Meriah Juadah Buffet Ramadan di Renaissance Johor Bahru Hotel

Kasih Juju
Meriah Juadah Buffet Ramadan di Renaissance Johor Bahru Hotel

Meriah Juadah Buffet Ramadan di Renaissance Johor Bahru Hotel I
Bersempena dengan bulan puasa yang akan tiba tak lama lagi ni, Renaissance Johor Bahru Hotel dengan bangganya membawakan kepada semua pelanggan yang datang buka puasa tema buffet ramadan tahun ini adalah Gempita Ramadan Renaissance Iftar Buffet. Istimewanya tahun ini merupaka tahun kedua hotel ini bekerjasama dengan artis Sheila Rusly dan food content creator Zam Akmal.

Sate Lilit Janda Mengamuk

Meriah Juadah Buffet Ramadan di Renaissance Johor Bahru Hotel

Tahun ini, Sheila Rusly tampil dengan menu Sate Lilit Janda Mengamuk. Dicicah pula dengan sambal matah. Fuh memang kombinasi yang mantap. Korang bayangkan isi ayam yang telah diperap dengan pelbagai rempah ratus berkualiti, dililit pula dekat sebatang serai dan dibakar pula menggunakan kaedah seperti penjual sate tepi jalan. Memang berasa aroma panggang dia tu. Makan pula bersama sambal matah. Fuh memang tak boleh nak describe kesedapan dia. Korang wajib cuba sendiri okeh. Unutk merasa air tangan Sheila Rusly ni korang boleh book on 20, 21, 27 dan 28 Februari 2026 dan 6 hingga 7 Mac 2026. Ha sis Sheila akan masak live depan korang nanti.

Manja-manja Spicy Glass Noodle

Meriah Juadah Buffet Ramadan di Renaissance Johor Bahru Hotel

Istimewa juga untuk korang, Renaissance JB bawakan Zam Akmal, pempengaruh popular yang akan menyajikan Manja-manja Spicy Glass Noodle untuk hidangan korang berbuka puasa nanti. Peminat glass noodle mesti suka dengan menu ni. Menu untuk orang nak diet katanya. Korang bayangkan glass noodle yang dah direbus digaul bersama kepingan daging, sayur-sayur segar, cili dan segala macam condiments memang perfect combination kata orang Jawa. Korang boleh rasa air tangan Zam Akmal ni pada 27 hingga 28 Februari 2026 dan 6, 7, 13 dan 14 Mac 2026. Zam Akmal akan serve special untuk korang.

Hidangan Istimewa

Selain daripada tu, Renaissance JB memang terkenal dengan pelbagai menu daripada negara timur tengah, India, China dan tak lupa juga juadah tradisional negara kita sendiri. Lagi-lagi kerabu dan pelbagai jenis sambal tu kan. Wajiblah kena ada. Makan takde sambal belacan rasa macam tak lengkap kehidupan. Hahaha.. Sambal tempoyak, sambal cencalok semua ada ya.

Antara hidangan melayu istimewa yang disediakan adalah:
  • Gulai daging tetel nangka muda
  • Ayam goreng berlado hijau
  • Kambing rendang cili padi
  • Kerutuk daging
  • Udang masak tempoyak
  • Paru garing balado merah
  • Nasi briyani ayam dan kambing
  • Roti john ayam
  • Ayam percik
  • Sup berempah
  • Sup merah
Meriah Juadah Buffet Ramadan di Renaissance Johor Bahru Hotel Meriah Juadah Buffet Ramadan di Renaissance Johor Bahru Hotel Meriah Juadah Buffet Ramadan di Renaissance Johor Bahru Hotel

Jadi korang tunggu apa lagi. Cepat-cepat book slot korang. Jangan nak terbayang-bayang pula sate janda mengamuk tu. Ha betul-betul mengamuk korang nanti.

Review Juju

Juju dengan Yash kalau ke Renaissance Hotel ni memang kami akan makan makanan western. Muka je cam Jawa, tapi selera Mat Salleh ek. Hahaha.. Yash kata terlalu sedap sampai kena tambah dua kali. Membesar dengan jayanya eh si Firash.

Meriah Juadah Buffet Ramadan di Renaissance Johor Bahru Hotel Meriah Juadah Buffet Ramadan di Renaissance Johor Bahru Hotel Meriah Juadah Buffet Ramadan di Renaissance Johor Bahru Hotel

Juju pulak memang suka stesyen live cooking dekat area luar. Ada bakar-bakar, noodle station. Kita nak baru chef buatkan. So, dapat makanan tu berasap-asap lagi okeh. Juju nak suggest korang makan Noodle Glass Zam Akmal dengan Sate Lilit Sheila Rusly. Gabungan dua-dua menu memang ngam teruk. Ibarat meletus-letus aroma rasa keduanya dalam mulut.  Susah Juju nak describe kesedapan rasa dia tu. Korang memang kena cuba sendiri okeh.

Gempita Ramadan Renaissance

Early Bird

Purchase Date

1 Jan – 15 Feb 2026

Buy 10 get 1 Comlimentary

Dinner Date

Valid until 20 March 2026

RENtastic Deal

Purchase Date

1 Jan – 15 Feb 2026

Buy 10 get 1 Comlimentary

Dinner Date

Valid until 26 February 2026

15% discount for Club Renaissance Johor Bahru Member

10% discount for Marriott Bonvoy Member

10% discount for Maybank & Standars Chartered Bank


Meriah Juadah Buffet Ramadan di Renaissance Johor Bahru Hotel Meriah Juadah Buffet Ramadan di Renaissance Johor Bahru Hotel

Meriah Juadah Buffet Ramadan di Renaissance Johor Bahru Hotel Meriah Juadah Buffet Ramadan di Renaissance Johor Bahru Hotel

Untuk tempahan:
Email: rosliza.lazim@renaissancehotels.com atau evelyn.soh@renaissancehotels.com
Whatsapp: +60177713327
Telephone: +6073813322
Online booking: bit.ly/7RoomsCafeBLD