Sempena kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, LEGOLAND Hotel memperkenalkan Flavours of Nusantara, sebuah bufet makan malam istimewa yang berlangsung di Bricks Family Restaurant yang baru sahaja dinaik taraf. Bufet ini akan bermula dari 21 Februari 2026 (Sabtu) hingga 18 Mac 2026 (Khamis), khas untuk meraikan momen berbuka puasa bersama insan tersayang.
Apa yang menarik, lebih daripada 200 hidangan tersedia – diinspirasikan daripada cita rasa seluruh Malaysia, rantau Nusantara dan juga sentuhan antarabangsa. Memang rambang mata dibuatnya!
Daripada hidangan tradisi yang mengenyangkan sehinggalah ke stesen masakan secara langsung, setiap sudut menyajikan pengalaman yang bukan sekadar makan, tetapi satu perjalanan rasa. Antara yang menjadi tumpuan pastinya kambing panggang seekor yang dipanggang perlahan sehingga lembut dan berjus, mee tarik yang ditarik segar di hadapan mata, serta asam pedas claypot yang membangkitkan selera.
Lebih meriah, semuanya dinikmati dalam suasana bertemakan LEGO yang ceria dan mesra keluarga. Sambil menjamu selera, para tetamu juga akan dihiburkan dengan persembahan muzik dan tarian tradisional yang menambahkan lagi aura festif Ramadan.
Bufet ini memang direka khas untuk santapan seisi keluarga — sesuai sangat untuk majlis berbuka puasa, reunion kecil-kecilan, atau sekadar menikmati waktu berkualiti bersama yang tersayang dalam suasana yang penuh kemeriahan dan kehangatan.
🍽️ Antara Hidangan Menarik Yang Juju Cuba
Kalau datang sini, memang kena datang dengan perut kosong. Serius cakap, terlalu banyak pilihan sampai tak tahu nak mula dari mana!
🐑 Slow-Roasted Whole Lamb
Ini memang “showstopper” Ramadan. Seekor kambing dipanggang perlahan sehingga betul-betul lembut dan juicy. Bila dipotong secara live di hadapan tetamu, aroma rempah dan daging yang dipanggang tu memang buat kita tak sabar nak ambil. Setiap hirisan lembut, berjus dan penuh rasa — memang cair dalam mulut.
🍜 Ramen Live Station (Sup Daging atau Ayam)
Stesen masakan secara langsung ni antara yang paling best. Semangkuk ramen panas-panas disediakan segar di depan mata, dengan pilihan kuah daging atau ayam yang pekat dan beraroma. Mi yang kenyal dipadankan dengan sup yang kaya rasa — memang comforting dan mengenyangkan.
🍲 Claypot Asam Pedas
Hidangan klasik Malaysia yang tak pernah gagal. Dimasak dalam claypot tradisional, kuahnya pekat dengan rasa masam, pedas dan penuh aroma herba serta rempah. Dimasak perlahan untuk kekalkan rasa yang mendalam — memang sesuai sangat untuk buka puasa.
🦪 Black Mussels in Chilli
Kupang hitam yang gemuk dimasak dalam sos cili yang harum dan seimbang pedasnya. Rasanya bold tapi tetap comforting. Makan dengan nasi putih panas atau roti pun memang ngam!
🐟 Patin Tempoyak
Ini untuk yang betul-betul hantu tempoyak! Ikan patin lembut dimasak dalam kuah tempoyak yang berkrim, masam dan sangat beraroma. Hidangan tradisi Pahang yang memang penuh karakter dan rasa asli Melayu.
🥩 Daging Salai Daun Selom
Daging brisket yang disalai dan dimasak perlahan, disajikan bersama lecek daun selom yang wangi. Rasa smoky tu memang naikkan selera, dengan sentuhan kampung yang sangat comforting.
🍛 Daging Kalio
Hidangan berinspirasikan Minangkabau, dimasak perlahan dalam santan dan rempah sehingga empuk dan berkuah pekat. Tak sekering rendang, tapi cukup kaya dan beraroma. Memang sedap makan dengan nasi panas.
🍢 Satay Minang
Satay yang juicy dan dibakar sempurna, dihidangkan dengan kuah gaya Minang yang pekat dan sedikit pedas. Bau asap dari pembakaran tu memang buat rasa lagi padu. Antara kegemaran ramai waktu Ramadan.
🍲 Bakso
Sup bebola daging ala Indonesia yang ringkas tapi sangat memuaskan. Kuahnya jernih dan berperisa, sesuai untuk semua peringkat umur.
🍰 Sweet Ending & Live Dessert Stations
Lepas makan berat, memang kena tutup dengan sesuatu yang manis.
Juju paling suka kopi Turki yang dibru khas — pekat, harum dan memang penutup yang sempurna untuk makan malam.
Dekat stesen pencuci mulut pula, tetamu boleh tengok sendiri kuih ketayap dibuat segar-segar. Selain tu ada juga cucur durian, cucur jagung dan cucur pisang yang digoreng keemasan. Bau dia saja pun dah cukup buat rasa nostalgia Ramadan zaman kecil-kecil.
📅 Flavours of Nusantara
📍 Lokasi: Bricks Family Restaurant, LEGOLAND Hotel
🗓 Tarikh: 21 Februari 2026 (Sabtu) – 18 Mac 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 6.00 petang – 10.00 malam
💰 Harga Weekday (Isnin – Khamis)
Dewasa: RM188 (Early Bird RM168)
Warga Emas: RM138 (Early Bird RM118)
Kanak-kanak: RM88 (Early Bird RM68)
💰 Harga Weekend (Jumaat – Ahad)
Dewasa: RM228 (Early Bird RM200)
Warga Emas: RM178 (Early Bird RM148)
Kanak-kanak: RM128 (Early Bird RM98)
✨ Harga Early Bird sah untuk pembelian dari 23 Januari 2026 hingga 20 Februari 2026.
.png)





