Kenapa Jenama Tempatan Semakin Beralih kepada Shopee Affiliate untuk Menjana Jualan l Dalam era digital masa kini, di mana pengguna meluangkan lebih banyak masa di platform yang dipenuhi kandungan, jenama tempatan giat mencari pendekatan baharu untuk berinteraksi dengan mereka dalam ruang tersebut. Apa yang menarik perhatian pembeli hari ini bukan sekadar iklan, tetapi cerita yang dikongsi secara tulen oleh pencipta kandungan yang telah membina kepercayaan dengan audiens mereka. Bagi jenama Malaysia seperti Signature Market, Naelofar, Oxwhite dan Nanovet, ini menandakan peralihan ketara daripada pendekatan pemasaran tradisional kepada kerjasama dengan suara-suara yang lebih autentik, kredibel dan berhubung secara peribadi.
Perubahan ini bukan bersifat sementara. Di Shopee, kandungan yang dihasilkan oleh affiliate kini menjadi antara pemacu utama jualan. Dengan alat seperti Affiliate Marketing Solution (AMS), Shopee Live, dan Shopee Video, jenama berjaya mentransformasikan kerjasama ini kepada saluran jualan berskala besar yang dibina atas asas kepercayaan dan kandungan asli.
Signature Market: Memberi Kepercayaan Penuh kepada Affiliate
Bagi Signature Market, perubahan dalam tingkah laku pembelian dalam talian jelas kelihatan dan tidak boleh diabaikan. Jenama yang bermula dengan snek sihat dan kini merangkumi produk gaya hidup, aromaterapi dan makanan sedia dimakan ini sebelum ini berkembang melalui penemuan berdasarkan carian. “Dulu pembeli akan taip kata kunci seperti ‘chia seed’, ‘overnight oats’ atau nama jenama kami. Tetapi kini, dengan begitu banyak pilihan, mereka lebih suka mendengar cadangan daripada individu yang mereka percayai,” kata Adrian Choong Ho Ee, Pengurus Kanan Pemasaran di Signature Market.
“Affiliate paling memahami audiens mereka. Bila mereka berkongsi cara produk kami digunakan dalam kehidupan sebenar, ia membina kredibiliti yang tidak boleh ditandingi oleh iklan tradisional,” tambah Adrian. Pendekatan yang diterajui affiliate ini membolehkan Signature Market meneroka kategori baharu tanpa menjejaskan identiti kesihatan jenama. Lebih penting, struktur AMS yang berdasarkan prestasi menjadikan strategi ini kos efektif—jenama hanya membayar apabila jualan berlaku. “Ia bukan sahaja model yang berisiko rendah, malah ianya bijak,” jelas Adrian. “Kita hanya melabur pada apa yang benar-benar berkesan. Dan apabila affiliate berkongsi dari pengalaman sendiri, kandungan itu berprestasi lebih baik daripada iklan biasa.” Sepanjang tiga bulan lalu, jualan yang dijana oleh affiliate meningkat sebanyak 30%, mencerminkan pertumbuhan minat dan keyakinan pembeli terhadap jenama ini.
Naelofar: Gabungan Pengaruh dan Pertumbuhan Strategik
Ditubuhkan pada tahun 2014 oleh selebriti dan usahawan terkenal Neelofa, Naelofar sejak awal memahami bahawa pengaruh bukan sekadar soal jangkauan, tetapi mengenai kepercayaan, niat dan pembinaan komuniti. Dengan misi menyediakan hijab, pakaian, beg dan aksesori bergaya pada harga berpatutan tanpa menjejaskan kualiti, Naelofar terus memperkukuh kedudukan dalam komuniti fesyen sopan tempatan.

Namun strategi Naelofar tidak terhenti pada penetapan teknikal. Pasukan mereka menghasilkan visual berkualiti tinggi, menjalankan kempen evergreen dan menetapkan komisen yang kompetitif bagi menarik minat affiliate yang benar-benar mencerminkan jenama. Daripada video tutorial gaya hijab hingga padanan gaya harian, affiliate digalakkan menyampaikan mesej Naelofar dalam cara yang peribadi dan relevan dengan audiens mereka. Hasilnya amat memberangsangkan. Dalam separuh pertama tahun 2025, sebahagian besar pendapatan Naelofar di Shopee dijana melalui kandungan affiliate, dengan pulangan pelaburan mencecah 21 kali ganda menerusi AMS.
Oxwhite: Menukar Pelanggan Setia kepada Pemacu Pertumbuhan
Oxwhite, jenama yang terkenal dengan gaya minimalis dan produk asas gaya hidup, sentiasa mengiktiraf nilai pemasaran affiliate khususnya apabila testimoni yang tulen dan berdasarkan pengalaman sebenar memainkan peranan penting dalam membina kepercayaan dalam kalangan pelanggan baharu. Kepercayaan ini diperkuatkan apabila satu produk yang kurang mendapat sambutan berjaya habis terjual dalam tempoh semalaman setelah diketengahkan oleh seorang affiliate menerusi penstriman langsung. “Ia bukan sebahagian daripada kempen utama,” jelas CK Chang, Ketua Pegawai Eksekutif Oxwhite. “Namun ketika itulah kami menyedari betapa berkesannya kandungan affiliate, terutamanya apabila disampaikan oleh individu yang benar-benar menggunakan dan mempercayai produk kami.”

Peristiwa ini mencetuskan perubahan ketara dalam strategi pemasaran Oxwhite. Jenama ini mula menumpukan perhatian kepada usaha sama dengan affiliate, khususnya dalam kalangan pelanggan sedia ada. “Ramai dalam kalangan affiliate kami merupakan pengguna setia sejak awal penubuhan jenama kami. Mereka bukan sekadar mempromosikan, sebaliknya berkongsi sesuatu yang mereka yakini.” Dengan memanfaatkan platform seperti Shopee Live, Shopee Video, dan pautan affiliate, para pengguna setia ini mampu menyampaikan pengalaman mereka secara autentik dan meyakinkan. Pendekatan ini bukan sahaja memberi impak jangka pendek, malah menghasilkan kandungan yang berkekalan seperti panduan produk, tips penggayaan, serta ulasan harian yang terus menjana jualan secara konsisten.
Bagi mengukuhkan lagi kejayaan ini, Oxwhite menyediakan sokongan proaktif kepada affiliate termasuk pemberian sampel produk supaya boleh ditonjolkan semasa berstrim langsung. Dengan sokongan AMS Shopee yang memudahkan kerjasama secara langsung bersama affiliate, jenama ini bukan sahaja memacu penjualan, malahan pembangunan komuniti affiliate yang kukuh dan berdaya saing. “Kami tidak sekadar menjalankan kempen tetapi kami membina komuniti,” tambah CK.
Hubungan tulen antara jenama dan affiliate ini jelas terbukti. Dalam tempoh tiga bulan yang lalu, kempen affiliate telah membantu meningkatkan kadar jualan produk, termasuk barangan yang sebelum ini kurang mendapat sambutan. Kini, affiliate menjana hampir satu perempat daripada jumlah keuntungan Oxwhite. “Pemasaran affiliate merupakan salah satu saluran dengan pulangan pelaburan terbaik bagi jenama kami,” ujar CK. “Memandangkan ia berasaskan kandungan tulen, impaknya juga berpanjangan meskipun selepas tamat sesuatu kempen kami.”
Nanovet: Membina Keyakinan Pemilik Haiwan Peliharaan dengan Kisah Tulen
Sebagai jenama tempatan yang menawarkan suplemen kesihatan dan penjagaan asas haiwan peliharaan, Nanovet menyedari sejak awal bahawa cabaran terbesar mereka ialah membina keyakinan dalam kalangan pengguna terutamanya yang baharu menjadi pemilik haiwan peliharaan yang amat berhati-hati dalam mencuba produk baharu terhadap haiwan peliharaan kesayangan mereka. “Pemilik haiwan peliharaan sangat berhati-hati dalam memperkenalkan produk baharu,” kata Simon Gan, Pengasas Nanovet. “Mereka lebih yakin apabila mendengar pengalaman positif daripada individu yang pernah menggunakan produk tersebut.”

Menerusi AMS Shopee, Nanovet berjaya menskalakan keberkesanan kaedah ‘word-of-mouth’ secara digital. Dengan kerjasama bersama pencipta kandungan dalam bidang penjagaan haiwan, jenama ini menggunakan Shopee Live dan Shopee Video untuk menyampaikan testimoni sebenar, menjelaskan manfaat produk serta memberi panduan berkaitan sukatan ubat dan kandungan bahan. Satu kisah peribadi yang dikongsi oleh affiliate mengenai penggunaan suplemen minyak salmon Nanovet telah meningkatkan jualan mingguan sebanyak 40%, sekali gus mendorong jenama ini untuk menggandakan pelaburan dalam program affiliate. “Ini bukan sekadar lonjakan sementara,” tambah Simon. “Ia adalah bentuk pengenalan berasaskan kepercayaan yang mampu membawa pelanggan setia dalam jangka masa panjang.”
Kini, Nanovet sedang memperluas program mereka melalui pakej produk berstruktur, bahan latihan untuk affiliate, serta integrasi lebih menyeluruh dengan Shopee Live. Dengan keupayaan pemantauan prestasi secara masa langsung menerusi AMS, setiap kempen dioptimumkan secara strategik dan berkesan.
Peranan Shopee dalam Memperkukuh Usahasama Jenama dan Affiliate
Di sebalik kejayaan ini ialah ekosistem kandungan berasaskan prestasi yang dibangunkan oleh Shopee. Alat seperti AMS, Shopee Live, dan Shopee Video membolehkan jenama memperluas program affiliate mereka menerusi cerapan prestasi yang telus, kadar komisen yang fleksibel serta format kandungan yang direka untuk mengoptimumkan kadar penukaran jualan.
Lebih daripada sekadar sebuah platform, Shopee turut giat memupuk pertumbuhan ekosistem ini menerusi inisiatif seperti Shopee House—acara utama dalam kalendar affiliate yang bakal berlangsung pada Sabtu, 21 Jun, sempena Shopee 7.7 Mid Year Sale. Acara ini akan menghimpunkan lebih 80 jenama termasuk Signature Market, Naelofar, Oxwhite, dan Nanovet, serta lebih 2,000 affiliate, menerusi sesi panel langsung, bengkel kandungan dan sesi padanan jenama yang dirangka bagi menterjemahkan kepercayaan kepada hasil jualan.
Bagi jenama-jenama ini, pelaburan dalam kesiapsiagaan program affiliate sudah menunjukkan pulangan yang jelas. Affiliate kini bukan sahaja memperluaskan capaian jenama, malah meningkatkan kesesuaian dan kredibiliti menerusi ulasan jujur, demonstrasi secara langsung dan penceritaan yang membina kesetiaan jangka panjang. “Inisiatif ini lebih daripada sekadar promosi,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia. “Ia adalah bentuk perdagangan berasaskan hubungan, di mana affiliate membantu jenama berkembang melalui kandungan yang autentik dan hubungan yang bermakna. Kami berbangga dapat menyokong perjalanan ini secara menyeluruh.”
Saksikan secara langsung bagaimana kandungan bertukar menjadi jualan pada Sabtu ini! Ketahui lebih lanjut di https://shopee.com.my/m/shopeehouse-midyearfestival