sekali sijil halal untuk daging dan ayam.

Daging Wagyu Premium di Toramaru Wagyu Yakiniku, Johor Bahru Daging Wagyu Premium di Toramaru Wagyu Yakiniku, Johor Bahru Daging Wagyu Premium di Toramaru Wagyu Yakiniku, Johor Bahru

Untuk maklumat dan tempahan:
Toramaru Wagyu Yakiniku 
📍 195, Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor
🕛 12pm - 2.30pm / 6pm - 11pm (Closed on Tuesdays)
📱 +6010 - 6685 855 (Reservations)
Facebook Toramaru