Shopee Seller Summit 2025: Memacu Pertumbuhan Kukuh Bersama Penjual Tempatan

Kasih Juju

Shopee Seller Summit 2025: Memacu Pertumbuhan Kukuh  Bersama Penjual Tempatan l Baru-baru ini Juju sempat ikuti perkembangan dari Shopee Malaysia yang telah mengadakan Seller Summit 2025, dan Juju rasa terpanggil nak kongsikan highlights untuk rakan-rakan usahawan di luar sana. Tahun ini, temanya agak menarik — Future of E-Commerce: Profitable Growth with New Wave Shoppers — fokus kepada cara penjual boleh terus berkembang dengan lebih bijak dan berdaya saing, terutamanya bila pembeli sekarang makin celik digital.

Shopee Seller Summit 2025: Memacu Pertumbuhan Kukuh  Bersama Penjual Tempatan

Bukan Sekadar Nak Jadi Besar, Tapi Nak Jadi Bijak

Dalam ucapan pembukaan, Pengarah Negara Shopee Malaysia, Saovanee Chan-Somchit, kongsikan hala tuju Shopee untuk separuh kedua tahun 2025. Antara fokus utama mereka ialah memastikan penjual tempatan dapat bertahan dan berkembang dalam jangka panjang. Dengan bantuan AI, sokongan logistik yang lebih cekap dan rangkaian affiliate yang semakin kukuh, Shopee bertekad nak bantu usahawan kekal relevan dengan perubahan tingkah laku pengguna.

Saovanee kata:

“Kami nak penjual bukan je jadi lebih besar, tapi lebih bijak. Alatan dan sokongan kami direka khas untuk cara orang Malaysia membeli sekarang.”

 

Kandungan & Kreator — Gandingan Power!

Shopee sangat menitikberatkan ekosistem kandungan seperti Shopee Live, Shopee Video dan YouTube Shopping menerusi Shopee Affiliates. Juju perasan, ini antara cara paling berkesan nak tarik perhatian Gen Z dan Milenial — yang lebih suka tengok ulasan video sebelum buat keputusan beli.

Dengan lebih 650,000 ahli affiliate, potensi untuk produk kita dilihat makin luas. Malah, program seperti Content Creator Club, Video Missions dan Stream-a-Thons membuka ruang kepada lebih ramai pencipta kandungan tempatan untuk menyinar.


Penghantaran Pantas = Pembeli Puas Hati

Shopee juga tak main-main bila sebut tentang penghantaran. Antara inisiatif terkini mereka:

  • Penghantaran Hari Sama & Hari Esok kini diperluas ke seluruh negara

  • Penghantaran Segera (On-demand) akan dilancarkan bermula di Lembah Klang

  • Servis Pengambilan Sendiri di lebih 5,000 lokasi seluruh negara

Untuk pembeli, semua ini memudahkan proses beli-belah. Untuk penjual pula, lebih cepat sampai, lebih besar potensi pelanggan jadi pelanggan tetap.


Fulfilled-by-Shopee (FBS): Solusi Masa Sibuk

Bagi penjual yang selalu alami lonjakan tempahan masa kempen besar, program Fulfilled-by-Shopee (FBS) sangat membantu. Shopee yang urus semua — dari pembungkusan sampai penghantaran. Penjual pun tak perlu pening kepala urus gudang sendiri.

Antara kelebihannya:

  • Penghantaran lebih cepat & lebih kemas

  • Kadar pemulangan dan pembatalan pesanan yang lebih rendah

  • Akses ke pasaran Sabah & Sarawak dengan kos lebih efisien


AI & Alatan Pintar — Jimat Masa, Tambah Hasil

Shopee juga perkenalkan AI Shop Chatbot — boleh bantu jawab soalan biasa dari pembeli secara automatik. Jadi penjual boleh fokus pada penghantaran & promosi. Selain tu, ada juga alat bantu visual berasaskan AI yang bantu cantikkan senarai produk tanpa perlu sunting satu-satu secara manual.

Shopee juga kekal komited untuk bantu penjual kecil & baru — contohnya dengan:

  • Sifar yuran jualan untuk barangan keperluan

  • Pengecualian yuran untuk penjual baru

Langkah-langkah ini bantu ringankan kos dan beri permulaan yang lebih stabil untuk usahawan.


Layanan Lepas Jualan Dipertingkat

Kalau dulu ramai pembeli dan penjual alami kekeliruan masa nak pulangkan barang, sekarang Shopee dah permudahkan banyak perkara. Shopee juga mula tanggung kos pemulangan untuk produk tertentu, dan beri perlindungan lebih jelas untuk barang bersegel. Ini bukan je kurangkan stres penjual, malah tingkatkan keyakinan pembeli.


Cerita Inspirasi Dari Usahawan Shopee

Sidang kali ini turut menampilkan panel usahawan berjaya — antaranya dari KitaShopSabah, Sangla Foods, Pineng Malaysia & Mari Mari Home.

Antara yang Juju sempat catat:

“Kami sentiasa mula dari pandangan pembeli. Kemudian kami bina strategi baucar agresif masa kempen double digit. Hasilnya? Jualan naik!”
— Fong Shu Ying, Sangla Foods

“Shopee cadangkan kami guna FBS masa tempahan mencanak naik. Memang sangat membantu. Tak perlu lagi bungkus sendiri. Semua urusan Shopee yang uruskan,”
— Law How Keong, Pineng Malaysia

 

Kesimpulan Juju: Shopee Serius Bantu Penjual Tempatan

Sempena ulang tahun ke-10 Shopee di Malaysia, Juju boleh nampak betapa seriusnya Shopee nak terus jadi platform terbaik untuk peniaga tempatan. Dari AI sampai logistik, dari kandungan kreatif sampai sokongan lepas jualan — semua usaha ini untuk bantu peniaga kekal bertahan dan berkembang dalam dunia e-dagang yang makin mencabar.

Kalau Juju sendiri ada bisnes online, memang rasa makin yakin nak teruskan. Semoga lepas ni makin ramai usahawan tempatan boleh maju ke depan dengan lebih yakin dan tersusun!